01 Mei 2013

TERKINI ! PEKERJA BANK (NUBE) AKAN BENAM SUBRA DI SEGAMAT !!!




Pekerja bank ancam 'benam' Subra di Segamat

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) merancang mengadakan piket secara berterusan di Segamat terhadap Dr S Subramaniam yang mempertahankan kerusi itu.

Perkembangan itu berlaku dalam keadaan Subramaniam, menteri sumber manusia, sudah pun dihimpit momentum kempen lawannya daripada PKR Chua Jui Meng.

Nube berikrar berpiket tiga hari berturut-turut bermula hari ini - yang juga Hari Buruh - bagi memastikan Subramaniam tumpas di Segamat.

"Beliau adalah menteri sumber manusia paling teruk sehingga kini. Kami akan pastikan dia tidak lagi menjadi menteri (selepas pilihan raya umum)," kata Presiden Nube Tan Eng Hong (kiri) ketika dihubungi.

Tan berkata, Nube tidak puas hati dengan tindakan Subramaniam menyokong pembentukan kesatuan dalaman Maybank yang mencairkan pengaruh mereka dalam isu berkaitan pekerja.

Ditemui di Segamat malam tadi, Subramaniam menyelar Nube dengan menyifatkannya bermain politik.

"Bagi saya, apa yang mereka lakukan salah kerana ia sudah masuk mahkamah... Kenapa kamu (Nube) perlu bawa dalam pilihan raya, bawa ke jalan raya dan piket? Ini bukan budaya yang baik," katanya.


3 ulasan:

alba berkata...

Dah mula kecut teloq..nampaknya dia nih...!!

Tanpa Nama berkata...

Baru ada akai....Hidup NUBE>>>!!!

Tanpa Nama berkata...

TOLONG BUAT LAPORAN POLIS SEGERA.
PAPA GOMO UGUT PERTAHAN KUASA WALAU TERPAKSA BERMANDI DARAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...