23 September 2014

GAMBAR PERTEMPURAN JURUKAMERA RTM DENGAN ANGGOTA KASTAM DILUAR MAHKAMAH TERSEBAR !!!


Jurukamera diserang di mahkamah



SUASANA di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta kecoh apabila seorang jurukamera diserang oleh pengring lima pegawai kanan kastam yang dihadapkan ke mahkamah kerana kes rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang. 

Seorang jurukamera merangkap wartawan bebas Radio Televisyen Malaysia (RTM) diserang dan diugut oleh salah seorang yang dipercayai anggota kastam di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Jurukamera merangkap wartawan, Lutin Ahmad, 39, mendakwa dikasari oleh lelaki yang turut mengiringi lima pegawai kanan kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menerima rasuah.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika jurugambar merakamkan gambar lima pegawai kanan kastam yang dibawa keluar dari bilik perbicaraan oleh beberapa anggota polis mahkamah.

"Ketika saya merakamkan imej mereka dibawa keluar di koridor sayap kiri tingkat dua mahkamah, salah seorang lelaki dipercayai pegawai yang mengiringi mereka mengangkat kedua-dua tangan sebagai menghalang kamera kami daripada merakam sambil menjerit kuat.

"Tiba-tiba dia yang tidak berpuas hati terus bertindak agresif mengkasari saya dengan menyentuh dan memusingkan leher saya sebelum saya hilang keseimbangan. Saya terjatuh sebelum lelaki itu bertindak lebih agresif cuba memijak saya," katanya.



Tambah Lutin, dia yang dibantu rakannya terus menuju ke arah lima tertuduh bagi merakam mereka.

Malangnya, kata Lutin, dia sekali lagi dikejar lelaki sama yang cuba menyerangnya namun berjaya dihalang rakan-rakan lain.

"Bagaimanapun dia yang kelihatan tidak puas hati dengan kami terus menjerit sambil melontarkan ugutan terhadap saya supaya menunggu di kompleks mahkamah,"katanya sebelum lelaki itu beredar.



Menurut Lutin, beliau telah membuat liputan mahkamah sejak sekian lama namun tidak pernah dikasari.

"Inilah kali pertama saya terkejut melihat orang bertindak keterlaluan sehingga menyerang wartawan.

"Lagipun saya tak bersalah dan hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai media, dia tidak patut bertindak sedemikian terhadap kami media," katanya tanpa menjelaskan tindakan selanjutnya selepas ini berikutan insiden tersebut. - MalaysiaGazette

11 ulasan:

Awanama berkata...

ANNGOTA KASTAM SEKARANG DAH JADI SAMSENG KAH ENTAHLAH

Awanama berkata...

suka suki nak pukul orang... mamat ni belum bertemu buku ngan ruas... apa masalah mamat badigol ni? dah tentu- tentu jurugambar ni buat kerja atas arahan majikan beliau...

Awanama berkata...

semua ni wayang je.... pegawai kastam ni hanya jadi kambing hitam.... yg kepala segala masalah ni masih bermaharajalela.... kes cincin juta2 masuk mesia dulu tanpa apa2 cukai sapa punya keje... kastam yg salah ke atau arahan org2 tertentu???

Awanama berkata...

aku rasa budak kastam yang pukul jurugambar tu nak tunjuk berani pasal orang ramai tengok..jadi berlagak kuat..lepas ni kau tengok dia nak pergi kerja sorang sorang hah..pandang kiri kanan takut jurugambar pukul dia balik.bodoh,bangang punya orang dah tentu kawan2 kau makan rasuah memang kena lah bodoh!

Awanama berkata...

Gambar.. Muka si samseng dah jelas harap Pihak Berkuasadpt bertindak dengan tegas & segera..

Awanama berkata...

Padan muka di pemberita/jurugambar tu.
Lain kali respek sikit gak orang ye!. Jgn ingat kau tu pemberita boleh suka2 ambil gambar org. Itu hak privasi org. Jgn nak besar diri dan tunjuk keras jepal sbb guna dan menunjuk dgn lesen pemberita. Tak ada akhlak langsung. Mmg patutpun kena belasah...

ANUAR berkata...

malu org ambil gambar,balut kepala tu dgn guni tepung.dan lg satu..jgn buat jenayah kalau dah stendet kuli batak.kalau vip lain citer la..

Awanama berkata...

Ketua Pengarah Kastam sepatutnya bertanggung-jawab terhadap kelakuan anak buahnya. Ramai dah dihadapkan ke mahkamah. Apa ni kastam? Letak jawatanlah wahai Ketua Pengarah Kastam. Tak tahu malu langsung!

Awanama berkata...

Dah makan duit rasuah byk sangat.hati da jadi keras.punguatkuasa dgn rasuah terpisah tiada..

Awanama berkata...

Cerita banyak2 pon xguna.. baik kiter betolkan diri sebelom nak komen org.. kiter bukan kat tempat mereka..

Awanama berkata...

Memang patut pn didakwa menyusah kn rakyat kt menyusah kn rakyat je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...