24 September 2014

BLOGGER SEKS ALVIN TAN DAH LARI KE US?


Saya Alvin Tan – bekas blogger seks, pelarian politik dan bakal warga Amerika

EKSKLUSIF: Dua hari lalu, Alvin Tan memecah kesunyian selama dua purnama dengan memberi pandangan tentang theantdaily, laman yang mencabarnya selama ini.

Pandangan beliau berkisar tentang rencana berjudul “Adakah Alvin Tan kini muncul kembali?”

Dengan mengulas rencana tersebut, Alvin menulis di laman Facebooknya hari ini:

(https://www.facebook.com/profile.php?id=100007968164924), bagi membongkar perancangan yang sedang dibuatnya.

Beliau berkata sedang berada di Amerika Syarikat memohon suaka politik dan ingin menjadi warga negara Uncle Sam itu.

Alvin Tan juga memberi sebab mengapa perlu beliau meninggalkan Malaysia sambil mengeluh tentang nasibnya yang sering disalah anggap media di negara ini.

Kami tidak dapat memastikan samada ia akaun Facebook ini benar-benar milik Alvin Tan atau hanya bahan gurauan. Jadi kami tidak berkata ini berita yang sahih dan mahu memaparkan keseluruhan cerita.

“Saya tidak takut kerana bukannya pelarian (bahkan pemohon suaka politik). Wayang Interpol hanya permainan Umno/PDRM belaka. Kerajaan AS tidak akan bekerjasama dengan PDRM di dalam menghantar pulang pelarian politik (bahkan Laporan Hak Asasi 2013 Jabatan Negeri AS turut menulis tentang kes saya). Ini bukan cara bagi ekstradisi. Saya telah memohon suaka politik dan mengisi borang serta ditemuduga.

Saya mahu menarik perhatian rakyat Malaysia? Haha...Tolonglah. Malaysia pasaran kecil yang miskin. Apa guna saya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia? Adakah bintang ternama dilahirkan di sana, disokong kekuatan populasi seramai 30 juta sahaja? Adakah kejayaan kewangan dicatat oleh warga tempatan?

Malaysia tidak punyai apa-apa. Sesiapa yang mahu berjaya perlu keluar. Ia hanya kawasan perlupusan toksik dengan manusia bersikap negatif.

Jadi saya senyap bukan kerana saya takut. Saya sibuk menikmati hidup di sini, di negara moden, mengasyikkan dan kaya-raya.

Mengapa perlu saya hadir perbicaraan? Saya tidak akan mendapat keadilan. Mengapa saya perlu menghabiskan masa muda seperti Adam Adli? Dia mahu berpolitik – itu masalahnya. Saya mahukan yang berbeza. Saya mahu mendapat Kad Hijau dan menjadi warga Amerika. Saya berjaya di dalam saga Bak Kut Teh, dan sebagainya. Anda semua rakyat yang gagal dan dipenuhi kemarahan.

Saya tidak akan mengulas tentang apa-apa lagi di Malaysia. Saya tidak lagi mempunyai hak bercakap tentang negara kamu. Saya tidak akan kembali ke negara “indah” kamu semua. Mungkin kamu semua patut berhijrah seperti saya. Saya menerima cabaran menteri Umno.”

Jadi itulah yang dikata Alvin Tan.

Komennya menunjukkan kelantangan beliau. Kita dapat saksikan juga bahawa beliau berani membuat perubahan. Ini bukan lelaki yang cakap berdegar-degar, tetapi beliau ternyata mempunyai daya merencana kehidupan baru.

Adakah ahli politik dan pemimpin kita seberani Alvin Tan?

sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...