28 Februari 2013

KANTOI ! BEKAS POLIS SAMAN BEKAS KPN POLIS...MACAM CERITA HINDI PULAK..!!!



Ramli Yusuff fail saman fitnah ekoran tuduhan tak berasas Musa Hassan


FEBRUARY 28, 2013
Ramli membangkitkan khabar angin tahun 2006 yang mengaitkan Musa dengan Goh Cheng Poh, atau lebih dikenali dengan nama “Tengku Goh”, yang dikatakan sebagai ketua kongsi gelap Johor.

Datuk Ramli Yusuff menfailkan saman fitnah keatas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan atas kenyataannya membandingkan Ramli sebagai “penyelamat” manakala dirinya pula sebagai “penjahat” dalam pasukan polis, perbalahan terbaru yang akan mencemarkan imej agensi kerajaan tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Ramli berkata telah menfailkan kes tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan Musa telah menjatuhkan reputasinya kepada umum pada satu sidang media tahun lepas.

Pada 10 Disember lalu, Musa mencadangkan terdapat tokoh politik yang tidak dinamakan menyokong pengkritik dan bekas rakan sekerjanya tersebut yang juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Menurut bekas KPN itu, Ramli diberi platform untuk mengkritik beliau dan menunjukkan imej PDRM dalam keadaan baik.

“Kelihatan seperti beliau adalah penyelamat PDRM... Dan saya adalah penjahat yang memusnahkan PDRM,” kata Musa dalam sidang akhbar tersebut.


Musa juga menuduh bekas panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis, dalam usaha untuk mempercepatkan projek yang disokong olehnya.

“Dia (Phang) telah mengugut pegawai ini, kalau tak komisyenkan, kamu akan ditukar tempat dalam 24 jam.

Kalau seorang awam boleh mengugut seorang pegawai polis ... Jadi berkuasalah,” tambah Musa.

Ekoran tuduhan tersebut, Phang awal Januari lalu telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Musa menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini

Disamping itu, Musa juga bertegas dengan pendiriannya beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa semasa 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun Ramli secara konsisten menuduh bekas KPN itu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap di Johor.

Bekas KPN itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh SPRM untuk membersihkan namanya.

Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), berulang kali mendakwa bekas pemimpin tertinggi polis itu mempunyai hubungan rapat dengan sindiket bawah tanah Cina semasa berkhidmat sebagai ketua polis Johor.

Ramli, bekas rakan sekerja bertukar pengkritik lantang, baru-baru ini membangkitkan khabar angin tahun 2006 yang mengaitkan Musa dengan Goh Cheng Poh atau lebih dikenali dengan nama “Tengku Goh” — dikatakan sebagai ketua kongsi gelap Johor selepas bekas KPN mendedahkan terdapat campurtangan eksekutif dalam tugas-tugas polis.


Dokumen mahkamah difailkan oleh Tengku Goh dan menjadi pengetahuan umum dalam perbicaraan sensasi pada Ogos 2007 telah menyemarakkan lagi spekulasi hubungan khas beliau dengan Musa yang sudah menggantikan Tan Sri Mohammed Bakri Omar sebagai KPN selama hampir setahun.
Dalam afidavitnya, Goh dilaporkan berkata: “Saya percaya KPN tidak diberitahu tentang penangkapan dan penahanan.”
Musa juga disiasat oleh agensi anti-rasuah kerana disyaki terlibat dengan tiga ahli sindiket perjudian haram sejurus selepas kenaikan pangkat menjadi KPN pada September 2006, akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan telah mengarahkan fail siasatan ditutup pada Julai 2007 kerana kekurangan bukti.
Musa menjadi tumpuan media bulan lalu apabila beliau membuat pendedahan mengejutkan dalam satu sidang akhbar, mendakwa  menteri Kabinet seringkali campurtangan dalam keputusan penting dan penyiasatan polis.
Baru-baru ini, PDRM dipersoalkan oleh orang awam dan ahli parlimen pembangkang selepas banyak kejadian rompakan dan serangan  menimbulkan tanda tanya tentang statistik kerajaan menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di negara ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab itu lah maklumat selalu bocor....selagi dalam kerajaan ada orang sebegini, dah salah dinasihatkan berhenti.......lepas ni jadi ahli pas......dosa yang lepas tak terhapus.......jadi lebai pas tambah sikit lagi dosa tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...