31 Januari 2014

HANGAT ! DEDAH FAIL PROJEK KERAJAAN PAS...MUKRIZ JANGAN CAKAP KOSONG...DEDAHKAN SAJA !!!

Kita mahu kerajaan BN telus , sekira ada penyelewengan semasa kerajaan lama wajar ianya dilaporkan kepada pihak berwajib....bukan mungkin-mungkin ini bukan soal penyelewengan tetapi tangungjawab sebuah kerajaan......negeri Kedah bukan mak bapak hangpa punya.....


Mukhriz mungkin dedah fail projek bermasalah PAS di Kedah



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan membuka semula fail projek bermasalah kerajaan negeri zaman pemerintahan PAS.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan teragak-agak membuka semula fail projek bermasalah kerajaan negeri semasa zaman pentadbiran PAS jika pihak pembangkang terus mencemarkan nama baik pemerintahannya.

Menteri Besar Kedah itu berkata, antara permasalahan yang akan didedahkan adalah seperti projek pembalakan di Pedu dan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

"Sudah tiba masanya kita pertimbang untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu ungkit perkara lama.

“Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih dan kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Mukhriz mengambil pendekatan itu kerana sejak kebelakangan ini pelbagai tuduhan dilemparkan oleh pembangkang termasuk membabitkan isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah pada minggu lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berhubung penyelesaian luar mahkamah BDB dengan sebuah syarikat pembalakan.

Mukhriz berkata, usaha membersihkan nama baik kerajaan negeri yang dituduh dengan pelbagai tuduhan tidak berasas akan segera diambil.

"Saya mengalu-alukan SPRM menjalankan tugas mereka dan bersedia untuk memberikan kerjasama jika SPRM mendapati adalah wajar untuk menyiasat isu membabitkan BDB," katanya.

Minggu lalu, Amiruddin menggesa SPRM melakukan siasatan ke atas transaksi pembalakan yang berlaku di sepanjang Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih) bagi memastikan tiada unsur penyelewengan berlaku.

“Lebih dua jam laporan dibuat dengan menyerahkan dokumen berkaitan supaya SPRM menyiasat kes ini untuk mencari kebenaran. Saya tidak boleh dedah butiran kerana bimbang ia mengganggu siasatan.

“Saya pelik kerana BDB menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran mencecah RM2.5 juta. Penyelesaian ini adalah tindakan meragukan memandangkan BDB sebelum itu sudah melantik peguam mewakili mereka dan dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju, tolong dedahkan... walaupun aku ahli PAS aku pun nak tahu juga penyelewengan kerajaan PAS Kedah. Tolong jangan biar seorang pun pemimpin PAS yang menyeleweng terlepas dari undang-undang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...