16 Oktober 2012

Panas ! Pakatan perintah..Negeri Bankrup..apa komen Mahyiddin

Pakatan perintah, Malaysia pasti bankrup!


"Janji ... siapa pun boleh janji."

Itulah pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas mengenai Program 100 Hari yang diistiharkan di konvensyen itu.

Harapan beliau rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang. Baginya ia semata-mata untuk meraih undi pilihanraya.

Beliau berkata, mereka boleh membuat tawaran sebegitu kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk mengetuai kerajaan di peringkat pusat.

Katanya, ini kerana setiap perkara yang diputuskan perlu membuat kajian dengan mendalam daripada segi implikasinya kepada rakyat dan negara.

"Kita nak meneliti apa kesannya dan kita akan beritahu rakyat mengenai penipuan di sebalik tawaran-tawaran manis dan gula-gula itu. Ada penipuan yang dibuat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

"Ini kerana mereka tidak mengambilkira sama ada tawaran sedemikian akan membawa negara kepada muflis atau sebagainya. Asal menang, sudah," katanya ....Tambah Tan Sri Muhyiddin:

Timbalan Perdana Menteri berkata berbanding Barisan Nasional (BN), setiap keputusan yang dibuat perlu diperhalusi dan diteliti dan kerana itu, selama 53 tahun, negara boleh kekal dengan kemajuan yang cukup baik dan semua pihak mendapat faedah daripadanya.

"Oleh kerana itu, kita tidak boleh boros, tidak boleh membuat sesuatu yang boleh memberi kesan dan bencana kepada negara bagi jangka masa yang panjang. Ini adalah pertimbangan yang perlu diteliti oleh rakyat agar tidak termakan dengan tawaran yang dibuat oleh pembangkang," katanya.

Muhyiddin berkata, tawaran tersebut boleh menjadi satu pembohongan yang besar dan satu penipuan jika mereka membuat tawaran, dan tidak melaksanakannya kerana tidak membuat perkiraan yang betul daripada segi implikasinya.

Kita lihat selepas 4 tahun prestasi negeri pakatan rakyat bukan sahaja tidak bankrup malahan belanjawan Surplus...sapa auta....


Selangor catat lebihan hasil RM62 juta – Audit

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Kutipan hasil yang diperoleh kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Hasil sebenar yang dikutip pula melebihi anggaran hasil iaitu RM204 juta (114.3 peratus).

Ia datangnya dari kutipan tiga jenis hasil iaitu hasil cukai (RM534.32 juta), hasil bukan cukai (RM791.18 juta) dan terimaan bukan hasil (RM308.50 juta).

Hasil cukai dan hasil bukan cukai turut meningkat sebanyak RM62.50 juta.

Hasil kerajaan negeri disumbang melalui premium geran tanah, cukai tanah semasa dan pemberian jalan raya/lorong.

Peningkatan hasil membolehkan kerajaan Selangor mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan lebihan RM180.50 juta, naik RM56.26 juta (45.3 peratus) berbanding 2010.

Untuk rekod, kerajaan negeri pada 2010 mencatat kutipan hasil RM1.571 juta dengan lebihan RM124.24 juta.

Kerajaan Selangor juga berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri berjumlah RM75.26 juta (15 peratus) kepada RM426.79 juta pada 2011 berbanding RM502.05 juta pada 2010.

Prestasi pembayaran hutang awam pada 2011 pula sangat baik kerana baki hutang menurun sebanyak RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman berkurangan RM604.97 juta.

Berikutan itu, kedudukan kewangan kerajaan Selangor dikategori sebagai BAIK berikutan peningkatan dari segi simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatat peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion, meningkat RM357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada 2010.

Sekalipun melaksanakan program kebajikan rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air percuma 20 meter padu dan Jom Shopping, kerajaan Selangor masih mampu menambah simpanan.

Akaun Hasil Disatukan kerajaan Selangor pula mencatat lebihan RM180.50 juta berbanding RM124.24 juta pada 2010.

“Prestasi kewangan kerajaan Selangor pada 2011 meningkat berbanding 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding belanja mengurus dan pembangunan,” kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dalam laporannya.



Surplus: Usaha gigih rakyat, pentadbiran P Pinang

GEORGE TOWN: Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada RM138 juta pada 2011 berbanding RM33 juta pada 2010 adalah usaha gigih rakyat Pulau Pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Demikian dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM105 juta dalam setahun kepada rekod RM138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM192 juta atau 47% daripada RM411 juta pada 2010 kepada RM603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM88 juta atau 23% daripada RM377 juta pada 2011 kepada RM465 juta pada 2011.Kerajaan negeri juga, kata beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM192 juta.

Menurutnya, sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.

“Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri.

“Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sebenarnya, jelas beliau hanya RM23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM386.2 juta.
Katanya, RM23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.

Beliau menjelaskan lagi, baki RM362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu:

- RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan

- RM262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, sebanyak 2,455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya.Katanya, hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.

Beliau berkata, daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek.

“Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...