09 Januari 2012

901: HAIRAN KAWASAN KEPUNGAN POLIS, ADA BOM MELETUP?


Insiden Letupan Bom : Polis Minta Sedikit Masa Untuk Siasat
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz

KUALA LUMPUR, 9 JAN : Polis meminta diberikan sedikit masa bagi menyiasat insiden tiga letupan bom buatan sendiri yang diletakkan di kawasan awam, yang juga tempat ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di tepi jalan berhadapan Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Saleh berkata pihaknya akan menyiasat perkara ini dan meminta diberikan sedikit masa untuk meneliti segala bahan bukti yang ada.

“Jadi letupan yang berlaku kita akan siasat di bawah undang-undang Akta Senjata Api,” katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam insiden itu tadi, Mohamad mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri.Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, polis turut menemui peranti bom termasuk bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan.

Malah letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di lokasi tersebut.Menurut laporan Mstar Online, seorang peguam cedera akibat letupan pertama, manakala dalam letupan kedua kira-kira jam 10.45, seorang lelaki berusia 40-an mengalami cedera ringan.

Letupan ketiga pula berlaku kira-kira jam 10.55 pagi tetapi lokasinya tidak dapat dikenalpasti

Sumber: Antarapos.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...