27 Januari 2014

TERKINI ! TS KHALID SEDIA LEPAS JAWATAN MB JIKA PAKATAN CAPAI KONSENSUS !!!


Saya boleh berundur jika Pakatan capai konsensus, kata MB Selangor



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku “Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress” di Kuala Lumpur hari ini.


Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang.

Ini berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh hari ini.

Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.

"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...