05 September 2012

Panas ! Kes Serang Masjid..Ini dia dalangnya....?



Muka-muka basi yang dalam gambar-gambar ni semuanya bermasaalah dengan Anwar,, agaknya inilah sebabnya mereka berkumpul yang kononya untuk perjumpaan hari raya....

Tau-tau 2-3 hari yang lalu PERKASA di kedah dah mula kurang ajaq,,, mereka dahg mula serang masuk ke masjid,, apakah ini semua perancangan mereka semua...




04 September 2012

Panas ! Serang Masjid, Peserta Rombongan Nampak Ahli Perkasa Bawa Kerambit ( Video didalam )


PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.

Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

“Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

“Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas,” kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Pak Rahman berkata, gerak-geri lelaki itu begitu mencurigainya seolah-olah berniat mencederakan Ketua Pembangkang yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga dikatakan beberapa kali meletakkan tangan di poketnya seperti bersedia untuk membuat serangan.Bimbang dengan keadaan itu, Pak Rahman mengawasi lelaki terbabit dan bersedia merempuhnya jika dia bertindak agresif.



“Mujur lelaki berkenaan tidak bertindak agresif disebabkan keadaan di kawasan itu terang apabila lampu kecemasan menyala. Saya percaya kalau blackout (gelap) lelaki itu akan menyerbu ke arah Anwar,” katanya.

Beliau yang mengecami lelaki berkenaan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
“Dari segi bukti gambar, saya boleh kenal pasti dan saya percaya polis boleh menyiasatnya,” katanya.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.-Keadilandaily




PKR edar muka-muka penyerang masjid -Inilah muka-muka wanted penyerang masjid di Alor Setar...


PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.
"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.

"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.
Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.

Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.

Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.
"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.

"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.

Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.

"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.
"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.

Panas ! Mamat yang Mengentot gambar Rosmah ditahan Polis...


CHERAS: Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut. "Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa.




Pada Isnin, polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tiga laporan membabitan insiden di Dataran Merdeka, serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat dan tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011...

Selepas Proton, Kroni Umno mendapat KTMB pulak

Henti pemusatan harta rakyat di tangan kroni


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, PKR yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional.

Berikut kenyataan bersama beliau dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.

Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:

1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?

2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?

3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?

Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.

Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.

Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.

Sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.

Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.


Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.

KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.

Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional.

GAJI DI MALAYSIA LEBIH RENDAH DARI BOTSWANA



WALAUPUN Malaysia semakin maju, tetapi 'Gaji' yang diterima majoriti rakyatnya lebih rendah dari Botswana dan Jamaica. Setakat ini belum ada kajian menyeluruh dijalankan kenapa Gaji di Malaysia lebih rendah daripada negara Afrika. Di manakah maruah Malaysia terutama Sabah dan Sarawak dengan pendedahan ini? Sila Klik BBC.CO untuk melihat senarai penuh.

Malah banyak anak muda contohnya di Langkawi gaji di Hotel amat rendah dengan gaji asas RM350- RM450 dengan dicampur sistem point 2 point X RM60.00 jumlah yang dibayar sebulan antara RM400 hingga RM500 sebulan. Ini biasanya untuk perkerja baru dan lebih malang bagi hotel yang rendah pointnya.

http://www.bbc.co.uk/news/magazine-17543356
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...