Saya merujuk kepada laporan berita The Star bertarikh 22 Mac 2013 - lima hari yang lalu - mengenai bon 1MDB bernilai RM 9.36 bilion. Hutang sedia ada 1MDB sebelum ini berjumlah RM 10.8 bilion. Kini, 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM 20.16 bilion dengan tambahan terakhir ini!
Berdasarkan laporan itu, pengeluaran bon terbaru dilakukan secara senyap. Tidak ada sebarang pengumuman awam dibuat.
Oleh kerana tidak ada penjelasan mengenai tujuan bon itu dikeluarkan, tekaan yang boleh dibuat ialah 1MDB akan menggunakan pinjaman itu antara lain untuk membayar syarikat pengeluar janakuasa elektrik swasta atau IPP yang baru ia itu Jimah Power.
Petunjuk ini berdasarkan laporan berita Bloombergs News bertajuk '1MDB Said to Plan Malaysia Power Asset Buy for $548 Million' - bertarikh 20 Mac 2013 - dua hari sebelum berita bon RM 9.36 bilion. Bermakna 1MDB berterusan membeli janakuasa IPP satu demi satu dengan Jimah Power yang terkini dengan harga RM 1.7 bilion.
Sebelum ini 1MDB telah pun membeli janakuasa kepunyaan Tan Sri Ananda dengan harga RM 8.5 bilion dan Genting Bhd dengan harga RM 2.3 bilion.
Pembelian ini jelas bermotif politik kerana Pakatan Rakyat telah mengumumkan polisi untuk menyusun semula semua terma kontrak TNB dan IPP bagi mengurangkan kos subsidi gas.
Tren ini menunjukkan tuan punya IPP berkenaan mengambil jalan selamat dengan menjual kepentingan mereka lebih awal kepada Kerajaan dan jika sekiranya BN tewas, mereka telah pun mendapat keuntungan yang sangat lumayan.
Jika itu pertimbangan tuan punya IPP, apa pula pertimbangan Kerajaan membeli syarikat yang mungkin tidak lagi berdaya maju di kemudian hari?
Kenapa satu demi satu IPP ini diselamatkan?
Adakah penyaluran dana pilihanraya melalui keuntungan penjualan itu adalah satu dari pertimbangan?
Akhirnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang yang semakin besar dan kroni BN telah pun mengaut keuntungan mereka.
Bagi seorang pemimpin yang bermoral dan Kerajaan yang jujur, semua urusan sebegini boleh ditangguhkan sehingga mandat baru diperolehi - kecuali secara diam-diam semua pihak iaitu pemimpin Kerajaan dan syarikat kroni telah pun mempersiapkan diri mereka menerima kemungkinan BN tewas dalam pilihanraya ini. Ini adalah tidak adil untuk majoriti rakyat Malaysia.
Ketika mereka menunggu-nunggu tarikh Parlimen dibubarkan, Kerajaan DS Najib pula sibuk menyusun 'agenda kewangan' dan menggalas apa yang ada pada saat-saat akhir dengan cara melengah-lengahkan pembubaran.
Amat malang bagi rakyat Malaysia. Mereka menunggu-nunggu, harta negara pula sedang digalas.
Ini juga suatu sebab yang tidak masuk akal jika Ketua Menteri itu cuba mengatakan bahawa kedua-dua orang sepupunya itu berlakon untuk “mengenakannya” dalam filem itu.
Dua orang wanita itu sebenarnya kurang berhati-hati semasa berbual-bual dengan seorang lelaki yang berlakon ingin membeli tanah dari mereka.
Mereka Memandang Kita Seperti mereka Raja-Raja?
Anak saudara MP Norah Abdul Rahman sedang diasuh untuk menganggap dirinya sebagai seorang Raja pada orang-orang yang miskin – anak lelaki Norlia memberikan Ang Pau kepada kanak-kanak miskin di kawasan Tanjung Manis.
Rakyat Sarawak kini masih menghayati dan meneliti keangkuhan anak-anak Abdul Rahman, seperti yang didedahkan dalam video rakaman Global Witness mengenai rampasan-rampasan tanah di awal minggu ini.
Dua dari lapan orang anak perempuan Abdul Rahman itu, yang memperolehi tanah NCR menerusi syarikat mereka daripada sepupu mereka Ketua Menteri, telah menjelaskan dalam rakaman berahsia bagaimana mereka mendakwa hubungan mereka dengan orang-orang “miskin dan daif” di Sarawak.
“Anda tahu, mereka itu amat miskin dan apabila ada pemimpin-pemimpin yang datang mereka memandang pemimpin-pemimpin itu sebagai raja-raja dan mereka sering mengharapkan apa jua pemberian”,kata Fatimah Abdul Rahman yang gemuk itu, yang merupakan orang yang boleh dihubungi bagi syarikat Ample Agro Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah mendapat 5,000 hektar tanah di kawasan Julau.
Jika kenyataan ini tidak cukup untuk merendah-rendahkan orang-orang tempatan, sila teliti komen-komen kakak sulungnya, Norlia Abdul Rahman, yang diperkenalkan sebagai seorang “yang menjaga kawasan pilihanraya [Tanjung Manis]” untuk seorang lagi saudara mereka, iaitu MP Norah Abdul Rahman.
Kelayakan Norlia ke atas tanah itu diikhtiraf oleh Taib Mahmud.
“Mereka sebenarnya setinggan yang menduduki tanah di situ kerana tanah itu bukan milik mereka, ianya tanah kerajaan, maka mereka itu adalah setinggan” kata Norlia, yang tetap menganggap dirinya berhak mengatakan bahawa orang-orang tradisi itu boleh dipaksa meninggalkan tanah tradisi mereka, mana kala dia dan saudara-saudaranya yang kaya itu mempunyai hak dan kelayakan ke atas tanah di situ. Kerana mereka adalah ‘Raja-raja’?
Walhal Raja-raja Inggeris Sarawak dulu tetap telah berhati-hati untuk tidak memijak kaki mereka di tanah penduduk asli Sarawak.
Lihatlah bagaimana para pengawal berdiri dalam keadaan berjaga-sedia dan memegang payung-payung di atas kepala kita, ‘Raja’ muda?
Kenyataan-kenyataan yang mengejutkan itu telah menggesa pemberi maklumat kami untuk menghantar beberapa keping gambar anak-anak Abdul Rahman yang berlagak seperti ‘golongan di-raja’ di kawasan Tanjung Manis, salah sebuah kawasan hutan paya bakau terakhir di Sarawak, satu-satunya kawasan yang telah dimusnahkan oleh syarikat-syarikat mereka untuk dijadikan “Hab Halal”.
MP Norah Abdul Rahman kini sedang berkelakuan seperti seorang permaisuri di kawasan yang miskin ini dan mendidik anak saudaranya, iaitu anak lelaki Norlia untuk memberikan bungkusan-bungkusan ang pau kepada kanak-kanak tempatan yang kurang bernasib baik.
Anak-anak perempuan Abdul Rahman itu sering menganggap diri mereka itu datang dari latar belakang keluarga bangsawan. Namun mereka sebenarnya bukan begitu. Bapa mereka adalah seorang peguam yang berjaya menjadi ahli politik yang dipilih dan kemudian mengangkat sepupu mereka, Taib Mahmud, juga seorang peguam untuk dipilih. Mereka sebenarnya bukan golongan bangsawan.
Ingat, kita ini Keluarga Di-Raja bagi kawasan Tanjung Manis?
Berkenaan tanah itu, yang diberikan oleh sepupu mereka, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud itu menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk memimpin Kerajaan Negeri. Pemberian itu sememangnya suatu bentuk rasuah yang menjijikkan, rampasan harta pusakan orang pribumi dan juga suatu bentuk salah guna kuasa.
Namun, jelaslah anak-anak Tun Rahman itu sering menganggap diri mereka berhak ke atas apa yang mereka perolehi kerana pertalian saudara mereka dengan Taib Mahmud, walhal orang-orang pribumi yang membantah rampasan yang mereka lakukan itu sebagai “nakal”.
Jelaslah anak-anak Tun Rahman itu merasa marah bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah memberi amaran pada kaum Dayak bahawa tanah-tanah tradisi mereka telah dibahagikan kepada saudara-mara Taib Mahmud seperti mereka, kerana berdasarkan undang-undang negeri, mereka tetap berhak.
Dalam usaha mereka melanggari undang-undang, anak-anak perempuan Tun Rahman tetap memilih untuk melaksanakan transaksi perniagaan mereka secara rahsia, bagi membolehkan mereka menjual semula untuk mendapatkan keuntungan sebelum orang-orang tempatan mengetahui bahawa tanah mereka telah dirampas.
Jelaslah Fatimah telah mengakui bahawa sepupunya, Taib Mahmud, adalah seorang yang korup dalam filem itu. Dan kenyataannya itu terhasil dari anggapannya bahawa semua pemimpin di dunia ini adalah korup juga.
Pembangunan? – sebuah tandas di kawasan pilihanraya Tanjung Manis yang diwakili Norah Abdul Rahman.
Anggapannya yang sedemikian adalah bahawa semua ahli politik BN yang dia kenali adalah golongan pemimpin yang korup dan kotor belaka. Baginya, tiada seorangpun yang terkecuali.
Namun di negara-negara lain pemimpin yang korup akan dihukum seberat-beratnya. Hanya pemimpin berdiktator yang mundur sahaja yang boleh melarikan apa yang mereka ragut secara terang-terang seperti BN.
Namun Fatimah telah mewajarkan bahawa sifat korup Taib Mahmud mempunyai “kebaikan” pada kebanyakan perkara yang dia lakukan untuk negerinya.
Maka, kenyataan-kenyataan sebeginilah yang menggalakan para pembaca untuk menggambarkan kemiskinan yang masih membelengu orang-orang tempatan di kawasan Tanjung Manis, di mana saudaranya, Norah Abdul Rahman merupakan seorang Ahli Parlimen.
Dia telah banyak berjasa pada Negerinya? – sebuah kediaman penduduk tempatan di kawasan Tanjung Manis.
Inilah kawasan yang dimusnahkan oleh keluarga itu menggunakan syarikat-syarikat mereka. Merampas kawasan hutan paya bakau yang amat luas kemudian mendirikan kilang-kilang dan pelabuhan yang akan mendapatkan keuntungan dari dana awam yang disuntik oleh Ketua Menteri.
Corak amalannya adalah sama, di mana kerajaan negeri akan membayar penubuhan perusahaan-perusahaan itu dan seterusnya perusahaan-perusahaan yang dimiliki oleh keluarga Taib Mahmud akan mengaut keuntungan yang dilakukan oleh keluarga Abdul Rahman di Tanjung Manis.
Ini adalah suatu sebab kenapa Taib Mahmud harus memupuk semangat taat setia Ahli Parlimen pilihannya bagi kawasan itu, sepupunya sendiri, Norah Abdul Rahman.
Ini juga suatu sebab yang tidak masuk akal jika Ketua Menteri itu cuba mengatakan bahawa kedua-dua orang sepupunya itu berlakon untuk “mengenakannya” dalam filem itu.
Dua orang wanita itu sebenarnya kurang berhati-hati semasa berbual-bual dengan seorang lelaki yang berlakon ingin membeli tanah dari mereka.
Sudah tentunya anak-anak perempuan Tun Abdul Rahman itu tidak mahu melihat reputasi Taib Mahmud dijatuhkan sedangkan mereka mereka telah dan sedang meraih untung untuk keluarga mereka dengan cara merompak rakyat Sarawak.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membayar RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana fitnah.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara hari ini membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP kebangsaan, bertanggungjawab terhadap satu fitnah dan memerintahnya membayar jumlah tersebut kepada SYABAS. Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Pua, memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zaharah Ibrahim, juga memerintahkan SYABAS membayar RM50,000 sebagai kos kepada Pua.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel tersebut ialah Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Panel tersebut, dalam penghakiman lisannya, tidak menyatakan alasan bagi keputusan tersebut.
Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah, menolak tuntutan balas Pua dan pembelaan perlindungan bersyarat serta komen yang adil dalam membuat kenyataan berkenaan.
Dengan keputusan itu, kata Gobind, SYABAS perlu memulangkan RM200,000 yang telahpun dibayar.
'Mahkamah Tinggi terkhilaf'
Gobind dalam hujahnya hari ini berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila ia mendapati Pua gagal menjustifikasikan kenyataan yang dibuat terhadap SYABAS.
Beliau berkata, bukti menunjukkan SYABAS sedang menghadapi masalah kewangan, dan oleh itu, adalah wajar bagi Pua mengatakan bahawa jika SYABAS tidak mempunyai dana yang mencukupi, maka ia perlu menyerahkan kembali konsesi ke Selangor.
Gobind (kanan) juga berhujah bahawa SYABAS - sebagai sebuah entiti yang menyediakan perkhidmatan awam - tidak boleh menyaman sesiapa kerana fitnah.
Manakala peguam SYABAS, Gopal Sreenevasan memberitahu mahkamah rayuan bahawa Hakim Amelia membuat keputusan yang betul untuk menolak pembelaan justifikasi yang dibangkitkan oleh Pua.
Gopal juga memberitahu mahkamah bahawa SYABAS, sebagai sebuah entiti komersial, mempunyai hak untuk menyaman individu kerana fitnah kerana ia berhak untuk melindungi reputasinya. ~mk
Dr M bersetuju dengan Daim, Najib perlu buang pemimpin luput tarikh
Nama-nama baru dalam Kabinet dapat membantu memperkukuhkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin prestasi perdana menteri kini dibebani dengan masa lalu.
Daim, bekas menteri kewangan dipetik dari wawancara dengan New Sunday Times berkata walaupun Najib membuat “kerja dengan baik”, perdana menteri keenam itu membawa “terlalu banyak kayu mati” dan mesti menyusun semula pentadbiran dan membuang mereka yang tidak berprestasi baik.
“Ya, saya setuju dengan dia. Pokok mati harus ditebang dan dibuang supaya pokok baru dapat ditanam,” katanya menyokong kenyataan Daim kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Mahathir berkata beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan akan membubarkan Parlimen tahun lalu sekiranya beliau adalah perdana menteri, apabila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan perkara tersebut.
Menurut bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan.
“Saya tidak ada kuasa untuk bubar parlimen, jadi saya pun tak tahu bila.
“Kalau saya jadi perdana menteri, dah lama saya bubar dah. Tapi, saya tak ada kuasa, jadi saya pun tak tahu bila nak dibubarkan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Bubarkan - 5 Tahun Sahaja
Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.
"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi. JAWAPAN ANWAR IBRAHIM ATAS TUDUHAN DAIM KRONI BESAR MAHATHIR... Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.
Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.
Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel..
Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey,namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F.
wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo: "Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?"
Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab: "Saya berada di bumi Palestin." Di Malaysia pemimpinnya mengecam Israel,tapi dalam masa yang sama buat urusan perdagangan dengan Israel, pelik bin hairan..