29 November 2014

PENGUATKUASAAN DI LAUT LEMAH, PUNCA WARGA ASING MENCURI KHAZANAH NEGARA?

Pautan kekal imej terbenam


HANYA ADUAN DARI NELAYAN BARU PENGUATKUASA DAPAT BERTINDAK?

Pencuri khazanah

Kuantan: Bukan sahaja mencuri hasil laut, nelayan asing kini semakin berani apabila mencuri khazanah peninggalan dua kapal perang British yang karam di perairan negeri ini ketika Perang Dunia Kedua.

Ia susulan penahanan 17 nelayan warga Vietnam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut Satu di satu lokasi, kira-kira 60 batu nautika dari Tanjung Gelang, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.




TLDM dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, kejayaan itu hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang menerusi satu program khas bersama pihaknya pada minggu lalu.

Katanya, dua kapal perang berkenaan adalah HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales yang tenggelam selepas dibom tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

“Aktiviti penyelaman haram oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tanjung Gelang itu dipatahkan oleh KD Perkasa yang dalam pelayaran pulang selepas tamat latihan Malindo Jaya, kira-kira jam 6.45 pagi.

“KD Perkasa menahan sebuah bot nelayan yang sudah diubah suai menjadi bot penyelaman dengan 17 kru rakyat Vietnam. Ketika itu, sebahagian daripada mereka sedang menyelam di dasar laut dipercayai untuk mengambil peninggalan dalam kapal perang berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan mendapati semua kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan lanjut.

Katanya, kejayaan itu membuktikan bahawa program mendekati masyarakat khususnya komuniti maritim memberi kesan dan membantu pelaksanaan operasi Markas Wilayah Laut Satu TLDM.

“Komuniti maritim seperti nelayan, pengusaha pusat peranginan dan penduduk di pulau boleh menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan khasnya TLDM,” katanya.


KAPAL perang British Prince Of Wales yang digunakan ketika perang Dunia Kedua.

~Mymetro

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...