29 Januari 2014

PILIHANRAYA THAILAND : KERAJAAN THAI AMBIL RISIKO TERUSKAN PR

Kerajaan Thai ambil risiko

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di hadapan Kelab Tentera, semalam. Foto: EPA

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand, semalam tetap dengan pendirian mereka untuk mengadakan pilihan raya umum mengikut tarikh asal walaupun berhadapan bantahan banyak pihak.

Dipetik laopran AFP, Timbalan Perdana Menteri Surapong Tovichakchaikul menegaskan bahawa majoriti daripada rakyat mahu proses pengundian tersebut diadakan pada Ahad ini.

Difahamkan, pada mulanya Suruhanjaya Pilihan Raya mencadangkan tarikh pilihan raya tersebut ditangguhkan kepada 120 hari sebagai langkah untuk mengelakkan siri keganasan di ibu negara menjadi lebih buruk.

Bagaimanapun, mereka akhirnya akur dengan keputusan kerajaan selepas mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan itu dibuat bagi meredakan protes antikerajaan yang berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, satu lagi insiden tembakan dilaporkan berlaku ketika perdana menteri sedang mengadakan perbincangan di pangkalan tentera di Bangkok.

Media tempatan melaporkan dua orang penunjuk perasaan antikerajaan turut cedera dalam kejadian itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...