28 Januari 2014

SELANGOR BAKAL HILANG SEPERTI KEDAH ?

TERLALU BANYAK BERCAKAP, MASALAH  DALAMAN PART-PARTI  PAKATAN,  TIDAK SEBULU...TIDAK BOLEH MENERIMA KRITIKAN PUNCA UTAMA KEDAH TEWAS PRU13

SELANGOR BAKAL MENGIKUT KERANA PEMERINTAHAN DITERIMA OLEH RAKYAT CUBA DIUBAH.....FAKTOR IRI HATI DAN KHIANAT.........



Anwar sah bertanding di DUN Kajang




Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli Pakatan Rakyat yang lain pada sidang media pengumuman beliau menjadi calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Ibu Pejabat PKR, hari ini. – 

PKR hari ini mengesahkan akan meletakkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di Kajang," kata Abdul Khalid.

BACA LAGI ......

Senario di Selangor





Desas-desus semakin kuat bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim bakal digugurkan sebagai menteri besar Selangor.
Khalid hanya boleh gugur sekiranya PKR tidak mahu beliau meneruskan khidmat sebagai menteri besar. Kerana beranggapan bahawa kerusi menteri besar adalah hak milik PKR, satu nama calon akan dikemukakan oleh PKR untuk menggantikan Khalid.

Selepas itu, barulah PAS dan DAP akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak cadangan PKR.
Ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi DUN yang hampir sama (PKR 14, PAS 15 dan DAP 15). Dalam perang Romance of the Three Kingdom ini mana-mana dua parti boleh bergabung untuk mengkhianati mana-mana parti yang tidak bersetuju dengan mereka.
Mari kita lihat daripada sudut PKR:
Kebanyakan terasa Khalid perlu digantikan kerana cara pentadbiran beliau tidak membawa keuntungan kepada parti. Ramai di PKR berasa sepatutnya PKR sekarang adalah parti yang mempunyai sumber terbanyak.
Siapakah yang mempunyai kaliber, integriti dan ketegasan seperti Khalid dalam menjaga hak rakyat?
Di kalangan Adun PKR Selangor, sebenarnya tiada. Untuk menggantikan Khalid, PKR memerlukan seorang Adun baru daripada kalangan pembesar mereka.
Antara nama yang boleh diterima ialah Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sendiri. Untuk keempat-empat nama besar ini naik, perlu diadakan satu pilihan raya kecil.
Kini, Adun N25 Kajang, Lim Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan.
Apakah beliau meletak jawatan kerana membocorkan maklumat kepada media mengenai peletakan jawatan Khalid atau untuk membuka laluan kepada calon MB yang baru? Sehingga kini, tiada yang tahu. Tetapi, media membuat keputusan bahawa ia adalah untuk memberi laluan kepada calon MB baru.
Sebenarnya ini boleh dipertikai kerana pada pagi semalam, Khalid dan Anwar baru sahaja bersusah-payah menafikan laporan akhbar The Star bahawa Anwar akan menjadi MB Selangor. Tiba-tiba Adun Kajang pula meletak jawatan. Takkan Anwar dan Khalid sebegitu bodoh dalam politik?

DUN Kajang yang menyaksikan pertandingan 6 penjuru di PRU13 mempunyai 38,965 pengundi dengan Melayu 48.48% ,Cina 40.46% dan India 10.15%.
Peluang untuk mengekalkan kerusi ini dilihat mudah bagi PKR kerana peratusan pengundi bukan Melayu melebihi 50%.
Ini kali kedua PKR melakukan stunt sebegini sekiranya benar ia adalah bertujuan memberikan calon kepada nama besar.
Sekiranya Anwar yang bertanding di DUN Kajang, ini bermakna kali kedua beliau berbuat demikian selepas isterinya memberikan laluan kepadanya untuk kembali ke kerusi Permatang Pauh.
Meskipun begitu, jalan ke arah kemenangan ini bukan mudah. Berapa ramai yang akan tersinggung dengan episod terbaru ini? Umno sudah tentunya akan menurunkan segala jentera untuk memastikan Anwar kalah.
Bagaimana pula dengan DAP dan PAS? Apakah mereka setuju dengan stunt Anwar ini untuk menjadi MB Selangor? Apakah mereka setuju Anwar akan menjadi MB Selangor?
Dengan tahap ketegangan kaum pada masa ini, tidak mudah untuk pastikan PKR menang di pilihan raya kecil ini. PKR juga bakal berdepan dengan sabotaj daripada PAS dan DAP sekiranya mereka ada niat tersendiri kerana kekalahan di Kajang tidak mempunyai kesan kepada majoriti dua pertiga di Selangor.
Jika PKR tidak melakukan sedemikian, mengekalkan Khalid pula akan menyemarakkan lagi pergolakan dalaman. Sudah tentu Azmin Ali tidak akan duduk diam.
Tidak mudah menjadi Anwar pada masa ini kerana beliau perlu mencari penyelesaian kepada tiga serampang masalah yang datang serentak, perbalahan Khalid-Azmin, pentadbiran Khalid dan masalah rumahtangga anaknya, Nurul Izzah.
Apa pun, PKR harus ingat dan jangan sesekali lupa kerajaan Selangor bukan milik PKR.
Daripada sudut DAP pula:
Pertelingkahan antara Azmin dan Khalid membawa persepsi buruk kepada Pakatan Rakyat. Khalid turut mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong DAP dan PR dengan kenaikan gaji melampau untuk exco, timbalan speaker, speaker dan MB sendiri.
Daripada segi untung-rugi, Khalid kini dilihat sebagai liabiliti. Tetapi liabiliti ini masih boleh diurus kerana ketelusan Khalid dalam pentadbiran.
Jika PKR memutuskan untuk menukar Khalid, DAP akan memikirkan calon mana yang lebih sesuai untuk membawa keuntungan kepada semua pihak.
Untuk kekal berkuasa di Selangor, DAP memerlukan undi Melayu di tangan Pakatan Rakyat. Selangor adalah tempat yang mempunyai banyak gereja dan di sini jugalah menjadi medan pertempuran utama isu Allah.
Oleh itu, jika boleh DAP akan mengekalkan Khalid selagi beliau tidak membuat apa-apa yang lebih `damaging’ kepada DAP dan PR.
Sekiranya Khalid tidak lagi boleh dipertahankan, DAP, demi menjaga hati orang Melayu dan juga memastikan sokongan bukan Islam pada PR kekal utuh, akan memilih seorang calon MB daripada PAS.
Terdapat seorang Adun PAS yang dilihat DAP boleh diterima semua lapisan rakyat. Lebih-lebih lagi, Adun ini berani memasuki gereja berdakwah ketika sambutan Krismas baru-baru ini.
DAP sedar mereka adalah penentu kepada siapa bakal MB yang seterusnya. Mereka mempunyai pengaruh untuk memilih calon MB kesukaan mereka kerana calon MB tidak akan datang daripada DAP.
DAP sekarang hanya perlu bekerjasama dengan sama ada PAS dan PKR. DAP tidak perlu mendapat persetujuan bersama kedua-dua parti.
DAP akan memberitahu PKR dan PAS siapa yang ingin disokongnya menjadi MB. Siapa yang menawarkan calon MB yang boleh diterima DAP, itulah calon yang akan didokongnya.
DAP hendak Anwar menjadi perdana menteri. Apakah DAP setuju dengan haluan berubah Anwar ini?
Bagaimana pula dengan Rafizi? Bolehkah DAP bekerja dengan seorang yang berkeras dengan ideanya tanpa mempedulikan pandangan orang lain?
Daripada sudut PAS pula:
PAS di dalam dilema. Untuk menjaga kesinambungan dan kelangsungan persahabatan di PR, PAS sesekali tidak boleh dilihat mempunyai niat merampas kerusi MB daripada PKR.
PAS juga sedar inilah peluang untuk PAS memerintah Selangor. Dengan memerintah Selangor, PAS boleh berkempen kepada semua negeri dengan lebih berkesan, terutama pengundi muda Melayu kerana kebanyakan mereka bekerja di Lembah Klang.
Jika PAS mendapat kerusi MB Selangor, PR mungkin berpecah seketika kerana PKR mungkin merajuk.
Meskipun begitu, ketiga-tiga negeri PR akan masih kekal utuh, kerana Pulau Pinang masih akan kekal di tangan DAP, Kelantan di tangan PAS dan Selangor di tangan PAS dan DAP.
Sekiranya perkara ini berlaku, kemungkinan situasi ini akan menyebabkan PAS dan DAP akhirnya sedar mereka sebenarnya boleh bekerjasama tanpa pengantara.
Dalam PR, PKR bergantung banyak pada jentera PAS dan DAP ketika berkempen.
Nilai PKR di dalam PR lebih tertumpu kepada peranan mereka sebagai pelekat kepada DAP dan PAS.
Namun keberkesanan pelekat ini akan diuji apabila PKR merajuk selepas kehilangan kerusi MB Selangor. Jika PAS dan DAP kekal lekat bersama, maka fungsi PKR akan semakin hilang daripada persada politik Malaysia.
Jika PAS dan DAP berkecai, maka terbuktilah pentingnya PKR untuk Malaysia mempunyai barisan pembangkang yang kuat.
Namun, apakah PKR akan mengambil risiko untuk keluar PR sekiranya kehilangan kerusi MB kepada PAS?
Sekiranya PAS inginkan kerusi MB, PAS mesti mendapat sokongan DAP. Dengan itu, PAS mungkin perlu bersetuju dengan calon yang dicadang oleh DAP.
Perkara menarik untuk difikirkan:
Sekiranya kedua-dua calon MB yang dikemukakan PAS dan PKR tidak menepati selera DAP, apakah yang akan dilakukan DAP?

Apa kriteria yang akan dikenakan oleh DAP untuk PAS dan PKR untuk mendapat sokongan mereka untuk menyokong calon MB yang baru mereka?
Apakah istana akan bersetuju dengan calon MB baru yang dikemukakan PR nanti?
Terlalu banyak kemungkinan. Inilah drama yang ditunggu-tunggu oleh Umno-BN bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu kos sara hidup yang semakin meruncing.
Yang pasti, semua ini tidak akan berlaku sekiranya Khalid kekal sebagai MB dan Azmin terus akur kepada hakikat ini.

Sekiranya betul PR ingin menukar MB Selangor, tukar segera kerana ada masa lagi untuk membetulkan keadaan dan persepsi sebelum PRU14 melanda.
Tetapi buat apa hendak tukar seorang MB yang mendapat sokongan penuh rakyat Selangor?

Timmy Say

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DSAI akan menyebab selangor goyah.... Kedudukannya sebagai "supremo leader" di perjudi, aku heran kenapa DSAI begitu naive menangani masalah DS KI dan budak gila kuasa seperti Azmin ?

Kenapa DSAI terlalu TAKUT dengan Azmin?

DOA SAYA SEMOGA DYMM Sultan Selngor TIDAK MERESTUI DSAI untuk MB jika ada agenda sedemikian....

Pemimpin yang berkeykainan dan telus dengan tindakan tidak disenangi kerana agak tegas dengan prinsip rakyat diutamakn.......

Semoga Allah selamatkan Selngor dari keangkuhan dan kegilaan ini

Tanpa Nama berkata...

Khalid Ibrahim seorg MB baik untuk masa ini...
Semoga Sultan Selangor tidak perkenan calon yg lain....

andromxx berkata...

Kita yg tak berada dlm pentadbiran kita tak tau apa perancangan dorg....lebih baik diam...dan disini nampak sgt yg puak2 pas cuba utk mendptkan kerusi MB.....pas belum ada calon yg sesuai.......

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat akarnya umno pucuknya pkr...klu sultan slngor x setuju dsai mb baru mcm sultan trgganu x suka kt deris...jdinya Selangor harubiru dtrajui olh 3 king..klu umno pndai main dsai klh masa pru lg...kita nnti lihat tngok n saksikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...