30 April 2013

TERHOT ! Tiga Bekas Exco Kedah daripada PKR letak jawatan dalam Parti


 

Tiga Exco Kedah daripada PKR letak jawatan, dakwa dikhianati parti

Tiga Exco Kedah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa telah dikhianati.


"Kami dikhianati," kata Naib Pengerusi III PKR Kedah Datuk S. Manikumar, mewakili dua lagi Exco, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long@Tan Chow Kang. Manikumar ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok dan Tan, Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah serta Perlis, manakala Lim ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Ketiga-tiga mereka tidak dicalonkan semula oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Manikumar berkata mereka bertiga sebulat suara bersetuju melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti itu kerana mendapati berlaku pengkhianatan terhadap mereka oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

"Ini telah membawa kepada situasi "mundar-mandir" dalam politik Kedah di mana 10 kerusi yang ditandingi oleh PKR kali ini telah mengalami penyusutan dalam sokongan keseluruhan.

"Saya adalah penyandang kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau, menang pada Pilihan Raya Kecil 2009 dengan majoriti 2,403 undi tetapi tidak diberi semula ruang untuk bertanding," katanya pada sidang media di sini.

Ketiga-tiganya bagaimanapun kekal sebagai anggota PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti.

Manikumar berkata mereka kecewa kerana tidak mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR mengenai mengapa mereka digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 ini.

"Kalau kita tengok hari ini, dalam Majlis Kepimpinan negeri, secara keseluruhannya kami adalah antara lima kepimpinan utama di peringkat negeri.

"Namun, sehingga kini, tidak terdapat satu pun maklum balas atau surat penjelasan daripada PKR pusat, malah Pengerusi PKR negeri Datuk Wan Salleh Wan Isa sendiri tidak mendapat sebarang notis mengenai situasi ini," katanya.

Mereka bertiga adalah antara nama-nama utama dalam Majlis Kepimpinan negeri yang tidak dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.

"Kita tak tau bagaimana percaturan politik di peringkat atasan, siapa yang pilih, "tangan-tangan ajaib" mana yang menentukan hala tuju parti PKR secara keseluruhan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini," katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau sudah "tiada hati" untuk bekerja bersama PKR selepas disisihkan oleh parti.

Lim pula berkata keputusan untuk meletak jawatan diambil selepas perbincangan dengan Wan Salleh dan beliau dinasihati untuk berbuat demikian.

"Saya meletak jawatan bukan kerana tidak "lekat" sebagai calon tapi disebabkan perkara lain. Tidak terpilih sebagai calon memang sudah dalam jangkaan saya," katanya.

Pada PRU12, PKR menang empat kerusi DUN. Seorang calon Bebas yang menang kerusi Dun Bukit Selambau, V. Arumugam kemudian menyertai PKR.

PKR diberikan tiga kuota untuk Exco negeri yang diisi oleh Tan Wei Shu (Bakar Arang), Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan V. Arumugam. Wei Shu dan Mohammad Radzhi kemudian keluar daripada parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Arumugam meletak jawatan.

Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau pada 2009 dimenangi oleh Manikumar. Tiga kuota exco kemudian diisi Manikumar, Lim dan Tan. - Bernama


Waa....Huh hebat.....mau tendang sapa.....nie.....

SAYA MASIH KUAT... Tan Show Kang melakukan sepakan Kungfu sambil disaksikan S. Manikumar selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan peletakkan jawatan mereka dalam parti di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Aksi itu dilakukan bagi menunjukkan kepada pimpinan pakatan pembangkang bahawa beliau masih kuat dan layak untuk dicalonkan semula, sekali gus menepis alasan kononnya masalah kesihatan menjadi punca dia disingkir daripada bertanding di DUN Sidam pada PRU-13. - UTUSAN/SAFRIZAL


11 ulasan:

matang binjai berkata...

Bila tak tercalon ja macam2 alasan, cuba kalau tercalon tau pulak nak berkempen.

Mujuq la sepenggal ja...TAMAK! Lepas ni masuk BN sbb tak puas hati.

Tanpa Nama berkata...

cakap sama 3 org PKR tu..Ini bukan mcm umno BN..terpilih atau x bukan alasan nk merajuk...dlm PKR kalau nk merajuk dan protes..boleh blah..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la x sabar.klu pr menang byk lg jawatan menanti korang sume .klu sume org gila kuasa letak jawatan tanding bebas.klu mu rasa bgus ada org lebih bgus dr kamu.

Tanpa Nama berkata...

niat tak ikhlas, nak dapat jawatan

Tanpa Nama berkata...

NI LH JADI BILA DH BIASA BERKUASA,SMPI BILA2 PN NK ADA KUASA/JAWATAN,KALO X DPT MESTI X PUAS HATI,SESUNGGUHNYA HATI BLM IKHLAS LG UTK BRSAMA-SAMA DLM PERJUANGAN,SETIAP PERJUANGAN PERLUKN PENGORBANAN!!!!!!INGAT TUUUUUUU!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kesiannmmm....ha..ha..ha

Unknown berkata...

Prangai tu biaq la jngan sama prangai supa ubn tulong yer...rakyat nak krjaan yg baharu bkn nak korg semata-mata bodo piang punya pemmpn supa korg ni.....msa xda jwtn lain ada jwtn lain bila dah xda jwtn lg lain jd nya..
..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah agak diri kita famous dan pandai buat segala kereja dengan gila nak kuasa dan gelaran YB buat apa ok bejuang dalam parti lebih baik jadi toke pabak ayam kalau tk kena serebu lebih famous dar lebih berkuasa dari menjadi YB ,inilah jenis orang yang sedar diri dulu semasa awl jadi YB bukan main tunjuk baik dan ceria bersama pengundi tapi bila dah merasa kemewahan hidup sebagai YB pengundi langsung tidak dijengok peduli inikah rupa hendk dicalun semula oleh pucuk pimpinan parti,syabas PKR keranatidak memilih semula orang semacam ini untuk menjadi wakil calun kami dalam PRU13 ini.Tahniah DSAI.

Unknown berkata...

Ada lg ka mana2 pmmpin yg pragai supa ubn kat dlm pkr tu lbe baik korang jalan da....jngan tggu lg ble bla aaaa korg ingat xda korang ni yg masi jd ahli ni sebap korang yg lain akan kembali sokong ubn soryyy bro......dei jalan daaaa

Tanpa Nama berkata...

Klu tgk trend skrg ni..boleh d katakan golongan india je yg byk buat hal..apakah makna ni?..mmg lalang!!!sebenarnye golongan ni tk perlu d beri muka..klu ckp krg dema yg pandai benor..aparaaaa!!!!

muzium padi gunung kheyang berkata...

depa ni yang betoi nya...malas buat kheja..manikumar misalnya...orang dah buat proposal...dia buang dlm tong sampah saja...orang macam ni kalau di calonkan semula hancoq la...

pendek kata..kalau tak buat keja jangan gatai la nak jadi yb...

satu lagi depa ni...ambil kesempatan mengkayakan diri sendiri...piraah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...