25 Januari 2014

UNDI TIDAK PERCAYA UNTUK NAJIB, UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA !!!




Undi tidak percaya Najib, BN perlu fikirkan rakyat

 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diharapkan tidak memikirkan soal politik semata-mata, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan negara untuk bersama-sama mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad Shah, yang menyokong penuh gesaan untuk mengemukakan undi tidak percaya itu, berkata terlalu banyak isu kritikal yang melanda negara, namun tidak dapat diselesaikan sebaiknya oleh Najib.


"Kalau PM tidak sanggup memainkan peranan dalam menyelesaikan segala isu kritikal di negara ini, termsuk isu kalimah Allah, kenaikan harga barang dan pelbagai krisis lain, eloklah jika kita mencari ganti Perdana Menteri bagi memastikan kapal kita memiliki nakhoda yang benar-benar ada hala tujunya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya Ahli Parlimen BN perlu sedar dan berani untuk bersama-sama menyokong usaha untuk mengemukakan undi tidak percaya ini demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengajak ahli parlimen BN bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya atas kegagalan Najib mentadbir negara ini dengan lebih baik.

Mahfuz, dalam kenyataannya semalam berkata usul tidak percaya itu wajar dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat, di mana negara tidak 
mampu lagi mempunyai PM 'kangkung'.

TERHANGAT ! MUKRIZ BUAT U-TURN ISU KRITIK KANGKUNG NAJIB....!!!



Mukhriz: Kenyataan diputar belit


Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.

Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit.

“Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti.

"Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti,” katanya.

Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa.

Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil.

Selain Mukhriz, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegur pentadbiran perdana menteri dengan mengatakan Najib sewajarnya mengurangkan perbelanjaan dan bukannya memotong subsidi.

Isu terbabit turut mendapat reaksi Ibu Pejabat Umno, apabila Tengku Adnan memberi teguran kepada Mukhriz supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, dan bukannya secara terbuka.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, Mukhriz seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan dalaman bersama pimpinan tertinggi kerajaan terlebih dahulu, kerana tindakannya itu boleh menjejaskan nama parti.

KANKUNG TERUS POPULAR....DIJANGKA HARGANYA AKAN NAIK MELONJAK.....NAJIB KATA SATU LONJAKAN....

Pautan kekal imej terbenam

Bantah BN barang naik! Restoran di Taiping hari ini masak kangkung &kari bantah harga naik.Masa utk berubah!

Pautan kekal imej terbenam

PUNCA KADAR JENAYAH TINGGI , PEGAWAI POLIS MUDAH DIRASUAH !!!


Pegawai kanan polis salur maklumat kepada SPRM


Seorang pegawai kanan polis yang merupakan di antara 60 pegawai sedang disiasat atas tuduhan rasuah merupakan sebilangan anggota menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan lebih banyak anggota tidak terlepas daripada pendakwaan.

Sumber penyiasatan rasmi SPRM berkata, pegawai kanan polis dan beberapa anggota lain bersedia menamakan beberapa pegawai kanan lain demi kebebasan mereka.

“Penyiasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai kanan polis hidup mewah melebihi pendapatan mereka.

“Kebanyakan pegawai kanan polis ini bertugas di seluruh negara dan didapati memiliki sekurang-kurangnya RM1 juta atau lebih dalam akaun bank mereka.

“Pegawai ini tidak berselindung atau cuba menyembunyikan kemewahan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, penyiasat menghabiskan banyak masa mencari dari sumber mana pegawai polis berkenaan mengumpulkan kemewahan.

“Bagi memastikan siasatan kali ini berhasil, SPRM mengadakan kerjasama dengan anggota polis,” katanya.

Awal bulan ini, The Malaysian Insider melaporkan anggota polis yang tidak berpuas hati mengadu kepada SPRM menyebabkan satu siasatan dijalankan membabitkan siasatan terhadap 60 anggota polis.

Usaha pencegahan rasuah itu merupakan satu usaha sama di antara SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Anggota polis berkenaan disyaki meminta rasuah kepada pemilik perniagaan haram di ibu kota.

Perniagaan itu meliputi perjudian mesin kuda sehinggalah ke sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pemilik perniagaan menyumbang RM10,000 hingga RM50,000 kepada anggota polis bagi mengelak premis mereka daripada diserbu dan perniagaan diganggu,” katanya.

Berdasarkan siasatan SPRM, seorang pegawai kanan polis berpangkat "Datuk" baru-baru ini ditukarkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

“Datuk” itu disiasat SPRM setelah ditemukan RM6 juta dalam pelbagai akaun miliknya.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat “Datuk” itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis berkenaan.

"Akaun bank mereka sudah diteliti, termasuk urus niaga ditahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat." katanya. ~ TMI

24 Januari 2014

Najib " Bagai Tikus Membaiki Labu "


Sayangnya Najib membaiki labu



TIDAK pasti berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang percaya tentang apa juga penjelasan Perdana Menteri Najib Razak mengenai apa jua perkara. Beberapa hari lalu, dengan wajah selamba yang sudah hilang seri dan komersialnya, Najib muncul di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan.

Bercakap kepada kakitangan kementerian berkenaan seolah-olah bercakap kepada seluruh negara, Najib tidak ketinggalan menyelitkan perihal ejekan dan cemuhan ‘kangkung’ yang diterimanya dari rakyat Malaysia pelbagai lapisan. Namun, seseorang boleh membayangkan berapa ramai percaya atau yakin dengan penjelasan beliau.

Untuk menekankan kononnya beliau sememangnya faham konsep penawaran dan bekalan dalam pengurusan ekonomi makro (ekononi negara), menurut Najib tujuan beliau (dibaca, menarik dan mengurangkan subsidi; membiarkan kenaikan barangan dan perkhidmatan tanpa apa juga bentuk mekanisme kawalan; membiarkan matawang ringgit berada pada paras terendah di tukaran wang asing akibat simpanan luar yang terlalu berlebihan, iaitu bernilai sembilan bulan import tertahan berbanding tiga bulan import tertahan sebagaimana diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk negara kaya dan maju; membiarkan hutang negara menghampiri had dibenarkan undang-undang sehingga pengkadaran kredit antarabangsa mengalami penurunan gred; dan macam-macam lagi), "bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa lonjakan ekonomi."

obses perkataan

Tidak dapat dinafikan kebanyakan ahli politik Umno terkena penyakit ‘obses perkataan’ apabila menjadi pemimpin dan apatah lagi apabila menduduki jawatan kerajaan. Perkataan kegemaran Najib ialah ‘transformasi’. Sikit-sikit transformasi seolah-olah dengan jentik jari eknomi Malaysia boleh menjalani proses perubahan struktur semalaman.

Tujuannya sudah tentulah bagi menceritakan kepada rakyat Malaysia dan dunia, dia tahu apa yang dilakukannya dan dia memiliki resepi yang tidak ada pada sesiapapun termasuk pakar ekonomi terulung sekalipun.

Kini Najib bercakap tentang ‘lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi’. Apakah Najib secara serius yakin, Malaysia akan menjadi negara maju dan rakyatnya akan berpendapatan tinggi’ hanya dengan satu ‘lonjakan’? Apakah usaha menyusun semula struktur ekonomi sesebuah negara seperti melonjakkan diri untuk melangkah longkang?

Barangkali filem Hollywood ‘The Transformer’ memberikan inspirasi untuk Najib menggunakan perkataan ‘transformasi’. Kepada minda Najib jika sebuah robot boleh ditukarkan sekelip mata menjadi sebuah trak gempur, maka perihal sama boleh digunakan untuk meyakinkan rakyat Malaysia.

Justeru jika adapun sesuatu yang menyerlah tentang Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ialah betapa beliau gemar mencipta atau memperkenalkan istilah baru yang bunyinya cukup ‘bombastik’ kepada rakyat kampung dan mereka yang kurang faham tentang ekonomi.

Kini perkataan ‘lonjakan’ kian menjadi perkataan ‘favourite’ Najib. Walaupun tidaklah sebombastik ‘transformasi’ namun ia memberikan semacam ‘ummph’ kepada resipi ekonomi di awang-awangan beliau.

bukan sekadar lonjakan

Begitupun, setiap pakar ekonomi arif betapa untuk menjadikan sebuah negara miskin atau membangun kepada sebuah negara maju bukanlah boleh dibuat dengan hanya sekadar lonjakan. Malah jika terdapat usaha gigih ke arah lonjakan sekalipun, ia akan membawa padah.

Contoh paling jelas adalah apabila China ketika dipimpin oleh Mao Zedong (yang tak arif tentang ekonomi) melancarkan kempen ‘Lonjakan Besar Kehadapan’ (The Great Leap Forward) di antara 1958 sehingga 1961 bagi mentransformasikan negara tersebut dari berasaskan ekonomi tani kepada ekonomi berasaskan industri.

Akhirnya bukan sahaja kempen tersebut gagal, ‘lonjakan’ yang cuba dipaksakan oleh Mao ke atas rakyatnya mengakibatkan malapetaka berskala besar dalam apa yang dinamakan sebagai ‘Great Chinese Famine’ (Kebuluran Besar China) dan mengakibatkan sebanyak di antara 18 hingga 45 juta nyawa rakyat terkorban.

Sejarahwan terkemuka Belanda Frank Dikotter dalam bukunya, Mao’s Great Famine merumuskan Lonjakan Besar Kehadapan China bukan menghasilkan motivasi ekonomi tetapi sebaliknya "memotivasikan satu daripada penyembelihan beramai-ramai manusia terbesar dalam sejarah manusia".

Lonjakan tajaan Najib bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia belum sampai ke peringkat sebagaimana dialami dalam The Great Chinese Famine. Tetapi dengan kadar inflasi pasca-bajet meningkat pada angka 3.2 peratus Disember lalu (sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan) berbanding 1.2 peratus setahun lalu; kenaikan harga minyak sebanyak 10 peratus; tarif elektrik 15 peratus; pelbagai barangan dan perkhidmatan pelbagai peratus.

Matawang ringgit yang terus melemah dengan penurunan 1.5 peratus lagi sejak awal tahun; dan cukai GST serta kenaikan tol lebuhraya yang bakal dikuatkuasakan; dan macam-macam lagi, tidak mustahil Malaysia dan rakyatnya sedang bergerak deras ke arah mala petaka ekonomi.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”

Dalam sebutan masyarakat Melayu pula: "Bagai tikus membaiki labu." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...