17 Oktober 2012

Kantoi ! Skandal Pampasan Buruh Paksa RM207 Bilion Hilang Kemana.....

EDISI GEMPAR: Skandal RM207 Billion Terlondeh!!!


Berdentam dentum bertahun tahun, siap surat menyurat, siap putarbelit dari Kementerian.. Last last sekarang kata dana tu sebenarnya x pernah wujud.. Adakah surat menyurat itu ditulis oleh HANTU di pejabat Kementerian Kewangan? Ok.. begini ceritanya...


Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun. Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun mendakwa telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.


Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama. Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusannya melibatkan Dana Khas.

TETAPI ADA 2 FAKTA YANG AMAT MENGEJUTKAN SEMUA...


Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno? Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion. Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?

Dari laporan yg ditulis di KOSMO, pampasan tersebut sebenarnya tidak pernah wujud - Kira-kira 9,000 ahli Persatuan Buruh Paksa kempunan RM80,000-RM120,000. Pampasan ratusan ribu ringgit yang dijanjikan kepada ahli Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa ke Burma 1942-1946 (PBP) oleh bekas presidennya, Wan Mamat Ngah sebenarnya tidak wujud langsung.



sumber : Erapasca

2 ulasan:

purnama berkata...

BAPAK AKU SALAH SEORANG SEORANG BURUH PAKSA / TAHANAN TENTERA JEPUN GAK. SEJARAHNYA SEMASA TENTERA JEPUN MENJAJAH INDONESIA / PULAU JAWA TELAH MENAHAN BERIBU-RIBU LELAKI INDON KHUSUSNYA YANG BELUM BERKAHWIN. KETIKA DITAHAN BAPAK AKU SEDANG MENGEMBALA LEMBU DI DESA KARANGANYAR, PURWODADI DAERAH GROBOGAN JAWA TENGAH. TANPA DI BERI PELUANG UNTUK BERJUMPA KELUARGA BAPAK AKU TERUS DI BAWA KOTA SEMARANG DAN KE JAKARTA MENAIKI KERETAPI. TIBA DI SEMENANJUNG BAPAK AKU TAK TAU DI MANA IA DI TEMPATKAN UNTUK BEKERJA SEBAGAI BURUH PAKSA. OLEH KERANA BAPAK AKU SEORANG YANG TAHU MEMBACA DAN MENULIS ( SEKOLAH BELANDA / INDON HINGGA DARJAH 4 )TELAH DI LANTIK SEBAGAI KETUA PLATUN TAHANAN INDON SERAMAI LEBIH KURANG 35 ORANG.HAMPIR DUA TAHUN MENJADI BURUH PAKSA. SUATU HARI TIGA ORANG KUMPULAN PLATUNNYA TELAH MELARIKAN DIRI. SEBAGAI KETUA PLATUN TAHANAN BAPAK AKU TELAH DIPERSALAHKAN ATAS KEHILANGAN ANGGOTA KUMPULANNYA.PERBICARAAN RINGKAS TATATERTIB TENTERA JEPUN MENJATUHKAN HUKUMAN PANCUNG. LUBANG UNTUK MENANAM BAPAK AKU TELAH DIGALI DAN KETIKA MENCANGKUNG MENUNGGU MASA UNTUK DIPANCUNG TIBA-TIBA SATU ARAHAN PIHAK ATAS PEGAWAI TINGGI TENTERA JEPUN MEMBATALKAN HUKUMAN PANCUNG ATAS RAYUAN SEMUA ANGGOTA PLATUNNYA.TETAPI LEFTENAN YANG MENDAKWA KECUAIAN BAPAK AKU ITU MERASA MALU DAN GERAM LALU MENGETUK UBUN-UBUN BAPAK AKU HINGGA PENGSAN. KESAN LEKUK DI UBUN-UBUN BAPAK AKU JELAS KELIHATAN APABILA RAMBUT BAPAK AKU D CUKUR BOTAK. KETIKA JEPUN KALAH PERANG TENTERA JEPUN TELAH MEMBEBASKAN SEMUA TAHANAN BURUH PAKSA DAN MINTA MAAF DI ATAS KEZALIMAN MEREKA. MEREKA MEBERIKAN SEMUA TAHANAN SEJUMLAH WANG KERTAS JEPUN CAP DAUN PISANG , PARANG , CANGKUL DAN TAJAK UNTUK MEMULAKAN PENGHIDUPAN. BAPAK AKU MINTA TENTERA JEPUN MENGHANTAR PULANG SEMUA TAHANAN BALIK KE PULAU JAWA TETAPI JEPUN ENGGAN KERANA KESUNTUKAN MASA DAN INGIN SEGERA KEMBALI KE JEPUN. KESEMUA TAHANAN TELAH BERKELANA IKUT HALUAN MASING-MASING. MEREKA ADA YANG MENETAP DAN BERKAHWIN DENGAN WANITA TEMPATAN SAMA ADA SESAMA JAWA / ETNIK LAIN. SEBAB ITU ADA KOMUNITI JAWA DI KEDAH, PULAU PINANG, PERAK SELANGOR DAN SEMUA NEGERI DI SEMENANJUNG. BAPAK AKU BERKELANA HINGGA KE TANJONG KARANG SELANGOR BERTANI DAN BERKAHWIN DGN EMAK AKU ( KETURUNAN JAWA JUGA TETAPI EMAK AKU BESERTA DATUK NENEK SERTA BAPAK SAUDARA YG BERHIJRAH DARI JAWA KE SEMENANJUNG SEMASA PENJAJAHAN BRIIISH (STAMFORD RAFLES ) IA LEBIH DULU DATANG SEBELUM PERANG JEPUN MELETUS. TAHUN 1990 AN BAPAK AKU BERSAMA BEBERAPA LAGI BEKAS TAHANAN BURUH INI TELAH PERGI KE KEDUTAAN JEPUN DI K.L MEMOHON PAMPASAN BURUH PAKSA.TAK TAU ATAS INISIATIF SIAPA. MASA ITU AKU BARU REMAJA. MENGKAGUMKAN.. SEMUA NAMA-NAMA TAHANAN JEPUN NI ADA DIREKODKAN OLEH TENTERA JEPUN. RAMAI KAWAN BAPAK AKU KETIKA ITU TELAH MENINGGAL DUNIA.HARAPAN JANJI KETIKA PERJUMPAAN ITU MEREKA AKAN DI BAYAR PAMPASAN TAK TAU BERAPA JUMLAHNYA. HINGGA SEKARANG BILA KES INI TIMBUL SEMULA BAPAK AKU TAK DAPAT PAMPASAN.DENGAR CERITA KERAJAAN JEPUN DAH BAYAR TAPI KERAJAAN TUKAR DGN DUA BUAH KAPAL KARGO BENTUK LAMA ( BUNGA MELOR , BUNGA MELATI KE..APA NAMA )BEGITU LAH PERANGAI PEMIMPIN UMNO / BN MENIPU DAN MENGAMBIL HAK ORANG LAIN.BAPAK AKU DAN KAWAN-KAWANNYA TIDAK SEKALI-KALI MENGHALALKAN HAK MEREKA DIRAMPAS OLEH PEMIMPIN BN JAHANNAM NI.BAPAK AKU TERPISAH DARI KELUARGA DAN SEPANJANG HAYATNYA TAK SEMPAT BALIK NEGERI MENEMUI SAUDARANYA DI JAWA.NAK TULIS LAGI .. TAPI AKAN PANJANG.. BAPAK AKU MARAH DAN TELAH MEMBAKAR SEMUA DOKUMEN YANG BERKAITAN TUNTUTAN PAMPASAN INI...BAPAK AKU TELAH MENINGGAL DUNIA 1999. AKU KINI BERUMUR 57 TAHUN.SAPA-SAPA YANG NAK RESPON BOLEH EMAIL. mjudijo@yahoo.com.

Awanama berkata...

1 - Kem. Kewangan takder KSU
2 - no. rujukan tu no. rujukan kem. kesihatan
3 - takder orang sign letak pangkat datuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...