14 Februari 2013

Panas ! Kerana Kebangangan UMNO Rakyat Kena Tanggung Bil Ayak yang Tinggi...!!!


Dato' Ahmad Kuah kena cari 'jawapan' lain... hujah tu nampak tak boleh pakai



BN masih mengelak dari menjawab isu 'RM403 Juta'
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA ,(Nota Utara, Harakah)


Sakit juga BN Kedah dengan penangan 'Bongkar 403 Juta' - sebuah NGO yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. 403 ialah angka kerugian yang dialami oleh rakyat negeri Kedah (RM403 juta) akibat kesalahan dan kesilapan kerajaan BN dahulu yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan kini.

Bongkar 403 Juta (B403J) menganjurkan pelbagai program yang mengajak rakyat memahami isu tersebut seterusnya menolak BN dalam PRU13 nanti. Ia bermula dengan sidang media, cabaran debat, memorandum, himpunan, konvoi, pengedaran risalah serta road show penerangan di setiap kawasan.
Cabaran utama yang dilontarkan oleh B403J ialah mendesak BN Kedah menjawab isu tersebut satu persatu. Sehingga kini tiada pemimpin BN yang berani berbuat demikian. Hujah yang diberi untuk menangkisnya terlalu 'longgar' malah tidak menjawab soalan.

Para pemimpin BN menjawab, jika benar pemimpin BN dahulu melakukan penyelewengan RM403 juta, mengapa polis atau SPRM tidak membawa kes mereka ke mahkamah? Keduanya, isu tersebut sudah basi kerana sudah lama berlalu. Ketiga, mereka persoalkan, mengapa baru sekarang mahu membangkitkannya?


Pihak B403J dalam sidang media dan ceramahnya sudah menjelaskan bahawa angka RM403 juta itu bukan keseluruhannya adalah angka penyelewengan. Ia bercampur; ada penyelewengan, kehilangan, perjanjian berat sebelah yang merugikan kerajaan negeri, membuat pilihan yang tidak cerdik dan kelalaian kerajaan lalu.


Misalnya dalam isu Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta oleh Senisinga Sdn Bhd yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad. Mereka menang di mahkamah dan pihak kerajaan negeri kini terpaksa membayarnya, walhal kesalahan dilakukan oleh kerajaan lalu. Sewaktu B403J mengadakan himpunan di bandaraya Alor Setar, Yayasan Islam kalah lagi dengan tuntutan yang dibuat melalui mahkamah. Yayasan Islam terpaksa membayar RM18 juta dalam bentuk hartanah. Sepatutnya angka RM403 bertukar menjadi RM421 tetapi nama NGO sudah diisytiharkan.


Begitu juga 'kehilangan' RM6.15 juta hilang dari akaun bersama Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) anak syarikat kerajaan negeri dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) anak syarikat kerajaan Pusat. Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta pada 5 Jun 2012 setelah agihan tidak dibuat. Nak cakap mahkamah tak putuskan mereka bersalah apa lagi sebab mahkamah dah jatuhkan hukuman pun.


Kes sebuah syarikat pemaju menyaman pihak kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebanyak RM22 juta juga melalui proses mahkamah. PKB mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan. Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.

Hanya satu isu yang cuba dijelaskan oleh bekas Exco BN, Dato' Ir Nawawi Ahmad. Iaitu terma perjanjian yang merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.91 untuk satu meter padu air. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, kira-kira RM128 juta untuk lima tahun.


Dato' Nawawi berkata, perjanjian Taliworks tidak berat sebelah kerana termasuk kos pembinaan infrastruktur. Katanya, waktu itu Langkawi tidak cukup air kerana hotel semua dah naik. Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff tawarkan kepada sesiapa yang mampu membiayai infrastuktur di peringkat awal dan kerajaan negeri akan bayar secara ansuran kos awal yang dilaburkan itu. Pembayaran balik (berserta keuntungan) itulah yang diterjemahkan dalam perjanjian yang dianggap berat sebelah itu.


Persoalannya apakah kos terbesar dan berapakah jumlahnya untuk penyediaan infrastruktur tersebut? Biarlah dijelaskan di sini, ianya berupa saluran paip dasar laut dari tanah besar ke Pulau Langkawi sejauh 46.4 km. Juga sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150 juta tetapi dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan; merupakan hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri terhadap Persekutuan! Habis, kos apa yang ditanggung oleh Taliworks yang kononnya terlalu besar sangat sehingga terpaksa dibuat perjanjian berat sebelah, berlangsung kira-kira 25 tahun?


Bagaimanapun dalam isu Taliworks terdapat juga perjanjian walaupun berat sebelah. Dalam kes Projek Feedlot di Pendang langsung tiada perjanjian dengan tuan tanah sehingga menyebabkan Kedah Agro rugi RM3.5 juta. Mereka yang berada di pihak kerajaan negeri waktu itu tidak cerdik atau sengaja khianat?


Manakala isu penyelewengan pula, jelas berlaku dalam kes pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga RM46 juta. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar.


Lagi penyelewengan yang berlaku secara terang-terangan ialah pengambilan balak di laluan projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling. Jelas pembinaan lalauan itu menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu dilaporkan diserahkan oleh Menteri Besar kepada Kedah Corporation Berhad (KCB). Mustahil KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu, kerana tiada rekod langsung terhadap hasil balak di kawasan itu apabila Pakatan mengambil alih kerajaan.


Mengapa para pemimpin BN Kedah cuba bermain sandiwara atau buat-buat 'tidak mendengar', mengelak dari menjawab isu RM403 juta ini?

13 Februari 2013

Panas ! Gambar Penyerang Mahasiswa Berparang Tersebar !!! ( +video )


Orang yang mengeluarkan parang untuk mengugut mahasiswa ( t'shirt putih )

MENGAKU MEMBAWA PARANG DI SEKATAN DI CHINI TIMUR 1,2 DAN 3.

Ketiga2 ini pengurus felda

Foto
Dia mengaku ketua keselamatan.. mungkin ketua Rela kut... dia ketua menghalang juga lowyer Harris Al-Hajj antara yang akan kita saman nanti


MAHASISWA DIHALANG MASUK KE CHINI TIMUR 1.2 DAN 3



Siswa dakwa diugut dengan parang pula di Pekan

Sekumpulan anggota Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.

Mereka adalah antara 50 mahasiswa yang berkumpul di kawasan parlimen tersebut sejak 11 Februari lalu. Mereka berpecah dalam kumpulan kecil untuk mengedar surat tersebut di kawasan berkenaan.

Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.

Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkannya dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.

"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.

"Kita tidak melawan. Kita bimbang keselamatan siswi. Kita ambil pendekatan yang rasional. Kalau melawan, nampak radikal.

"Kami beredar balik ke rumah penunjuk arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.

Menurut Safwan, dia bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.

Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.


Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan surat berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini, antara lain menyatakan mereka nekad untuk menjadikan pilihan raya umum itu sebagai "masa untuk BN bermuhasabah atas segala pelakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia" serta mendesak rakyat membuat perubahan dengan memilih parti selain BN memimpin kerajaan baru.

"Tidak ada salah kita mencuba kerajaan baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN.

"Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia," surat itu dipetik.

Safwan berkata sebelum insiden itu berlaku, seorang pemuda menaiki kereta putih mengambil gambar dan menyuruh mereka beredar dari situ sebelum "apa-apa berlaku".

"Kami ingat ia hanya ugutan biasa sahaja. Jadi kami teruskan. Kami tidak syak apa-apa," katanya sambil menambah tindakan pemuda itu berlaku sewaktu mereka mula mengedar surat tersebut.

MAHASISWA2   DIHALANG MASUK KECHINI TIMUR 1,2 DAN 3

Foto
Gambar orang2 kuat umno ada sekali buat sekatan

sumber sini    VIDEO PANAS MENYUSUL LAGI

Kedahkini

KANTOI MAKSIMUM ! PM DIMALUKAN...KERANA ADA MENTERI INGIN MEMBODEK....!!!


'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaulyee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.


Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.
Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".
"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri di atas pentas - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.


Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Kejadian  yang memalukan ini boleh lihat video dibawah dan tersebar di YouTube juga di seluruh dunia........

KANTOI ! BN Pulau Pinang Gelabah Bewak..Syak Ada Sabotaj...Kata Ada Sokongan 80K...!!!


Penyanyi Korea, Psy berjaya menarik ribuan pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Georgetown semalam.

BN Pulau Pinang nampaknya sudah gelabah bewak....nak sedapkan hati kata " Ada Sabotaj "........

BN Pulau Pinang syak ada pihak sabotaj Majlis Rumah Terbuka

GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengesyaki ada pihak tertentu menghantar sekumpulan ahlinya untuk sabotaj Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Padang Sekolah Tinggi Han Chiang, kelmarin.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, beliau percaya kumpulan melaungkan perkataan ‘No’ (tidak) ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai ‘Are you ready for BN’ (adakah kamu bersedia bersama BN) adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis.



“Bukan semua yang hadir melaungkan 'tidak'. Kita ada rakaman video yang menunjukkan sebahagian besar pengunjung melaungkan 'ya' apabila perdana menteri bertanyakan soalan itu beberapa kali.

“Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baju seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan segelintir pengunjung yang menyahut seruan Najib dengan berkata 'tidak' kepada BN sebelum persembahan bintang Korea Selatan, PSY yang popular dengan tarian Gangnam dan artis tempatan Shila Amzah.

Chang Yeow berkata, sekiranya kumpulan yang melaungkan perkataan 'tidak' itu adalah ahli mahupun penyokong BN, ia adalah satu perkara yang membimbangkan.


LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI KONSERT PSY
NAJIB DIMALUKAN DISELURUH DUNIA..LAPORAN JUJUR OLEH PIHAK MEDIA SINGAPURA MENGENAI SAMBUTAN KONSERT PSY YG DIANJUR OLEH BN..


Honest and independent reporting from Singapore TV media on CNY party By BN Penang.


Panas ! Alahaii..Mukhriz..Kalau Nak Spin Padan Patut sudahlah.....



Jangan tuduh Pengarah Hutan ni sokong PR pulak...

Oleh : Pak Non Mahang

Hari ni Pak Non tak pi motong,pasai kena bawak anak Pak Leh Congo sebelah rumah pi hospital kena sengat lipan bara.Dok tunggu nombor giliran lama sangat Pak Non dan baca Sinar Harian cerita Dato' Mukhriz dok pertikai Kerajaan Negeri pasai bukak dusun di Pedu nu.. 


Mula tu rasa macam nak sokong apa dia cakap tu tapi mai tang "Masa BN dulu,kita tebang balak ikut saiz dibenarkan dan tidak tebang pokok kecil,sebab tu hasilnya kurang.Berbanding masa sekarang,hasil balak meningkat sebab mereka tebang blak 'sapu licin'tanpa mengira saiz"..rasanya tak sesuai ayat tu keluaq dari mulut seorang Timbalan Menteri anak bekas Perdana Menteri pulak tu.

Rasanya ayat ni selalu diguna oleh blogger UMNO yang dapat upah tapi mengaji taraf SPM(Mukhriz mengaji sampai luaq negeri nu).Pak Non percaya prosedur untuk ambik balak tu sama saja tak kira zaman..Takkan pegawai Jabatan Hutan nak buat lagu tu sebab kalau tak silap Pak Non,undang-undang pasai hasil hutan ni bukan peringkat negeri tapi peringkat pusat yang buat.

Tengok bawah pada berita ni,Pengarah Jabatan Hutan Kedah pulak jawab.Kira tang ni Pak Non puji Sinar Harian la pasai adil dan beri peluang orang nak jawap..bukan macam suratkhabaq yang lain tu,kira depa saja yang betui orang lain semua salah.Cuma lepaih ni Pak Non harap janganlah dok tuduh Pengarah Jabatan Hutan ni sokong PR pulak pasai bagi jawapan yang tak selari dengan BN.Pak Non yakin depa ni kerja ikut undang-undang dan profesional kalau dak tak dan subuh lagi SPRM dok tercongoih depan tangga dah..




Nie anak Tun M bakal MB Kedah....


Bapa borek anak rintik, bapa kaki kelentong anak kaki auta!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...