10 Oktober 2011

PRU-13 bukan November selepas Bajet gagal mendapat sambutan

Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk "membeli pengundi”.

"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR dan PengerusiPKR Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Jui Meng sebenarnya merujuk kepada isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan

yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.

Sambutan kurang menggalakkan merupakan tanda tenggelamnya kredibiliti Najib

Pada Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa Belanjawan RM232,000 juta yang ditambah dengan bantuan wang tunai dan bonus yang disediakan bagi pengundi Umno, seperti peneroka tanah di bawah skim Felda dan pekerja di bawah perkhidmatan awam menjadi penerima utama dan masyarakat selebihnya diabaikan.

Walaupun propaganda besar telah diselaraskan dari arus perdana media dan TV yang dikawal kerajaan , tindak balas berkurangan kerana rakyat Malaysia sendiri telah menjangka Najib untuk mengambil langkah-langkah sedemikian.

"Sekarang saya percaya bahawa Najib tidak akan cukup yakin untuk membubarkan Parlimen. Pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada bulan Februari atau Mac selepas rakyat telah menerima 'duit saku' daripada Belanjawan 2012. Ia sebenarnya adalah satu gambaran yang menyedihkan dan

sesuatu yang Umno harus perhatikan ialah - rakyat tidak lagi percaya akan beliau dan walaupun mereka akan mendapat bantuan wang tunai, mereka cukup berpendidikan untuk mengetahui bahawa ia adalah wang mereka, "Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Anehnya, walaupun pencabar utama Najib bagi jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, enggan menafikan bahawa Belanjawan 2012 merupakan suatu pilihan raya. Bukan seperti Najib yang mengkritik orang yang menunjukkan kelemahan dalam pelan perbelanjaan beliau, Muhyiddin berkata bahawa ia bergantung kepada rakyat untuk menentukan bagaimana mereka mahu menilai Belanjawan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga menghantar amaran tertutup mengenai perbelanjaan keterlaluan Najib, menunjukkan bahawa Malaysia danseluruh dunia berada dalam krisis kewangan yang besar yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih daripadanya. " Kita akan mengalami krisis kewangan yang besar untuk tempoh masa yang lama. Walaupun ia dapat diselesaikan, proses pemulihan adalah sangat perlahan bagi kewangan pihak Barat, "Mahathir menulis di dalam blognya pada hari yang sama Najib mengumumkan Belanjawan 2012.

Pelabur asing sedar akan kecacatan pelan perbelanjaan 2012 Najib

Program jangka masa panjang bagi rancangan struktur termasuk pemulangan integriti dan ketelusan dalam sistem kehakiman Malaysia benar-benar tiada, dan ini akan diperhatikan oleh pelabur-pelabur asing dan agensi-agensi penakrifan. Sudah terlalu lama institusi di Malaysia dikritik kerana tunduk kepada rentak politik Umno dan bukannya untuk mengikuti haluan undang-undang dan meletakkan kepentingan masyarakat dan ekonomi terlebih dahulu.

Ini telah merosakkan imej Malaysia dengan pantas, serta skandal rasuah Najib mengenai kapal selam Scorpene dan pembelian palsu rancangan berita bersifat positif. Program ini dimasukkan kepada rangkaian TV antarabangsa supaya mencipta satu imej palsu mengenai kepimpinan dan projek-projek Najib, dan walaupun pentadbiran beliau untuk menutup mata pengawal selia UK dari menyiasat, pendedahan percubaan beliau untuk melakukan perkara tersebut telah mencalarkan kredibiliti Malaysia dan warga asing sekarang meragui apa yang mereka lihat dan dengar mengenai negara ini.

"Umno akan jatuh di pilihanraya umum jika mereka tidak menjalankan reformasi sebenar. Mereka

telah cuba untuk menipu rakyat dengan reformasi palsu tetapi rakyat tidak tertipu," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka tidak memberi fokus kepada ekonomi sebaliknya mereka terus memberi tumpuan kepada menyerang dan menindas pihak pembangkang. Sebagai contoh, percubaan Mahkamah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cara percubaan tersebut dikendalikan tidak meningkatkan keyakinan pelabur kerana kredibiliti badan kehakiman juga telah memberikan kesan ke atas ekonomi. "

Surendran menambah bahawa pihak pelabur hanya akan yakin jika Malaysia memulihkan sistem negaranya apabila Najib atau sesiapapun pengganti beliau, melancarkan reformasi politik teguh yang segera menghukum perasuah dan mengembalikan kebebasan kepada badan kehakiman.-MC

AWAS!!!KEROPOK ADA BABI




MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

http://siasahkini.blogspot.com/2011/10/awaskeropok-ada-babi.html

Peneroka dapat durian runtuh atau "bala"

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bimbang "durian runtuh" yang dikatakan bakal diterima peneroka selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menggelapkan masa depan mereka.

Penyenaraian yang akan dilakukan sebelum pertengahan 2012 ini dibimbangi akan menjejaskan ekuiti Bumiputera dalam Felda kerana ia membolehkan pelbagai syarikat besar melabur dalam institusi tanah yang dikuasai Orang Melayu itu.

Mengulas pengumuman tersebut, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dalam pembentangan belanjawan 2012 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum pertengahan tahun 2012.

Mazlan sebaliknya mahu kerajaan mengutamakan teras utama Felda iaitu perladangan dan masa depan peneroka sendiri kerana pelbagai masalah utama peneroka masih belum selesai.

"Kita bukan anti pelaburan dan perniagaan tapi kerajaan harus mengutamakan nasib peneroka dahulu. Soal hutang peneroka, wang tanam semula, masalah selenggara kebun yang tidak diuruskan dengan baik masih membelenggu peneroka.

"Tapi Perdana Menteri langsung tidak menyentuh perkara ini sebaliknya dengan bangga mengumumkan penyenaraian FGVH yang saya pasti bukan peneroka yang mendapat untung besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Peluang kroni kaut untung

Dalam pada itu, Mazlan turut mendakwa penyenaraian tersebut merupakan "taktik" pihak berkuasa politik untuk terus mengaut keuntungan.

Menurutnya, pengumuman Najib itu dilihat kesinambungan daripada keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang "dikuasai" Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Ianya termasuk keputusan mencagarkan tanah Felda kepada FGVH yang dibuat tanpa kehadiran Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

"Saya yakin penyenaraian ini tidak lebih daripada menghidupkan kroni mereka kerana mereka tahu asas kekuatan Felda...dengan aset tanah, sektor komoditi yang kukuh, ini peluang terbaik mengumpul kekayaan.

"Bila mereka buat keputusan soal pelaburan, tanah yang dicagar, keputusan melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda, ini perancangan mereka yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri," katanya.-HD

09 Oktober 2011

NAJIB VS MAHATHIR

Akhirnya, Mahathir vs Najib


Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.

Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.

Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.

Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.

Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.

Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.

Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.

Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?

Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah

Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.

Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.

Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.

Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.-MC

PERAK : PEMIMPIN BN BERMASALAH

Perak lambakan pemimpin bermasalah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat rundingan kerusi BN negeri Perak menunjukkan mereka tidak lagi sebarisan kerana komponennya tidak lagi mempercayai kewibawaan pengerusinya dan mematuhi arahannya.

Rakyat patut membuat perubahan dengan menilai slogan mereka, dimanakah letaknya "1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Pengerusi BN Perak sudah menyatakan perasaan cemas beliau dengan tuntutan pelbagai dari komponennya. Malah berhadapan dengan ragam bakal calon dalam mengatur strategik pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Kami melihat Perak adalah tempat lambakan pemimpin BN yang bermasalah kerana negeri ini jatuh di tangan kudeta yang disokong oleh tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas yang bermasalah, bukan dari parti kompenan BN.

Komponen BN Perak tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkredibilti sehingga kini. Rotation calon BN untuk PRU akan datang berlaku hanya sekadar mengubah selera bukan membela nasib rakyat kerana amalan ini hanya dilakukan demi menjaga kroni-kroni mereka, penindasan tetap juga berlaku dan perpecahan tercetus yang hanya menanti belah sahaja.

Kawasan yang dimenangi BN pada PRU ke-12 yang lalu sudah tidak selamat lagi. Kita lihat siapakah yang bakal menjadi mangsa dan dikambing hitamkan dalam percaturan politik kronisme BN yg diketuai kudeta kini.

Dengan melihat komen bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mengakui bahawa Umno adalah parti yang lemah dan kekuatannya hanya bergantung dengan jentera kerajaan sejak ia ditubuhkan adalah pengakuan yang berlaku di negeri Perak.

Jelas sebenarnya jentera Umno lumpuh akibat kronisme yang menebal serta budaya amalan rasuah yang tidak boleh dipinggirkan. Malah sepertimana yang berlaku di Perak pada awal Februari 2009 yang lalu menunjukkan perundangan atau Perlembagaan sedia ada tidak dipatuhi.

Budaya Umno yang korup dan makin membarah ini tidak lagi boleh diterima oleh masyarakat kini kerana masyarakat kini sudah celik dan berpendidikan tinggi bukan lagi dijajah seperti perumpamaan 'katak di bawah tempurung'.

Kami mengharapkan rakyat Perak terus bersama Pakatan Rakyat untuk tegakkan keadilan dan bersama kebenaran, jauhkan dari sebarang persengketaan, berpadu demi perlembagaan untuk tolak segala penipuan Umno/ BN yang sudah banyak penyelewengan dalam 54 tahun emerintahan lalu.

Penulis merupakan ketua Pemuda PAS Perak. -MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...