16 Mac 2011

Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

RSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”
-malaysiakini

15 Mac 2011

Perancis: Radioaktif Fukushima dijangka capai Tokyo dalam 10 jam

TOKYO, 15 Mac — Paras radioaktif rendah yang terbocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka boleh capai kawasan Tokyo dalam tempoh 10 jam.

Kedutaan Perancis di Jepun membuat anggaran itu berdasarkan paras tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Kenyataan itu yang disiarkan pada laman web bahasa Jepun menggesa kesemua warga Perancis di Tokyo supaya berada dalam bangunan, tutup tingkap dan tidak panik.

Amaran itu dikeluarkan di sebalik maklumat bahawa satu letupan dilaporkan terjadi di reaktor tenaga nuklear ketiga di Fukushima Daiichi awal hari ini — kejadian ketiga dalam tempoh empat hari.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo.

Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Manifesto: MB Kedah sedia jawab pada sidang Dun

Mohd Shubihi Muhamad Zain

KUBANG PASU, 15 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menjawab sebarang soalan berkaitan pencapaian melaksanakan 80 peratus manifesto pilihan raya umum (PRU) lalu pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) April nanti.

Azizan mengulas desakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan negeri mengemukakan bukti kejayaan PAS melaksanakan janji-janji yang terdapat di dalam manifesto lalu.

Menurutnya, beliau akan menjawab semua soalan yang bakal diajukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional mengenai kejayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Tak perlu nak senaraikan kepada mereka kerana kita sebelum ini sudah senaraikan kejayaan yang dibuat kerajaan dalam Warta Darul Aman. Saya akan jawab kalau mereka tanya nanti.

“Mereka cakap nak tengok ekonomi, mai tegok sendiri, kalau nak bukti pi tengok dekat Audit Negara, kita dapat RM53 juta tahun ni hasil balak,” katanya kepada media selepas lawatan ke Ladang Nanas milik Kedah Agro Holding Berhad di Laka Temin, semalam.

Isu ini timbul apabila Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Abdul Ghani Ahmad dalam kenyataannya mendedahkan kejayaan kerajaan negeri melaksanakan 46 perkara (80.7 peratus) daripada 57 perkara yang terdapat di dalam manifesto PRU 12 lalu

14 Mac 2011

Luahan Hati Seorang Pelajar Kita Di Jepun Tentang Tsunami

Berikut adalah email yang Abang Nara terima tentang tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Semoga anda boleh mengambil pengajaran daripada luahan hati ini. Terima kasih.

Assalamulaikum abg.nara,
Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^

Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.

Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.

Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.

Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(

Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.

Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.

Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).

http://saifulislam.com/9430

Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…

Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).

Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.

Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.

* saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.

Kuasa siber

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketika banyak pihak bercakap soal pengaruh dan kuasa media baru dalam proses kebangkitan rakyat di Timur Tengah sekarang ini, sekonyong-konyong Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Difahamkan pindaan akta itu dijangka dibentang di Parlimen menjelang sidang Mac ini. Ramai mengaitkan dengan persiapan BN menghadapi pilihan raya umum ketiga.

Reaksi segera sudah dapat diduga. Tanpa bertangguh bantahan dirakamkan. Masing-masing terkejut. Regim Dr Mahathir Mohamad memang terkenal dengan ciri-ciri autoritarian, namun bekas Perdana Menteri itu -- yang juga seorang blogger terkenal -- seringkali menegaskan tidak akan mengamalkan tapisan dan sekatan kepada internet.

Apakah anak didiknya, Najib Razak, lebih terdesak dan terhimpit sehingga mahu bertindak garang dan ganas? Kedudukan Umno-BN bagai telur di hujung tanduk, namun jika benar AMCP mahu diluaskan skop dan bidang kawal selianya, terutama terhadap kandungan internet, Najib sebenarnya sengaja mengundang parah, yang mungkin natijahnya tidak pernah terfikir olehnya.

Sejak mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) lebih kurang sepuluh tahun lalu, bagi mempromosi kebebasan akhbar, saya akui kesukaran yang dihadapi, terutama bagi meraih sokongan dan simpati masyarakat. Ramai yang masih tidak peduli dengan isu-isu sekatan dan kongkongan melampau terhadap media, termasuk golongan wartawan sendiri. Mungkin mereka menyifatkan tekanan pemerintah terhadap media bebas tiada kaitan dengan kualiti hidup rakyat terbanyak.

Beberapa penerbitan berkala yang saya usahakan -- dengan menyewa permitnya daripada rakan-rakan -- diharamkan KDN tanpa sebarang alasan, tanpa sempat mencecah usia setahun. Majalah dua kali sebulan, Detik dan makalah bulanan khas untuk remaja wanita, Wasilah tidak disambung permit menyebabkan lebih 15 kakitangan syarikat Penerbitan Pemuda menganggur secara tiba-tiba. Pengedaran akhbar mingguan, Cabaran, yang juga saya sewa permitnya, diganggu secara intensif oleh KDN sehingga terpaksa ditutup.

Tidak cukup dengan memorandam dan surat bantahan dikemukakan, berulang kali saya naik-turun ibu pejabat Suhakam mengadu hal, selain mengedarkan risalah, kenyataan akhbar dan menghadiri forum terbuka, namun ia tidak cukup untuk menarik perhatian masyarakat. Gimik terakhir sebelum saya menutup pejabat operasi di Medan Idaman, Gombak adalah dengan mengusung keranda Detik sebelum cuba mengusahakan siri penerbitan akhbar tidak berkala, yang mendapat tekanan lebih hebat daripada KDN.

Saya hanya seorang individu kerdil berdepan gergasi KDN. Justeru, terpaksalah saya secara solo bertembung musibah itu, di samping menanggung kerugian lebih RM3 juta.

Tetapi, bagaimana dengan kes pengurangan kekerapan penerbitan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, bermula Mac 2000, selepas Umno terkejut besar dengan prestasinya dalam PRU November 1999? Rasanya respons yang ditunjukkan masyarakat, termasuk pembaca Harakah, juga agak dingin. Mungkin Dr Mahathir sendiri terkejut dengan reaksi "suam-suam kuku" penyokong Barisan Alternatif waktu itu!

Namun, berdepan langkah primitif-jumud pemerintahan Najib kali ini, suasana pasti berbeda. Meskipun butiran pindaan AMCP belum dijelaskan, apa juga yang berkaitan akta preventif adalah bersikap mengongkong dan menyekat semata-mata. (Kini kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia). Motifnya hanya tertumpu untuk menyelamatkan kedudukan Umno-BN, juga mengikat-kuat seteru politiknya dan golongan yang dilihat berbeda pandangan. Proses pendemokrasian sejagat yang turut melanda negara kita terbantut.

Najib bukan lagi menjolok sarang tebuan, malah mempercepatkan "saat-saat kematian" kerajaan BN. Pembaca Detik atau Suara Keadilan mungkin tidak mengamuk apabila media tradisi itu diharamkan KDN, tetapi bagaimana dengan peminat laman-laman web bebas seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Malaysian Insider atau Tranungkite, dan tidak terkecuali 700,000 blogger yang semakin galak menulis apa yang terfikir di minda mereka, atau lebih tepat lagi lebih 9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia? Terdapat 16.9 juta pengguna internet di negara ini, merujuk laporan Jun 2009.

Sekatan kali ini adalah operasi rampasan hak asasi besar-besaran, dan tidak lagi khusus kepada mereka yang dilihat berkepentingan politik. Sekalipun pindaan AMCP itu mungkin dikhususkan kepada kandungan internet yang "politikal", ia tetap menyentuh sensitiviti jutaan rakyat yang kini bebas mengakses dunia maya. Saya yakin majoriti rakyat akan bangun membantah tidak dapat menerimanya dan mudah berang, sekali gus boleh memenuhi protes di jalan-jalan raya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pernah menggesa agar AMCP dimansuhkan, memberi reaksi: "Mereka ini (8 juta anak muda pengguna Facebook berusia 35 tahun ke bawah) pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka. Janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang."

Mengulas isu sama, Ketua Pengarang kumpulan dan pengasas bersama Malaysiakini, Stevan Gan menyifatkan pindaan itu ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. "Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur. Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, Menteri Dalam Negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah."

Sewaktu rakyat kecewa dengan jaminan tidak tertunai menterinya, Hishammuddin Hussein untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Polis, pada sesi Parlimen, Oktober 2009 -- seperti dijanjikan dalam sidang akhbar di Putrajaya pada 19 Ogos 2009 -- tiba-tiba kita dikejutkan dengan langkah represif yang begitu ketinggalan zaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...