12 Jun 2014

USUL KAJI HUDUD DI DUN SELANGOR ..MCA & GERAKAN MENGELUPUR DILUAR DEWAN!!!


Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud

SUBANG JAYA, 12 JUN: Dewan Negeri Selangor (DNS) menerima usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan hudud di negeri itu.

Katanya, beliau bersifat neutral dan menerima sebarang usul yang sesuai dibahaskan sama ada daripada Kerajaan Negeri atau pembangkang.


“Ini hanya usul mengkaji hudud di Selangor, ia bukan satu Rang Undang Undang yang dilulus dan akan dilaksanakan. Saya pasti, rakyat juga mahu ia didebatkan secara sihat di dalam sidang DNS dan bukan di media sahaja.

“DNS adalah tempat sebenar untuk wakil rakyat membicarakan sesuatu isu, jadi saya memberi ruang itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno, Kamarol Zaki Abdul Malik (Sungai Air Tawar) mencadangkan usul berkenaan kajian pelaksanaan hudud di DNS, namun menerima pelbagai reaksi negatif daripada rakan komponen BN.


Antaranya, MCA dan Gerakan menggesa usul itu ditarik semula kerana mendakwa tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga kini.

Pada masa sama, bekas Exco Negeri, Ronnie Liu turut mengingatkan DNS untuk tidak terperangkap dengan mainan BN berkenaan isu hudud.

“Saya tidak nampak bagaimana perkara ini boleh dimainkan BN kerana usul terbabit dibawa Umno, bukan PAS. Ia hanya usul untuk mengkaji bukan usul melaksanakan hudud,” kata Hannah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...