01 Mac 2013

TERHOT ! Insiden Tembakan Di Lahad Datu Konspirasi Terancang Umno - Tian Chua ( +VIDEO TEMBAK MENEMBAK & KEMATIAN MILITAN )






LIHAT KENYATAAN MEDIA PM yang ringkas :

PM sahkan dua anggota polis mati, tiga cedera insiden di Lahad Datu


2013/03/01 - 17:36:52 PM-Berita Harian


PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan dua anggota polis mati dan tiga cedera dalam insiden di Lahad Datu, sabah pagi tadi.

Sambil melahirkan kesedihan, Perdana Menteri berkata, beliau memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga kumpulan penceroboh Sulu ditumpaskan
.



Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu?

Semua sumber laporan oleh media asing.“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.




Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaanSementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat.

Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakaian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. ~keadilandaily


Berita Tv Filipina Krisis Di Lahad Datu



12 ulasan:

Unknown berkata...

kena tanya najib, yang terlibat dalam perjanjian perdamaian bangsamoro dengan filipina, apa yang dia janjikan kepada bangsamoro hingga mereka setuju untuk berdamai...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan blog...untuk elak kekeliruan org ramai,mohon tuan keluarkan video pertempuran itu kerana video itu adalah bukan dr pertempuran di sabah tetapi pertempuran antara Moro Islamic Liberation Federation (MILF) dengan tentera Filipina di kepulauan sana...utk kepastian corak celoreng baju mereka yg terkorban itu adalah bukan celoreng komando PDRM serta persekitaran video itu lain dr peta tanah di kampung landuo kerana kampung itu dikelilingi tanaman kelapa sawit Felda Sahabat 17...persekitaran video itu pula di tanah lapang dan sedikit berhutan...

Tanpa Nama berkata...

penyokong pembankang memang otak karat tak hamya tau tabur fitnah sahaja...malas nak komen panjang lebih baik aku doakan wira-wira negara yg terkorban tersebut...




Tanpa Nama berkata...

Otak pri umnobn ni mmg bengap. Apa kesalahan yg kerajaan lakukan, mmg jd buta dia orang...bodoh nya kau...

Tanpa Nama berkata...

dah dasar cina..mmg cina lah...dia tak kisahlah sebab yg mati melayu islam...boleh lah dikeluarkan kenyatan ikut suka...yg melayu pun ikut je kata kapir tu

Truckster berkata...

video dah private xboleh tgk, sila upload balik

Mr. Admin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr. Admin berkata...

Betul video tembak menembak adalah palsu. Saya perah tengok vedio tu..ia berlaku sebelum 1/3/2013 dan berlaku di filipina..saya rasa admin bertangungjawab membetulakan fakta.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Dalam suasana genting sebegini sepatutnya sesuatu komentar yang dikeluarkan hendaknya jangan mengeruhkan keadaan jika kita benar-benar bertanggung jawab.

Membuat andaian tampa fakta yang sahih bukanlah jalan pemyelesaian pada masalah yang timbul. Atau sebagai "orang politik" maka ini merupakan ruang untuk mencari publisiti murahan tampa mengira keadaan adalah sesuatu yang betul-betul "cerdik"...Walahualam

Tanpa Nama berkata...

jangan laa buat kerja bodoh. buat laa sedikit kajian sebelum membuat sebarang ulasan....tldm tidak ada pegawai yang berpangkat "jeneral"; yang ada laksamana....bole di katakan bahawa artikel ini berbau perkauman and tidak tepat sama sekali....

zannki berkata...

website sampah. dgn berita palsu cam cilaka. pastu siap ada iklan ubat penawar kanser lg kt tepi huhu.. teruk benor tahap iq admin nih.

Tanpa Nama berkata...

semua perpunca daripada umno yg tamak kuasa. projek ic yg akhirnya rakyat asal dianaktirikan. mamak kutty dapat lihat kesannya sekarang. termakbullah doa ustaz fadzil nor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...