09 Januari 2012

901: DS ANWAR DIBEBASKAN


KUALA LUMPUR, 9 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.Anwar :

"Saya Doakan Yang Terbaik"


KUALA LUMPUR, 9 JAN : Saya mendoakan yang terbaik, saya harap mereka menghormati kaedah perundangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," itu kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus sebelum beliau memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan tuduhan kes liwat terhadapnya.

Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi ruang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tempat letak kereta berhampiran apabila Ketua Pembangkang itu sampai untuk mendengar keputusan hakim bersabit tuduhan liwat yang dihadapinya.

Anwar diringi oleh isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga sampai di Mahkamah kepada tepukan dan sorakan hadirin yang dipantau oleh puluhan anggota polis.

Di tempat letak kereta berhampiran, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berselang seli memberikan ucapan menggesa ribuan penyokong untuk memberikan sokongan kepada Anwar dan gagasan pakatan itu dalam apa keadaan sekali pun.

Walaupun ucapan-ucapan dilarang oleh polis sebagai pra syarat membenarkan perhimpunan itu, nampaknya pihak berkuasa memberikan kelonggaran demi memastikan keadaan aman dan terkawal.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan bersalah, Anwar bakal dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dilucutkan kelayakan bertanding pada pilihanraya umum.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau yakin Anwar akan dibebaskan oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana kes pendakwaraya begitu rapuh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...