30 April 2013

PECAH BERITA ! GAMBAR-GAMBAR DAKWAT KEKAL ALAH SABUN TERSEBAR ??....SPR TOLONG BERI PENJELASAN SEGERA !!!


Gempar ~ Dakwat kekal yang dicalit boleh hilang hanya dengan sabun!


Hanya dengan mengunakan sabun,belum lagi tinner atau petrol dakwat kekal yang diberikan SPR untuk dicalit sebenarnya ink biasa untuk stam cap jari!!!!????

What the Fak la SPR ni ... nak menangkan BN beria ia sangat ni kenapa?
Nah.. seorang pengundi awal hari ni telah membuat demo selepas beliau balik dari mengundi. Hanya dengan mengunakan sabun.. dakwat tersebut hilang sedikit demi sedikit!!! 

Nampaknya PENGADIL perlawanan bola antara Islam dengan Israel.. pengadil berat kepada israel kali nih..



SUMBER BERITA



PRU 13 - SPR penipu - Dakwat kekal boleh di padam....?

Memang dah syak dah,, memang kerja jahat SPR...
Ramai kawan-kawan dari TLDM dah mengadu....

As-salam. Saya baru masuk Blog King of Goblok tengo kpasal dakwat tu. saya try basuh, boleh hilang dgn sabun. tak terfikir plak nk buat video. Hampeh!!!.  Sumber Berita





BERITA BERKAITAN :,

Anggota ATM, PDRM, serta pasangan undi awal hari ini


APRIL 30, 2013

Ahli petugas keselamatan beratur semasa pengundian awal untuk Tentera Tentera Malaysia (termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia) di SK Kememtah, Kem Kememtah, 

 MayKUALA LUMPUR, 30 April — Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.

Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.

Pagi ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau proses pengundian awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini bagi polis serta Kem Wardieburn di Jalan Genting Klang di sini untuk anggota tentera.



Seramai 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing telah mula mengundi 30 April, 2013.Semalam, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.

Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. – Bernama



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku doakan agar Allah menimpa bala yg sedasyat2nye kpd pengerusi SPR dan timbalan dia diatas segala penipuan keatas rakyat Malaysia. Amin.

Tanpa Nama berkata...

agk2 ler nk tipu pn..dkwt kt tgn aku ps blk ngundi ni xilan2 pn lg..

AloQStaQ berkata...

Provokasi murahan ! Bodoh siapa yg percaya berita karut dakwat kekal boleh hilang apabila d cuci dgn sabun. Adik sahabat aku try letak thinner, sabun etc,etc haram tak luntur pun! Inilah berita palsu paling jahat abad ni. Semata2 puak PR pembangkang takut kalah. Lain kali lah ya!? Asalkan bukan anwar ibrahim ! ABAI!

Unknown berkata...

Gambar yang last sekali tu belum pukul 8..? Ni pengundi Negara mana ni ye..?8 pg belum lagi 8 malam pn belum cecah lagi...? Jangan sebarkan fitnah...

Tanpa Nama berkata...

sama2 la kta berdoa utk hncurkn segala jnis penipuan.aminnn

Tanpa Nama berkata...

Baaaaang brayok mok mu spr natang anjing kurap umno. Setan dan semua yg seangkatan dgn nys

Tanpa Nama berkata...

wakakaka.. cuma propaganda puak pr yg tahu mereka bakal berkubur pada pru13 ini.. kalo betul dakwat itu senang hilang.. dengan rela hatinya mereka boleh mintak pihak spr calit pada muka penyokong pr pada hari mengundi nanti dan datang balik bila mereka mmg betul dapat menghilangkan dakwat tersebut..

itula propaganda pr kerana spr pernah menyatakan hasrat utk menggunakan biometrik yg lebih moden akan tetapi mereka lebih cendrung utk menggunakan dakwat kekal kerana apa?? mereka sudah pun mempunyai rancangan berkenaan kononnya bn akan menipu menggunakan dakwat kekal tersebut.. bodoh jgn nak disimpan.. org suruh pakai biometrik pr nak dakwat kekal..

upsi fighter berkata...

kalaupun nak ambik gambar, check betol2 dulu.....jam menunjukkan baru pukul 7.55...pagi rsanya....dh ad pusat mengundi dibuka ke?

Tanpa Nama berkata...

Ala.tah2 yg wt isu ni owg umno je.saja bikin gempaq n suspen.sbr2 ye kalau nk ngundi sgt.

Tanpa Nama berkata...

Dakwat kekal memang akan kekal jika tidak ada usaha untuk menanggalkannya..andai ada usaha ia akan tanggal..saya antara pengundi awal..sejam selepas mengundi kelunturan dakwat dapat dilakukan hanya dengan air tanpa sabun..bukan tanggal.....hanya luntur ianya masih kekal..sekiranya anda cuba untuk menipu anda akan berusaha untuk tanggalkan bukan ianya hilang sendiri

Tanpa Nama berkata...

Dakwat tu kelal lh sbb kalau x kekal cuba buang bagi abis smpai x nampak kesan mmg x dpt hilang lh jari org dlm gmbr tu pun masih ada lg dakwat yg masih kekal nk tunjuk kebodohan pun biar lah masuk akal ingat org lain boleh pecaya ke aku pun antara pungindi awal sikit2 masih kekal dijari aku

Tanpa Nama berkata...

Nie la bodoh tak bertempat.. Nak pakai biometrik taknak... Nak jugak dakwat kekal.. Dah pakai dakwat kekal.. Banyak pulak reka cerita.. Jam Kat tangan tue belum kul 8.. Undi negara mana?

Tanpa Nama berkata...

kenapa la nak doakan bala kat pengerusi SPR. Dia tak buat salah pun......you yg membuta tuli doakan org yg tak salah.......pr memang suka salahkan org............bala satu-satu dah nampak kat pr sendiri.cuba-cuba la fikirkan.kita kan sesama islam.kalau kita yg betul allah akan tolong kita.tak perlu doa-doa bala kat org.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...