25 Julai 2013

TRANFORMASI DARI BONUS KEPADA BANTUAN KHAS KEWANGAN...TERIMA JE LA...RM500 BOLEH BELANJA SETAHUN..




Penantian kakitangan persekutuan berkecai , dimana harapan pejuangan persatuan pekerja menuntut bonus 2 bulan gaji hanya mampu ditunaikan oleh kerajaan Najib sekadar layak dipanggil " DUIT RAYA " atau Angpau....

Sekiranya Najib hanya mampu membayar RM500 pada semua gred gaji, maka di Selangor mereka dapat paling kurang RM1,100 kerana mengikut  gaji minimum RM1,100 yang telah efiktif semenjak 3 tahun lepas.

Paling malang kerajaan Najib masih menangguhkan penguatkuasan gaji minimum RM900 sebulan.....








Selangor beri bonus Aidilfitri sebulan gaji kepada kakitangan awam

SHAH ALAM: Mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri tersebut, lapor Keadilan Daily.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.



Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam 

kenyataan di sini hari ini.



Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

3 ulasan:

Awanama berkata...

tgk jumlah kakitangan awam persekutuan ngan kakitangan awam negeri...

Selangor : >21k
Federal : >800k

anda bayangkan kalau jumlah itu ...

kira sendri

Awanama berkata...

Tgk jumlah Negeri yg dikutip cukai dan hasilnya...

Selangor : 1 aje
Federal : 13 negeri ++ Petronas lagi

anda bayangkan kalau jumlah itu...

kira sendiri

Awanama berkata...

terbayangkan alangkah baiknya klu Pakatan Rakyat yg memerintah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...