16 April 2012

DBKL Bersetuju Beri Kelonggaran Pada Perkhemahan Mahasiswa di Dataran Merdeka

SHAH ALAM, 15 APR : Situasi di perkhemahan gerakan mahasiswa di Dataran Merdeka dilaporkan tenang setelah beberapa rundingan diadakan pemimpin tempatan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi rundingan yang dilakukan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama penguatkuasa DBKL petang tadi, mereka bersetuju untuk memberi kelonggaran selain tidak berkasar terhadap mahasiswa berkenaan.


Salahuddin ketika dihubungi TV Selangor turut mengesahkan beliau akan membawa isu perjuangan mahasiswa berhubung pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke Parlimen esok.
Beliau turut menasihati aktivis yang menyertai perkhemahan tersebut untuk menjaga keselamatan diri supaya tiada mana-mana pihak mengganggu atau mengasari mereka.

“Mereka hanya berada di situ (Dataran Merdeka) untuk menyatakan hak dan suara mereka. Sebagai tanda sokongan kepada mahasiswa ini, saya telah memberi komitmen untuk membawa perkara ini ke perbahasan Parlimen.“Satu sidang media khas berhubung isu berkenaan juga akan diadakan tengah hari esok,” katanya.

Salahuddin berjaya berunding dengan DBKL selepas satu pasukan penguatkuasa agensi itu merobohkan dan merampas beberapa khemah pada kira jam 2 petang.Namun, selepas beberapa minit tegang di mana pegawai DBKL dan aktivis bertikam lidah, agensi itu beredar dan membenarkan aktivis tersebut mendirikan khemah mereka semula.




Perkhemahan tersebut didirikan petang semalam sebagai lanjutan himpunan aktivis pelajar di Kuala Lumpur semalam yang menuntutkan agar PTPTN dimansuhkan.

Perkhemahan yang didirikan sejurus selesai perarakan demontrasi tersebut telah diadakan di Dataran Merdeka semenjak semalam lagi dan berjaya menarik perhatian orang ramai termasuk individu terkenal tanah air.

Antara yang melawat lokasi perkhemahan semalam adalah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, ahli-ahli dari Majlis Peguam, masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Sementara itu, Menurut Yang DiPertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Univesiti Malaya, Syahid Zaini, sejak awal pagi tadi pelbagai provikasi dilakukan pihak DBKL untuk mengusi mahasiswa dari tempat berkenaan.

Setakat ini, daripada sepuluh buah khemah yang didirikan, hanya empat daripadanya yang masih bertahan, manakala selebihnya telah rosak dan dirampas.Syahid turut mengesahkan tiada kekasaran yang dilakukan pihak DBKL setakat ini.

DEMONSTRASI MANSUHKAN PTPTN Bersama ADAM ADLI

15 April 2012

Terkini! Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah


KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.

Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.
Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas dirosakkan penguatkuasa DBKL.

Terdahulu, penguatkuasa DBKL mula merosakkan dua buah khemah sejak jam 3 petang manakala tiga lagi didirikan semula mahasiswa berkenaan.Menurut seorang jurucakap mahasiswa di situ, beberapa anggota polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa melakukan sebarang tindakan.Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’ seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka

Bagaimanapun katanya, mereka memerlukan khemah tambahan untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini

Kemah baru selepas dirobohkan

Demonstrasi PTPTN oleh Generasi X Y – satu kejutan luar biasa!



Setelah sekian lama kerajaan Malaysia di bawah pimpinan BN (dengan dominasi UMNO elit Melayu) memberhentikan biasiswa dan menghadkan biasiswa serta menukarnya kepada hutang dalam bentuk PTPTN dengan pelbagai alasan, kini generasi muda X Y bangkit menyatakan hak mereka sebagai rakyat yang patut mendapat pendidikan percuma. Ini suatu kejutan yang amat luarbiasa.

Lihatlah wajah-wajah anak muda generasi X Y…ini satu turning point dalam kebangkitan mahasiswa selepas sekian lama mahasiswa tidak membuat satu kejutan besar dalam negara. Tahniah Mahasiswa! Hidup Mahasiswa


Melalui PTPTN, generasi X Y akan hidup dalam hutang bermula daripada mereka mengambil PTPTN sehinggalah mereka bekerja dan mereka akan terus hidup dengan membayar hutang kepada kerajaan di bawah pimpinan BN.

Mengapa mereka bangkit dan berdemo? Mengapa mereka sudah lebih berani sekarang? Mengapa anak muda generasi X Y dari pelbagai kaum dan agama bersatu padu kali ini? ..kerana mereka melihat penyelewengan kerajaan BN dalam mengurus duit dan harta negara. Pemimpin BN menipu, menindas rakyat, membazir duit negara, mengamalkan rasuah dan kroni, menutup beberapa ruang demokrasi….dan …me ngapa…

BN boleh hapuskan hutang Tan Sri Tajuddin RM589 juta begitu sahaja, sedangkan ribuan pelajar terpaksa bayar hutang
Isteri PM boleh beli cincin RM24juta, tapi pelajar terpaksa bayar hutang sampai mati?
PM dan TPM menhabiskan duit rakyat RM609 juta dalam roadshow BN melawat negeri-negeri dalam negara dalam masa 1 bulan, tapi pelajar terpaksa bayar hutang sampai mereka menghembuskan nafas yang terakhir?
…duit PKFZ, kemana perginya…?
…duit Scorpene kapal selama..kemana perginya?
…duit beli jet perang yang tak ada enjin….kemana perginya?
…dan ada 60+ perkara lagi BN-UMNo masih tak boleh jawab ke mana perginya duit negara dalam pelbagai projek yang mereka jalankan…sila lihat http://albangi.wordpress.com/2011/12/13/60-perkara-yang-umno-dan-bn-belum-selesai-jawab/, termasuklah laporan audit negara 2011.
Benarkah PM Najib kata hutang PTPTN sebanyak RM43 bilion? Tidak benar, itu adalah penipuan, sebenarnya RM28 bilion sahaja.


Benarkah kalau PR menang PRU 13, PR tidak boleh selesaikan hutang PTPTN? Sila baca di sini penjelasan dan cara penghapusan hutang PTPTN yang praktikal. http://jomkitabaca.wordpress.com/2012/04/12/soaljawab-ptptn-undilah-pr-anda-mampu-mengubahnya/

11 April 2012

TERKINI! AMARAN TSUNAMI DI MALAYSIA DITARIK BALIK

Amaran tsunami Malaysia ditarik balik, Indonesia kekal


11 April 2012
Gempa kuat, tsunami menuju pantai Aceh

BANDA ACEH - Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) menarik balik amaran tsunami ke atas Malaysia, Thailand dan Singapura tetapi amaran melibatkan Indonesia, India, Sri Lanka dan Maldives masih kekal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...