22 Julai 2013

Projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di muara Sungai Kuala Besut dengan perbelanjaan RM250 juta, Hanya Projek Khayalan...?


PRK Kuala Besut: BN tertekan, terpaksa tumpu pengundi luar

BESUT: Tindakan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang menumpukan kepada pengundi luar sebagai fasa terakhir kempen Barisan Nasional (BN) menunjukkan mereka berada dalam keadaan tertekan.

Idris yang sebelum hari penamaan calon berkeyakinan PAS akan menghadapi kekalahan dengan majoriti 4,000 undi jika parti itu menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata ini membuktikan BN berada dalam terdesak untuk mempertahankan Dun Kuala Besut apabila mereka cuba menagih simpati pengundi luar.

Katanya lagi, BN juga turut melihat persaingan sengit yang mereka perlu hadapi terhadap kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Kita merasa suatu yang pelik telah berlaku, di mana sebelum ini Idris berkeyakinan bahawa PAS jika bertanding akan kalah dengan majoriti 4,000 undi tetapi saat-saat akhir mengharapkan pengundi luar.

"Ini bukti jelas mereka merasakan saingan sengit dan bukan laluan mudah untuk mempertahan kerusi Kuala Besut, bila berada dalam keadaan terdesak menagih simpati dari pengundi luar, ego mereka sudah tercemar," jelasnya yang juga Timbalan Pengarah Operasi PRK Kuala Besut pada sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.

Satiful yang juga merupakan Adun Paka mengulangi PAS akan pastikan agenda 16:16 dapat direalisasikan bagi memastikan Terengganu terus mendayakan pembangunan yang lebih mapan dan lestari.

Menurutnya, kesimbangan yang wujud ini, semua daerah akan dipelihara dan tidak akan terpinggir khususnya Kuala Besut yang jauh ketinggalan dari sudut pembangunan.

"Dengan suara 16:16, kita akan memastikan pelaksanaan berkesan dalam semua program dan projek yang diputuskan di dalam Dewan Undangan Negeri.

"Janji-janji kempen BN dalam PRK Kuala Besut ini akan dipantau sepenuhnya supaya ia dilaksanakan oleh kerajaan BN, kita tidak mahu ia sekadar janji kosong politik," sambung beliau.

Dalam pada itu Satipul yang ketika ditanya mengenai tindakan PAS mengenai pengundi luar.

Jelasnya, PAS akan berusaha sebaik mungkin untuk menghubungi mereka yang berada di luar agar balik mengundi supaya agenda 16:16 dapat direalisasikan.

Beliau juga mempertikaikan projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di muara Sungai Kuala Besut dengan perbelanjaan RM250 juta.

Menurutnya, janji BN pada PRK Bagan Pinang pada 2009 untuk menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera belum lagi menjadi kenyataan, apatah lagi projek di Kuala Besut yang bersifat khayalan.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Puak2 hipokrit memang pandai sangat atur janji tapi habuk pun tarak...yg ada untuk masyukkkkk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...