30 April 2013

PECAH BERITA ! BN KEDAH SAMBUT NAJIB DENGAN BENDERA PUTIH...APA DAH JADI ???

Kenapa BN KEDAH sudah pasang bendera putih di bangunannya..???

GAMBAR DIRAKAMKAN DI DEKAT BANGUNAN UMNO BN ALOR SETAR


Najib (dua dari kiri) disambut oleh Ahmad Bashah (kiri) semasa tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.-TMI

ALOR STAR, 30 April — Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja di Kedah.

Ketibaan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini pada pukul 9.20 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung serta pucuk pimpinan BN negeri.

Najib memulakan lawatan dengan bersarapan bersama orang ramai di pekan Kepala Batas yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra dan Parlimen Kubang Pasu.

Beliau kemudian akan merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana di sini.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri dan rombongan akan ke Baling untuk menghadiri majlis perjumpaan rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang.

Najib kemudian akan ke Pulau Pinang untuk lawatan kerja di sana.
– Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sebagai Ketua Parti BN, disaat parlimen sudah dibubar Najib masih menggunakan kemudahan Negara berkempen untuk partinya?

Adakah perkara sebegini diizinkan oleh demokrasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...