02 Jun 2014

DNA BABI DALAM COKLAT CADBURI ....SEKEJAP ADA SEKEJAP TAKADA....

cadburrybab


PERSOALANNYA MENGAPA SAMPEL DIAMBIL DIKILANG DAN PADA TARIKH TERBARU...

MENGAPA TIDAK DIUJI DI MAKMAL BERKECUALI ..........


MAKNAYA COKLAT TERBARU SAHAJA YANG BOLEH DIIKTIRAF HALAL....TETAPI ADAKAH MAKMAL KIMIA  JAKIM BOLEH DIPERCAYAI?.........


Saudi uji sampel Cadbury - PASTI SAMPEL AMBIL DI PASARAN
Saudi mengarahkan penjualan coklat terbabit dihentikan sementara.

RIYADH - ARAB SAUDI. Selepas Indonesia, giliran Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) pula menarik balik penjualan beberapa jenis coklat Cadbury di pasaran untuk ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA).

Langkah itu dibuat selepas Malaysia mendakwa, coklat terbabit mengandungi DNA babi (procine).

Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan SFDA, Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond.

“Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine.

“Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, SFDA mengambil langkah wajar dengan melakukan ujian terhadap sampel coklat terbabit.

 laporan dipetik dari Arab News.




Selepas kritikan, menteri umumkan tiada DNA babi dalam produk Cadbury




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (tengah) bercakap semasa sidang media di Institut Latihan Islamik di Bangi hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.

BACA LAGI ULASAN DIBAWAH:

JAKIM Sahkan Tiada Babi Dalam Cadbury.


Apa neh? Apa neh? Apa neh?

Tetiba takde babi pula.
KAH KAH KAH


Okay.

Aku faham jalan cerita dia macam mana.

1. Sample yang JAKIM sebut takde babi tue ialah sample yang JAKIM amek dari kilang.

2. Sample tue JAKIM uji dan JAKIM sahkan tiada babi.

3. Merujuk kepada kes babi tue pihak JAKIM menerusi menteri agama Jamil Khir memberitahu bahawa ;

- KKM tiada makmal yang didedikasi untuk tentukan halal haram.

- JAKIM ada makmal tersendiri mereka (yang dipilih menerusi lantikan).

- KKM sepatutnya amek terus sample dari kilang. Bukan dari luar untuk elakkan sebarang pencemaran.

- JAKIM terus amek dari kilang pembuatan untuk uji sample.

- Sumber sample yang diuji juga sangat penting untuk menentukan kandungan coklat berkenaan. Ini kerana ia mungkin terdedah dengan sebarang pencemaran selepas ia keluar dari kilang pembuatan.
Rujukan : sini

PERGHHHHHHH..

Kalau la diambil ketika dalam kilang pembuatan dan uji, sudah tentula dorang bagi kualiti yang top2 punya.

Senang rupanya nak kelentong JAKIM.

Hah, apa lagi. Pembuat2 makanan. Masukkanla babi dalam makanan korang. Nak manipulasi JAKIM senang aje ooii..

KAH KAH KAH

Jakim juga merumuskan, selepas analisis membuktikan tiada babi dalam sample yang dorang amek dari kilang Cads, maka sijil halal akan diberikan semula kepada Cads dalam masa terdekat.
Permainan mu kami dah jangka awal2 dah. Itu sebab JAKIM yang kita orang balon kaw2.

Macam neh la. Sebenarnya tak patut juga JAKIM dok highlightkan tindakan KKM uji sample dari luar. Tercemar dengan babi? DNA babi? Macam mana boleh tercemar tue? Jangan sembang cakap ia tercemar aje tanpa hujahkan bagaimana kemungkinan pencemaran itu boleh berlaku. Ini nak tipu orang bodoh boleh la.

Hakikatnya. Kalau dia tercemar pun mesti ada jalannya bagaimana ia boleh tercemar. Takan orang tue suntik DNA babi pula dalam coklat?

Jawab la ko JAKIM. Ingat, ini bab halal haram tau. Jangan main2. BTW, Arab Saudi pun sekarang tengah periksa kandungan coklat Cads kat sana. Ada babi ke takde. Jom tunggu. ~ AW

PULAK DAH... Kemudahan MENETEK terkini di kedah...Apa Kejadah nie....

depa kata dekat Aloq Staq.........

dakwa sebuah BLOG   ....DISINI

SEBELUM INI ADA DAKWAAN DISKO DI LANGKAWI BUKA SAMPAI SUBUH....

JUAL DADAH MACAM KACANG PUTIH......NAK TAU LEBIH LANJUT HANGPA TANYA EXCO PELANCUNGAN......YB RAWWI............

01 Jun 2014

PANAS! DESAS-DESUS ADA MENTERI DIGUGURKAN?


Sapa menteri Sarawak yg bakal digugurkan dari Kabinet Malaysia?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri ‪#‎Sarawak‬, Tun Abdul Taib Mahmud di Hotel Marriot Resort & Spa sebelum mengadakan perbincangan tertutup kira-kira jam 8 malam ini.


PM sudah datang.

 Teras, PRS, SPDP dan SUPP. Jawatan Kabinet utk Gerakan, siapa tergolek?

Selepas lawatan lalu, banyak perkara yang berlaku di Sarawak. Saya rasa PM, KM dan TYT bercakap panjang selepas ini.

Yang menariknya,masing-masing mahu tahu akan status Teras, di sebalik penentangan PRS, SUPP dan SPDP. (8 gambar)

PRK Teluk Intan: Sokongan Melayu terhadap DAP meningkat 28%

Sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan meningkat 3 peratus daripada 25 peratus kepada 28 peratus disebalik isu perkauman yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP gagal untuk mempertahankan kerusi itu, parti itu mendapat sedikit suntikan motivasi daripada pencapaian itu dalam mempertingkatkan sokongan Melayu yang berguna dalam PRU-14 kelak.


Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7 peratus kepada 3.4 peratus.

“Ia suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Kian Ming berkata beliau yakin lebih banyak kaum muda Melayu akan melihat DAP sebagai ruang untuk aktivisme politik dan lebih ramai belia akan menyokong Pakatan Rakyat dengan alasan gagasm ini bergerak jauh daripada politik berasaskan kaum.

“Kami melihat kelibat ini dalam kempen Dyana di Teluk Intan. Jumlah kegembiraan dan suasana baik yang beliau hasilkan di peringkat kebangsaan terutama di kalangan anak muda Melayu ialah, berani saya katakan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh kerana pencalonan Dyana Sofya, pelajar UiTM yang bercakap tentang DAP tidak semestinya dalam nada yang negatif lagi!” katanya.

Katanya, di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda ke mana saja dia pergi.

“Walaupun kebanyakan daripada mereka bukan pengundi, mereka akan pengundi pada masa akan datang dan pemimpin muda seperti Dyana mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk memenangi mereka akhirnya,” katanya.

DAP KALAH TAPI SATU PRAKTIKAL YANG BAIK UNTUK MEMECAH ISU PERKAUMAN !!!



Air muka pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ketara menunjukkan kekecewaan mereka semalam. Mereka memperjudikan nasib mereka ke atas Dyana Sofya Mohd Daud untuk mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan, tetapi calon politik mentah itu kalah dengan 238 undian kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pemimpin DAP tidak mengendahkan bahawa Dyana Sofya kalah dengan majoriti yang tipis. Namun Dyana Sofya tetap kalah disebabkan pemikiran perkauman generasi lama dan kekurangan minat yang ditunjukkan pengundi muda yang tidak kembali untuk mengundi di pilihan raya Sabtu itu.

"Bangsa masih relevan dalam pilihan raya, tetapi kami cuba menjadikannya tidak relevan," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada penekanan parti-Cina tersebut bagi lebih calon Melayu.

Post-mortem awal pilihan raya oleh DAP mulanya menunjukkan sokongan Melayu untuk parti tersebut meningkat sekurang-kurangnya dua peratus, tetapi undi Cina dan India menjunam lebih daripada 10% setiap satu.

Mah memungut 20,157 undian dan Dyana Sofya 10,919 undi dengan 550 undi rosak di kawasan majoriti Cina tersebut.

Jumlah keluar mengundi tidak memuaskan pada 66.7% berbanding dengan 80.7% pada pilihan raya 2013.

Terdapat laporan tentang kempen saat akhir di mana sekumpulan lelaki memakai t-shirt merah memberitahu pengundi Cina supaya menyokong calon Cina, iaitu Mah, yang ironinya memimpin parti berbilang kaum, Gerakan.

Satu lagi kelebihan adalah status Mah sebagai orang tempatan dan dua penggal beliau berkhidmat sebagai MP Teluk Intan sebelum kalah pada Pilihan Raya Umum 2008.

Dyana Sofya berasal daripada Perak, tetapi baru sahaja terkenal dalam berita sebagai setiausaha Lim Kit Siang pada 2013 dan dua minggu lalu apabila dinamakan sebagai calon parti untuk Teluk Intan.

Peguam berumur 27 tahun itu menjadi kesayangan warga Internet, tetapi terpaksa bergantung kepada DAP sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi tempatan berbanding karismanya sendiri.

"Kami sepatutnya menang jika pengundi luar kembali (ke Teluk Intan)," tambah Guan Eng dengan merujuk kepada generasi muda yang bekerja di luar Teluk Intan dan lebih sedar tentang isu-isu semasa daripada melihat kepada politik perkauman.

2.7 juta pengundi baru menyertai 13.3 juta pengundi berdaftar pada pilihan raya 2013, di mana DAP dan sekutunya Pakatan Rakyat (PR), PKR dan PAS memenangi 51% undi popular tetapi hanya mengumpul 89 daripada 222 kerusi Parlimen.

Dengan kekalahan Teluk Intan, PR kini tinggal 88 kerusi Parlimen dan BN 134 kerusi Parlimen.

Bapa Guan Eng, Kit Siang berkempen untuk setiausaha politiknya di Teluk Intan bagi membasmi politik perkauman.

"Jika politik baru ini adalah masa depan kita, politik perkauman lama akan digantikan dengan politik kebangsaan Malaysia yang berdasarkan isu keadilan, kebebasan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik," kata Kit Siang minggu lepas.

Beliau juga menyeru pengundi luar untuk balik menunjukkan sokongan kepada Dyana Sofya yang sedang mencuba untuk memasuki Parlimen buat kali pertama.

Namun, seruan beliau tidak ke mana. Warga yang makin berusia memilih untuk mengundi mengikut kaum dan pengundi muda yang tinggal dan bekerja di kawasan lain tidak pulang untuk mengundi semalam.

Perkara tersebut, ditambah lagi dengan undian pos yang selalunya bagi BN, menyebabkan Dyana Sofya kehilangan kerusi Parlimen DAP Teluk Intan dan menghalang penekanan parti tersebut untuk calon yang pelbagai kaum daripada memilih calon daripada kaum dominan untuk setiap kerusi.

"Terdapat pengajaran yang perlu diambil dari Teluk Intan, tetapi DAP masih mendapat banyak undi meskipun dengan peratusan keluar mengundi yang rendah," kata seorang anggota parti itu.

Anggota Gerakan mengakui Mah yang berusia 53 tahun kemungkinan akan kalah dalam pilihan raya sekiranya hari pilihan raya adalah Ahad, memberi masa yang secukupnya untuk membolehkan mereka balik ke rumah dan menunjukkan sokongan mereka.

"Jika hari pilihan raya adalah pada Ahad, keadaan akan berubah. Nasib baik ia Sabtu dan kami menang," kata pakar strategi parti tersebut.

Kemenangan itu juga meningkatkan kewujudan Gerakan dalam Parlimen kepada dua ahli dengan Mah yang juga akan mendapat kerusi dalam Kabinet untuk partinya seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. ~tmi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...