15 September 2012

TERKINI! Bekas Bendahari Umno-APCO Sabah SAH Sertai PKR!


Bekas bendahari Umno-APCO Sabah yang juga Pengerusi Sabah Port Sdn. Bhd. Ibrahim Menudin mengisytiharkan secara rasmi keluar dari parti itu dan menyertai PKR.

Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta ribuan hadirin yang berada di tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat, Kampung Tanjung Aru, Labuan sebentar tadi.


Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang menguasai Sabah Port yang dimiliki kerajaan.



Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Sabah dan Labuan hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, mengikut jejak langkah Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran serta ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihanraya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula kini memiliki empat kerusi termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.

Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.

Tambahnya lagi, Labuan sebagai pusat kewangan pesisir antarabangsa kini berada dalam keadaan teruk akibat BN yang tidak bersungguh-sungguh menyediakan segala prasarana yang memuaskan hinggakan pelabur kini sudah perlahan-lahan meninggalkan pulau bebas cukai itu.

Beliau pernah memegang jawatan di DUN Sungai Sibuga, DUN yang kini diwakili Ketua Menteri, Musa Aman selain bertindak sebagai penggerak utama Umno-APCO di negeri tersebut.




BERITA BERKAITAN:

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.



Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.

Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.

Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.

Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.

Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...