29 Disember 2013

TERKINI KEMAS KINI 30 DIS 13 ! BANJIR DI BINTULU, SARAWAK - SAKSIKAN GAMBAR-GAMBAR



KEMASKINI 11.35PM : Amaran ribut petir di beberapa perairan negara


Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan Pantai Barat Sabah dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor barat, yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini juga berlaku di kawasan perairan Reef North, Bunguran, Layang-Layang dan Palawan yang menyebabkan angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter, yang juga dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.


Pautan kekal imej terbenam

BERITA MENYUSUL.....

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).
Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan

LAGI BERITA DARI BINTULU #PRAY4BINTULU



Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam

LAGI BERITA  SINI

TERKINI! KENYATAAN CHEGU BARD - AMAR SINGH, MINTA MAAF ATAU DISAMAN RM100 JUTA

Polis SAMM


‘Amar Singh, minta maaf atau disaman RM100juta’ – Chegu Bard

Dengan ini saya merakamkan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan Timbalan Ketua Polis K.Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan saya dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tuduhan menganjurkan himpunan untuk mengulingkan kerajaan pada 31 Disember nanti.

Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu konon wujud perancangan mengebom dan sebagainya.

Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup. Ini berkait rapat dengan kegagalan regim pemerintah selama ini dengan memungkiri janji janji pilihanraya yang belum setahun berlalu. Di masa pilihanraya Bn telah berjanji untuk menurunkan tol dan perbagai lagi usaha pengurangan kos hidup.

Tetapi akhirnya mereka sendiri menipu, bukan sahaja gagal mengawal kos hidup tetapi mereka sendiri mengumumkan kenaikan berantai bermacam macam lagi keperluan asas yang lain seperti minyak ,elektrik, gula dan lain lain lagi.

Sedar dengan kegagalan dan penipuan regim ini maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes terhadap kenaikkan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah dalam media baru seperti Facebook.

Ekoran itu beberapa ngo seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi dan seumpamanya, malah satu seketeriat ditubuhkan bukan sebagai penganjur tetapi penyelengara untuk melicinkan perbagai urusan.

Namun regim yang sentiasa menganggap kebangkitan kesedaran dan kecerdikan rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikkan kos sara hidup sebagai himpunan menggulingkan kerajaan.

Media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikkan kos sara hidup kepada menggulingkan kerajaan.

Pautan kekal imej terbenam
Sebaik delegasi @SAMMalaysia tiba di Airport Kuching @chegubard didatangi rakan2 media

SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun dan menyatakan protes terhadap kos kehidupan serta penipuan janji janji pilihanraya Bn, telah berkali kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama bahawa himpunan ini cuma himpunan rakyat menyatakan protes bukan berbentuk keganasan tetapi aman.

Malah pra himpunan banyak telah di adakan atas nama flashmob di banyak tempat sama ada di dalam atau diluar lembah Kelang. Semua berjalan baik,begitulah bentuk himpunan ini cuma ia dalam skala yang besar di Dataran Merdeka pada malam tahun baru nanti.

Tidak di nafikan banyak juga pihak termakan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak pasti PDRM merupakan pihak yang terpedaya propaganda jahat tersebut atau dengan sendirinya terlibat menjayakan propaganda tersebut.

Kemuncaknya adalah semalam apabila Timbalan Ketua Polis KL telah membuat sidang media seolah mempunyai maklumat gempar.

Ia kelihatan seperti lidah propaganda jahat menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama saya dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat menganjurkan himpunan guling kerajaan malam tahun baru yang bukan sahaja bersifat ganas tetapi terkait juga dengan bom dan sebagainya.

Amar Singh kononya ada maklumat mengenainya. Lebih lawak jenaka kerana dalam begitu serius membawa tuduhan mengenai himpunan besar menggulingkan kerajaan, dia sendiri pula berkata bahawa NGO – NGO yang disebut itu cuma NGO kecil sahaja dan himpunan tersebut hanya akan dihadiri oleh ratusan orang sahaja. Saya amat kasihan dengan Amar Singh, seoprang pegawai polis kanan begitu kelihatan bodoh ketika menjadi alat aparat dakyah regim.

Saya dengan ini menafikan dakyah Amar Singh ini. Mohon semua pihak bertenang, ini semua usaha mengalihkan isu sebenar – rakyat susah, kos hidup naik, regim gagal, janji PRU Bn menipu. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Amar Singh dan memohon maaf.

Dia harus dedah sumber pembohongan ini. Saya akan mengambil tindakan undang – undang terhadap dia dan semua media jahat yang menjadi penyambung fitnah tersebut. Isnin 30 Disember) akan menghantar notis undang – undang terhadap Amar Singh dan media – media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100juta ke atasnya.

Semua harus datang secara aman, jika ada bersenjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis.

Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulaan tahun baru ini dengan titik hitam hubungan polis dengan rakyat. Hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan kita jumpa di Dataran Merdeka 31 Disember ini.

Badrul Hisham Shaharin

BERITA PALING LAWAK 2013 : PKR ANJUR KARANG EMEL PALSU

PKR akan anjur pertandingan karang emel palsu

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.

Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.

Katanya, PKR akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.

Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.

"Kita akan umumkan esok, oleh kerana kita anggap ia lawak jenaka.

"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.

"OK, kita anggap ia satu jenaka mengenai hal ini, dan kita nak tengok berapa banyak emel palsu yang polis nak siasat," kata beliau selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.

Rafizi menegaskan, emel yang menuduh beliau terlibat dalam rancangan meletakkan bom di ibu negara malam 31 Disember depan adalah palsu. ~Malaysiakini



Dibawah emel didakwa palsu...yang dihebohkan oleh bloggers umno.....



TERHOT ! MENGEJUTKAN MALAYSIA MENGATASI THAILAND - JUMLAH PELACUR BERBANDING PENDUDUK.....!!!!!!

Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Tersenarai

Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia ini mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes. Dari data yang dikumpulkan Foynes, berikut merupakan negara Asia yang mempunyai paling ramai pelacur..

1. Korea Selatan
Foynes melaporkan 110 dari 10 ribu orang Korea Selatan terdiri dari pelacur. Pada awalnya, hanya beberapa kawasan yang dibolehkan bagi para wanita ini menjual diri namun akhirnya, setiap daerah telah pun mempunyai organisasi pelacurannya sendiri. Jika ini jumlah yang sebenar, maka dengan populasi 50 juta penduduk Seoul, Korea Selatan mempunyai kira-kira 550 ribu orang pelacur.

2. Filipina
Kelab malam dan kafe-kafe yang menghidangkan minuman beralkohol sememang merupakan salah satu dari pelancongan yang ditawarkan di Filipina. Golongan perempuan bekerja sebagai pelayan bar namun tidak berhenti setakat itu sahaja. Kebanyakkan dari mereka juga menjual diri walaupun dari segi undang-undang, pelacuran ada lah satu kesalahan di Filipina. Menurut Foynes, sekitar 85 orang dari 10 ribu penduduk Filipina adalah pelacur. Ketika ini, populasi penduduk negara itu adalah seramai 97 juta orang. Itu bererti sekitar 800 ribu orang di Filipina adalah wanita golongan pelacur.

3. China
Pelacuran merupakan perniagaan yang boleh dijalankan menurut undang-undang di China, berikutan ia tergolong dalam industri pelancongan dan sering dilanggan oleh pelancong asing. Dengan populasi 1.3 juta warga China ketika ini, kira-kira 60 orang dari 10 ribu rakyatnya adalah pelacur. Ertinya di sini, China mempunyai 7.8 juta wanita yang bekerja sebagai pelacur.

4. Malaysia
Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki sejumlah pelacur yang agak ramai. Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki sejumlah pelacur seramai 156 ribu orang.

Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.


5. Thailand
Sekitar 45 orang dari 10 ribu rakyat Thailand terlibat dalam kegiatan pelacuran. Meskipun dibenar oleh undang-undang, namun pemerintah Negara Gajah Putih ini sangat bertoleransi dalam memantau industri ini pada hal, ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang menikmati sajian seks.

Di pelbagai tempat pelancongan di Thailand, hampir setiap malam diadakan pesta yang mampu mengundang kepada pelacuran. Para peniaga cenderamata dikatakan turut sering menyewakan tempat mereka bagi para pelancong melepaskan nafsu syahwat mereka. Dari jumlah yang telah disebutkan, dengan bilangan populasi penduduk seramai 67 juta orang , ini bererti bahawa kira 299 ribu wanita Thailand adalah pelacur.

p/s: Malaysia tersenarai disebabkan ramai pelacur pendatang asing mencari makan di negara ini.
Sumber

Kejayaan kerajaan umno/bn  selama memerintah selama 56 tahun....menteri pun semua cap ayam ...tak jadi masalah ternak ayam-ayam di kondo-kondo, kelab-kelab dan dipusat hiburan....... 

28 Disember 2013

PANAS ! KERANA PRINSIP TAN SRI SERAH TIGA PINGAT DARJAH KEBESARAN...


KERANA PENULISAN BELIAU ATAS TAJUK "MENUNTUT HAK, MENEBUS MASA SILAM" .. AHLI KOPERAT TERKENAL TELAH MENYERAHKAN KEMBALI 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR KEPADA ISTANA!!!!





Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya. "Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu
.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Diperturunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...