03 Februari 2012
USAHA JUAL KTMB, KESATUAN PEKERJA BANTAH
SHAH ALAM - KTM Berhad (KTMB) perlu bergerak secara bersendirian di bawah kawal seliaan kerajaan, bukannya membolehkan pihak swasta mengambil alih semula syarikat berkenaan, kata kesatuan sekerjanya dalam surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu ini.
Dalam surat yang sama, Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB berkata, syarikat pengangkutan awam itu boleh dipandukan dan diterajui oleh warga kerja sendiri yang cukup cakna atau pakar dalam perkhidmatan kereta api.
"Malahan pihak kesatuan pernah menekankan agar KTMB dikembalikan kepada sektor awam . Tindakan menyerahkan KTMB kepada sektor swasta dilihat peranan mereka tidak tetap pendirian, yang akan menyusahkan negara yang nanti berkesudahan mengabaikan tanggungjawab kebajikan dan kebaikan pekerja," kata Presiden kesatuan, Abdul Razak Md Hassan dalam surat kepada Perdana Menteri.
Kesatuan itu menulis surat kepada Najib ekoran khabar angin bahawa syarikat MMC mahu mengambil alih KTMB dan adanya usah untuk menjual Bangunan KTMB.
Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB menentang sebarang usaha mahu menjual bangunan syarikat atas alasan menjadi tanggungjawab semua pihak mempertahankan ‘bangunan warisan’.
Abdul Razak menambah, pihak kesatuan bukannya menanam perasaan prasangka buruk terhadap mana-mana syarikat bakal mengambil alih KTMB, tetapi setelah dikaji dan diperhalusi keupayaan syarikat yang berkenaan dirasai akan timbul ‘kontroversi’ dari aspek ekonomi dan sosial para pekerja yang mungkin akan terjadi hakisan terhadap beberapa feadah yang telah dinikmati kerana prinsip utama syarikat-syarikat berkenaan ialah mendapatkan "keuntungan ringgit."
Abdul Razak juga berkata, sepatutnya 'kemelut' percubaan mengambil alih KTMB tidak lagi terbangkit kerana pada hakikatnya keupayaan ini telah menemui titik noktah atau kegagalan apabila kerajaan menolak pembaharuan kontrak Konsortium Marak Unggul beberapa tahun lalu.
"Andaian kami berkemungkinan penolakan kontrak Konsortium Marak Unggul oleh kerajaan setelah pihak kerajaan dapat mengesan kebenaran fakta yang sama yang telah disuarakan oleh kesatuan yang mungkin membawa erti bahawa pihak konsortium tersebut tidak berkemampuan dan sukar mengendalikan urus tadbir syarikat KTMB.
"Peranannya yang tidak dapat memikul tanggungjawab moral kepada negara khususnya pada melindungi kebaikan syarikat dan kakitangan boleh juga membawa makna bahawa pihak konsortium tersebut tidak merealisasikan objektif sebenarnya mengambil alih KTMB," katanya.
1,000 PEKERJA FACEBOOK JADI JUTAWAN
LOS ANGELES- Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.
Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.
Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.
Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.
Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.
Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.
Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.
Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.
“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.
Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.
Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.
Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan.
- DM
Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar
Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.
Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.
Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.
“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.
“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.
Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya-MK
02 Februari 2012
PANAS!!!!! RAFIDAH SERANG SHAHRIZAT AGAR BERUNDUR
Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail semalam dilapor melancarkan serangan pedas pada penggantinya Shahrizat dengan berkata seorang pemimpin patut berundur sekiranya mendatangkan masalah kepada parti.
Walaupun tidak menamakan Shahrizat, harian berbahasa Inggeris itu melaporkan, ia jelas merujuk kepada isteri pengerusi syarikat pengendali NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail itu.
"Ini untuk (kebaikan) semua, sama ada berkenaan isu lembu atau tidak. Itu tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah kamu," beliau dilapor sebagai berkata.
Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri itu mengambil cuti tiga minggu kerana beliau patut membuat keputusan dan tidak harus meninggalkan isu itu kepada perdana menteri.
Sementara itu UMNO Cheras hari ini sekali lagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada kabinet kerana isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sedikti sebanyak memberi masalah kepada Umno.
Ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,desakan itu bukan atas alasan ‘kebencian peribadi' tetapi demi kebaikan parti dan kerajaan.
"Dalam isu ini, Shahrizat harus buktikan keikhlasan perjuangan beliau, sama ada untuk parti dan kerajaan atau pun lebih mengutamakan kepentingan keluarga," tegasnya.
Sebelum ini, Syed Ali (kanan) pernah mendesak supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana tidak mahu isu NFC menjadi beban kepada Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Dalam tulisan terbaru di blog Umno bahagian itu, Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan dilapor berkata, di sesetengah tempat, isu itu menjadi bahan sindiran pelbagai pihak.
"Di sesetengah tempat, saya diberitahu isu NFC kini menjadi bahan sindiran kononnya mana-mana kawasan yang terbiar ditumbuhi rumput dan lalang, tak perlu lagi guna mesin pemotong rumput, sebab Umno dah ada lembu di Gemas," katanya.
Beliau juga menyokong saranan bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz yang dilapor berkata, pemimpin yang membawa masalah kepada Umno dan kerajaan perlu segera meletakkan jawatan.
GEMPAR: ISRAEL KUASAI MALAYSIA MELALUI SINGAPURA?
ISRAEL KUASAI MALAYSIA MELALUI SINGAPURA?
Oleh : PUDIN JUNIOR
SEJAUH manakah kebenaran kata-kata ini? Ia memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui 'tali barut-tali barut' asing di Malaysia.
Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura. Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura. Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara Pejabat Persekutuan dengan Ibu Pejabat Negeri.
Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura.
Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa). Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM.
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.
Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai 'programmer' semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?
Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau 'programmer' biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan. Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel? Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia, seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.
Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.Isu-Isu yang perlu diberi perhatian. Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1,000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.
Kesimpulannya, sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel.
Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto.
Orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.
(NOTA : Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net dan diadaptasikan daripada ruangas Disquss untuk tatapan pembaca Sabahkini.net.) http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=10225%3Aisrael-kuasai-malaysia-melalui-singapura&catid=40%3Alaporan-khas&Itemid=49-SUMBER :

Langgan:
Catatan (Atom)