22 September 2014

PENGUATKUASA DBKL HALAU PENIAGA TEMPATAN SECARA KEJAM?


Penjual ‘kacang putih’ dianggap lebih berbahaya dari pengusaha pusat maksiat?

SEKILAS PANDANG: Agensi penguatkuasa kerajaan tempatan perlu menilai kembali keutamaan di dalam membasmi ancaman kepada masyarakat hari ini.

Contohnya, siapa yang dianggap lebih berbahaya – penjual kacang putih warga emas yang menaiki motorsikal roda tiga atau pengusaha pusat maksiat yang bersembunyi di sebalik pusat refleksologi kaki?

Jika ditanya penguatkuasa kerajaan tempatan, mereka mungkin berkata penjual kacang putih warga emas yang menaiki motorsikal roda tiga.

Mungkin inilah senario yang dapat disimpulkan daripada ‘posting’ seorang pengguna Facebook, “Azila Haniff”.

Dia memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan beberapa pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak ke atas seorang warga emas yang menjual ‘kacang putih’ di Petaling Jaya.

Menurut keterangan yang diberi, Azila sedang duduk di dalam kereta di Damansara apabila dia melihat pegawai penguatkuasa terbabit beraksi ke atas seorang “pak cik” dalam lingkungan usia 60 tahun, yang menjual kacang putih di kaki lima.

“Pegawai-pegawai tersebut merampas semuanya – kacang putih, payung dan mesin penimbang darinya. Mereka turut menempelak warga emas itu.

“Mereka kemudian memberinya saman, walaupun warga emas merayu dan mengekori mereka ke van. Saya menangis melihat wajah warga emas itu (kerana mengingati ibubapa saya sendiri),” kata Azila.

Menurutnya lagi, kekecewaan jelas terpampang pada wajah warga tua itu ketika dia terpaksa berlalu pergi.

“Saya kasihan melihat kesusahannya, yang bekerja keras mencari nafkah. Bayangkan insiden sama menimpa ahli keluarga kita,” ujarnya.

Posting Azilah telah dikongsi 2,100 kali ketika rencana ini ditulis. Ada yang berkata “pak cik” itu bersalah kerana menjaja di kaki lima, namun ada yang berpendapat penguatkuasa wajar mengejar pesalahlaku yang ‘lebih besar’.

Saya bersetuju dengan pendapat kedua.

Hei! Pak cik itu mungkin menjaja tanpa lesen tetapi kita nampak seorang warga tua yang berusaha mencari makan secara halal.

Pegawai ‘rajin tak bertempat’ itu boleh sahaja memberinya amaran agar beredar atau menyamannya.

Kenapa perlu merampas barangan yang dijaja, tanpa mengira jika kehidupannya terjejas?

Tidakkah MBPJ ada masalah lain yang perlu difikirkan mereka – contohnya pusat refleksologi dan urutan yang bercambah bak cendawan, sambil menawarkan perkhidmatan pelacuran?

Mereka ini beroperasi secara berleluasa di Lembah Klang terutamanya di kawasan di bawah bidang kuasa MBPJ seperti Kelana Jaya dan Sunway.

Kawasan-kawasan ini memang terkenal kerana menawarkan pusat refleksologi kaki di deretan rumah kedai – kebanyakannya menawarkan hidangan seks kepada pelanggan.

Apa usaha pihak berkuasa tempatan bagi membasmi gejala ini? Mengapa mereka diberi lesen menjalankan operasi?

Bagaimana pula dengan kelab malam yang menjalankan perniagaan lebih masa serta pusat perjudian yang kononnya kafe internet?

Ada yang menarik pelanggan di kalangan pelajar sekolah yang mengunjungi bagi bermain permainan komputer. Nanti mereka juga tertarik ingin berjudi.

Ada juga di antaranya terletak berdekatan pejabat polis tetapi tiada sebarang serbuan dilakukan.

Sudah sampai masa bagi pihak berkuasa menilai kembali keutamaan mereka.

Serbuan ke atas penjaja tanpa lesen memang sebahagian tugas mereka tetapi penguatkuasa akan mendapat pujian masyarakat sekiranya mereka turut bertindak tegas menangani masalah sosial yang muncul dalam bentuk rumah urut dan kafe berinternet.


Sumber

DIBAWAH KEJADIAN KEDUA YANG MUATNAIK DI FB......


Penguat kuasa DBKL menyepak meja si penjaja ini..memeras ugut mereka malah menyentuh dan menolak kepala ibu mereka ini...dimanakah suara kecil kedua kanak2 ini boleh disuara kan apabila ibu mereka diperlakukan seperti itu..

Barang perniagaan (jagung cup) hancuurr! haram jadah punya DBKL.

semuga YB Nurul Izzah Anwar dapat membantu mereka. sumber

4 ulasan:

Ridd berkata...

kalau penguatkuasa DBKL berani buat perkara yang sama terhadap penjaja ASING di kaki lima di BUKIT BINTANG di Hadapan 7eleven sebelah dan di depan Millinium Hotel dan di bangunan kotaraya. setiap malam hingga ke pagi hari. jangan buat sekejap je lepas relak setahun dan sambung balik buat koje cover. ADA BERANI... Pelik penguatkuasa Malaysia ni. semua budak baru nak tunjuk kepala...Insha Allah....Allah akan pertemukan kamu buku dan ruas. Amin

Awanama berkata...

Penjaja Kacang Putih tak ada pitih nak suap....Tapi pengusaha kelab malam dan karoake serta rumuah urut banyak duit beri rasuah..malah depa boleh tumpang sekaki perkhidmatan diberikan....Ini yang berlaku baik pengautkuasa Majlis Perbandaran mahupun pihak polis...

Awanama berkata...

moga Allah balas perbuatan zalim mereka..amin ya Allah

Awanama berkata...

peniaga kcng putih dilayan olh penguatkuasa dbkl x ubah spt penjenayah, di negara sendiri yg 57 thn merdeka,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...