07 Ogos 2012

Tema Hari Kemerdekaan: Kedah wajar ikut Kelantan


Kelantan juga guna 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” berbanding tema “Kelantan Menerajui Perubahan” yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

"Pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengambil tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” sebagai tema Hari Kebangsaan ke 55 disamping tema Kerajaan Negeri iaitu “Kelantan Menerajui Perubahan”," kata Setiausaha Eksekutif, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek.

Petang tadi, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan semua ngeri Pakatan Rakyat akan menggunakan tema sama seperti yang dicadang Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan yang telah membuat keputusan lebih awal.

Bagi Negeri Kelantan, mesyuarat kerajaan negeri telah memilih 'Kelantan Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'.

Bagaimanapun, terbaru Kelantan telah memaklumkan bahawa mereka juga akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.

Selain tema, kesemua empat negeri Pakatan ini juga akan menggunakan logo Merdeka yang sama yang akan dimumkan Ketua Pembangkang pada Khamis ini-HD

Komen: Kedah wajar mengikut Kelantan yang bersetuju dengan Kerajaan Pakatan , benda ini masih awal lagi ada 23 hari menjelang tarikh hari sambutan merdeka, supaya menunjuk kesepakatan dan budaya menerima teguran diamalkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...