13 September 2012

Syaitan Dikenali...Berani anda serah anak dara pada perogol yang kita kenali...?


Sokong BN seperti duduk dalam gelap -Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam, kata Dr Badrulamin Baharon.


SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Badrulamin Baharon menyifatkan orang masih menyokong Barisan Nasional (BN) adalah orang yang duduk di dalam kegelapan.

“Pakatan Rakyat tawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat daripada BN. Kita (Pakatan Rakyat) sudah berjanji akan menurunkan harga minyak jika kita memerintah kerajaan pusat nanti. Kita juga berjanji akan menurunkan harga kereta. Tetapi kenapa ada orang yang masih tidak suka kita?

“Nak juga harga minyak mahal, nak juga harga kereta mahal. ‘We have better offer than BN’. Tetapi ada orang yang masih mahu menyokong BN.“Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam,” kata Badrulamin di majlis makan malam anjuran PKR di Seremban malam kelmarin.

Bercakap di hadapan lebih 300 hadirin, Badrulamin berkata ada tiga kategori orang yang hidup dalam kegelapan.

“Yang pertama orang miskin. Pemberian RM500 yang baru sekali dalam tempoh 50 tahun adalah pemberian yang sangat besar kepada mereka.

“Kategori kedua adalah orang yang jahil. Orang yang contohnya tak datang masjid, orang yang tak ada maklumat atau tak ada maklumat alternatif. Contohnya hanya membaca akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia.

“Pernah kami jumpa seorang makcik di Selangor yang tidak tahu bahawa Menteri Besar Selangor sekarang ialah Tan Sri Khalid Ibrahim “Makcik tersebut anggap Dr Mohd Khir Toyo masih Menteri Besar Selangor. Kalau makcik itu tidak baca akhbar pun tak kan anak-anak beliau tidak memberitahu. Ini kategori orang yang tidak ambil tahu.

“Kategori ketiga yang menyokong BN ialah orang yang sombong. Sudah tahu keburukan BN tapi sanggup pertahankan keburukan BN itu,
” katanya.

Badrulamin turut menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata ‘adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali daripada menyokong malaikat yang tidak dikenali’.“Saya nak tanya boleh kita serah anak dara kita pada perogol yang kita kenali?,” sindir beliau.



‘Cakap saja curi’




Sementara itu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ucapan beliau mempertikaikan keperluan projek MRT Sungai Buloh–Kajang.“Tidak ada siapa yang minta projek ini. Ramai kata ‘traffic jam’.

Dengan membina empat atau lima flyover dengan kos anggaran RM1 billion, untuk 15 tahun lagi masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini boleh diatasi.
“Pada mulanya projek ini dianggarkan kosnya RM37 bilion dan kini kosnya dikatakan telah mencecah kepada RM100 bilion,” kata beliau.

Abdul Kadir turut menggamatkan dewan hotel apabila mengulas isu ketirisan dalam urusan kewangan kerajaan atau negara.“Tak payah lah guna istilah ‘ketirisan’ lah atau ‘leakage’ lah. Ini apa ni.. cakap saja curi!,”
kata Abdul Kadir dengan sinis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...