22 Julai 2013

RAYUAN LIWAT II : KERANA DENDAM DAN BERMOTIF POLITIK....


Rayuan Liwat II: Anwar pertikai Shafee Abdullah jadi ketua pendakwaraya



PUTRAJAYA: Kes rayuan Liwat II yang membabitkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan peguambela utama Ketua Pembangkang itu - Karpal Singh dilaporkan tidak sihat.

Menurut peguam Ramkarpal Singh bapanya masih terlantar di hospital. Sepanjang minggu lalu, Karpal juga dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur.

Panel tiga hakim - Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan itu ke tarikh lain selepas bersidang kira-kira 10 minit.

Pengurusan kes pula ditetapkan pada 1 Ogos ini.

Januari tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk zabidin Mohd Diah melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keputusan pembebasan Anwar dalam kes itu mendapat perhatian meluas media, termasuk daripada wartawan asing.

Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika terbukti bersalah.

Hari ini, beliau tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi tadi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR bersama penyokong parti itu. Hadir bersama adalah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Anwar yang ditemui pemberita selepas penangguhan itu kelihatan tenang. Pada sidang medianya, beliau mempertikaikan tindakan Pejabat Peguam Negara yang melantik Datuk Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaraya yang disifatkannya bermotifkan politik.

"Kita bagi notis untuk bantah ialah keputusan kerajaan Barisan Nasional melalui peguam negara untuk melantik Datuk Shafee Abdullah yang memang dituduh sebagai terlibat dalam prosiding kes ini lebih awal.

"Dia menjadi pendakwa dalam banyak kes melawan kita dan dia pernah menggunakan mahkamah untuk menyerang kita dan sekarang dilantik sebagai ketua pendakwa kerajaan dalam kes ini.

"Pertama saya telah jelaskan bahawa kes ini, rayuannya kerana dendam kesumat peguam negara, (Datuk) Ghani Patail terhadap saya daripada awal dan keputusan kerajaan dalam hal ini, Datuk Seri Najib, untuk menghalang proses kebebasan yang saya perolehi sekarang.

"Walaupun semua orang anggap cara penolakan kes itu cukup kuat dan tidak berasas sehingga orang menganggap kes itu sudah selesai. Jadi kita tentu tidak boleh pandang ringan kerana saya ingat ada motif politik yang besar dalam kes ini," katanya.

Shafee sebelum ini adalah salah seorang peguambela kepada Abdul Razak Baginda yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Selain itu, beliau juga pernah mewakili Senator Datuk S Nallakaruppan dalam kes saman fitnah Ketua Pembangkang itu terhadap lelaki itu berhubung penyiaran artikel oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 yang bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla
"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...