12 Jun 2014

BERITA GEMPAR: INSOLVENSI SAHKAN LUCUT STATUS AHLI PARLIMEN APABILA TERIMA PERINTAH BANKRAP


Lucut Status YB Jika Terima Perintah Bankrap – Insolvensi


Notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.


PETALING JAYA: Status sebagai Ahli Parlimen akan terlucut secara automatik apabila seseorang wakil rakyat itu mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah yang mengisytiharkannya muflis.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Insolvensi memberitahu mStar Online, wakil rakyat itu masih boleh bergelar Yang Berhormat (YB) jika menerima notis kebankrapan.


“Sekiranya beliau gagal mematuhi notis kebankrapan, kemungkinan pihak pemiutang (seperti bank) akan meneruskan tindakan untuk memfailkan permohonan perintah kebankrapan kepada mahkamah terhadap penghutang.

“Jika penghutang itu adalah Ahli Parlimen, bermakna akan terlucut jawatan itu secara automatik dengan serta-merta apabila menerima perintah kebankrapan,” katanya.

Pada Rabu, terdapat iklan dalam akhbar tempatan berkaitan notis kebankrapan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj.

Notis kebankrapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac 2014 dan mendapat perintah mahkamah untuk menyerahkan notis berkenaan secara ganti pada 29 Mei 2014.



Sumber itu berkata, selagi penghutang belum mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah, hutangnya dengan pemiutang boleh dilangsaikan.

Katanya, hanya apabila penghutang diisytiharkan bankrap, kes kebankrapannya perlu diselesaikan dengan Jabatan Insolvensi yang bertanggungjawab mentadbir kes berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mengikut undang-undang, kedudukan seorang wakil rakyat akan terlucut sekiranya diisytiharkan muflis.

“Namun, pada masa ini SPR belum menerima maklumat rasmi mengenai kedudukan Datuk Abdul Aziz.

“SPR perlu menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum apa-apa keputusan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu,” katanya yang mengulas mengenai sekiranya diisytiharkan muflis, Abdul Aziz akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik keluarganya. ~Mstar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno parti gangster

Tanpa Nama berkata...

Kalau ahli parlimen tu dari bn, spr kata kita tunggu dulu sebab belum terima notis dari speaker, kalau dari pakatan rakyat dah lama istihar gugur.

Unknown berkata...

Gengster TAIKKUCIN!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...