09 Jun 2014

SERANGAN MILITAN DI AIRPORT KARACHI, 28 ORANG TERBUNUH

Pautan kekal imej terbenam

Serangan tembakan di Karachi, operasi ketenteraan dilancarkan semula


Kepulan asap kelihatan selepas pihak militan melancarkan serangan pada awal pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah


KARACHI: Pasukan keselamatan Pakistan pada Isnin berkata mereka telah melancarkan semula operasi ketenteraan di Lapangan Terbang Karachi selepas insiden tembak-menembak bersambung semula beberapa jam selepas mereka mengumumkan berakhirnya penawanan militan yang menyebabkan 24 maut.

“Kami telah melancarkan semula operasi dan memanggil tentera tambahan,” kata jurucakap pasukan separa tentera Rangers, Sibtain Rizvi sambil menambah seorang anggota polis turut tercedera dalam insiden tersebut.

Seorang pemberita AFP yang berada di lokasi berkata bunyi tembakan boleh didengari di dalam lapangan terbang dan renjer serta komando elit bergegas masuk ke dalam.

Serangan awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah bermula lewat Ahad dan berterusan sehingga Subuh, apabila pihak ketenteraan memberitahu kesemua 10 militan telah dibunuh.

Serangan ini dianggap antara serangan terganas yang terjadi di bandar terbesar Pakistan. Antara 14 mangsa yang terbunuh merupakan anggota keselamatan dan empat pekerja lapangan terbang.



Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...