14 Jun 2014

MUKRIZ CADANG BINA LAPANG TERBANG ANTARANBANGSA DI KULIM...INGAT P TAMPUNG JALAN RAYA BERLUBANG DULU LAGI BAIK!!





Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata lapangan terbang baru di negeri itu adalah sesuatu yang perlu.

Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.

Mukhriz berkata, kawasan pulau mempunyai keluasan tanah terhad dan hanya sesuai untuk pembinaan kawasan pelabuhan, dan bukannya lapangan terbang memandangkan persekitaran pulau dikelilingi air.


"Berbeza dengan pelabuhan kapal, perlu di pesisir pantai, tetapi kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang. Apa guna kita bina lapangan terbang di pulau yang terbatas dari segi tanah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pesta Kedah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

"Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.

"Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang," katanya.

"Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang," tambah Mukhriz.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.

Lim turut berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.

"Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.

Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.

"Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.

"Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan," kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.

Mukhriz berkata, lapangan terbang tersebut akan dibina di atas tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.

Menurutnya, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.

"Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim," kata Mukhriz.


TAK PAYAH LAH NAK BUAT LAPANGAN TERBANG BARU.....KERAJAAN KEDAH P TAMPONG JALAN RAYA YANG BANYAK BERLUBUNG TERUTAMA JALAN NEGERI....

PAC PUN KATA TAK PAYAH INGAT BANYAK SANGAT KE DUIT PERSEKUTUAN....

PAC: Kerajaan perlu kaji cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kedah



Kerajaan perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang menyeluruh dalam mempertimbangkan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata ia adalah perlu bagi memastikan kerajaan sentiasa berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara.

"Yang penting perbelanjaan kerajaan perlu berhemah. Kalau sudah ada lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang yang masih boleh diperbesarkan lagi, lebih elok kita gunakan kemudahan yang sedia ada dari buka lapangan terbang yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Komuniti Bersih, Sihat dan Selamat 2014 di Hutan Bandar, dekat Johor Baharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ketika mengulas cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang baharu di Kedah.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betina-Betina Melayu yang masih single.

Saya Makbul AB Bashir dari Bangladesh. Sila caling saya di 014-2222259 (laki-laki melyus dont caling sama saya).

Tanpa Nama berkata...

Buat lapangan terbang bukan macam buat stesen bas. Airport Alor Star la ni masih under utilise. Nak support kargo konon. Kat Airport Alor Star satu kapal terbang kargo pun tak turun. Cerita apa. Nak buat duit utk kroni lagi lani. Sudah-sudah la tu kencing orang kampung..

Tanpa Nama berkata...

Lapangan terbang antarabangsa ini patut dibina di Alor Star, ibu kota Kedah, ia dapat baiki logistic Bkt Kayu Hitam dan Gurun industrial park dan Projek Petroleum Hub Yan. Kalau buat di kulim, hanya untungkan Penang shj

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya SP ada satu airport, org kedah tengah susah nak guna airport, pilihan cuma alor setar atau bayan lepas, yg jauh dan tak berbaloi dgn bandar sg petani. Jadi kalau ada airport sempadan kulim-sp ni, secara peribadi aku sgt3 bersyukur lah... Nak tunggu bila lagi.

Tanpa Nama berkata...

Lapangan terbang antara bangasa untuk pelancungan dan kargo sangat2 mengunutungkan tanah beasr negeri Penang, Kedah dan utara Perak.
Sangat2 setuju dgn cadangan MB Kedah.
DAP Penang tak sepatutnya cemburu atau dengki. Ah Lim tak payah sabotaj cadangan Mukriz sepertimana belaiu sabotaj Johore dgn tuduhan, pelaburan di negeri Johore tidah selamat atau menguntungkan kerana banyak terlampau banyak jenayah...apek, tetap apaek.

Tanpa Nama berkata...

zaman pas dulu jalan langsung tak tertampal.........nak tar baru jangan harap...nasib baik BN dapat balik kedah dalam masa berapa minggu jalan yang dulu berluang dah di tar baru bukan ditampal masa zaman pas dulu...harap blogger ni buka mata sikit jangan pandai tulis tapi buta mata.........tak nampak kebenaran yang nyata...bawa mengucap banyak2...jangan jadi bodoh sombong

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pelabuhan dan loji penapisan minyak nak buat di Yan, Lapangan terbang ni patut buat di Yan juga...takkan suruh pelabur turun kulim, lalu naik taxi ke loji penapisan .... loji penapisan heavy investment, logistik mesti worldclass

Tanpa Nama berkata...

Kat alor Setar memang la xdak pesawat kargo yang mendarat sebab landasan 2700 meter ja pon...hg ingat kapal terbang boleh suka2 ja mendarat stg nk take-off dok lam bendang hujung landasan sbb xcukup take-off speed. Otak akai pendek nak kondem menteri besaq...dia mintak buat kt kulim sbb utk kgunaan wilayah utara termasuk perak utara...dh tentu la nnt trafik akan meningkat...aku yakin airline pon akan pindah dari bayan lepas ke kulim...ya lah kalau jadi tokey kapal terbang pon xmau rugi minyak dok tunggu turn nk landing dgn take-off kt lapangan terbang yang sesak...rugi oih minyak mahai....

Tanpa Nama berkata...

Nak turun gena bodo oi kapal terbang kargo besaq2....landasan pendek nak tambah panjang pon xboleh ada rail kt hujung...nnt nk naik bangunan tinggi2 kt loqstaq payah plak nk approach runway 4 tu...kalau setakat kapal kargo bawak surat boleh la turun loqstaq...ni saiz 747 cari mampoih bg hentam mengala dalam bendang....kdg2 kena pikiaq masa depan...xkan tunggu penuh baru nak buat...lambat stg pelabuq lari oi...suku pertama pelaburan 4bilion dah taun nu...penang pon 800 juta ja
...tu makna dia kedah nak maju nak kena ada jaringan dengan luaq negeri...kalau xbuka jalan mcm mna pelabuq nak masuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...