05 Ogos 2012

Kantoi!!! Najib terpaksa berkampung di Sabah....

NAJIB TURUN SABAH SEBAB TAKUT?


Kerana ada Kejutan kedua akan berlaku dijangka 12hb.Ogos seperti lapuran yang dinyatakan oleh DSAI baru-baru ini.


NAIB presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Perdana Menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

"Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN," kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah.

Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Lawatan itu berlangsung selepas ahli Parlimen Tuaran Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort Lajim Ukin menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Pakatan minggu lepas.

Pada masa sama, beliau tidak yakin lawatan Najib ke Sabah akan membawa sebarang perubahan baik secara langsung kepada penduduk negeri itu.

"Saya tak rasa dia ada keberanian yang diperlukan untuk melakukan perubahan," katanya lagi.

Gesa luaskan skop RCI

Pada masa sama, pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah yang akan dibuat Najib juga tidak mengganggu momentum sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu, katanya.

"Saya harap semua pimpinan dari parti mana sekali pun teruskan agenda perubahan di Sabah. Kalau Najib hendak tawar insentif apa-apa sekali pun, kami tidak akan berganjak dengan agenda perubahan kami.

"Kami sendiri pun sudah lama berikrar mahu menubuhkan RCI, dan memberikan royalti sebanyak 20 peratus kepada Sabah," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Najib meluaskan terma RCI untuk menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum.

"Kita tidak mahu RCI fokus kepada Sabah sahaja tetapi juga turut fokus kepada seluruh Malaysia. Kita tak mahu kewarganegaraan dijual tanpa rasa tanggungjawab," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...