25 November 2014

AKTIVIS MASUKAN AZMIN DALAM KETOGERI MB SOMBONG....APAKAH PUNCANYA

PR JANGAN UTAMAKAN RUMAH MAMPU TENGOK........


Aktivis ingatkan MB: Yang sombong dah tumbang




Penduduk sekitar Keramat, Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali bagi meminta menuntut kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan kontroversi itu.

Bukan itu sahaja, mereka mahu projek perumahan mewah di tengah-tengah kawasan majoriti Melayu itu digantikan dengan pembangunan rumah mampu milik.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad turut meminta supaya Azmin berjumpa dengan penduduk untuk mendengar masalah mereka.




Katanya, pada Ahad lalu, beliau telah menghantar surat jemputan dialog bersama penduduk kepada Azmin, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu tidak kelihatan.

"Terlampau banyak persoalan yang perlu kita rungkaikan sebab itu kita perlu menteri besar yang baru yang juga bekas pengerusi (syarikat negeri) PKNS untuk berjumpa dengan penduduk.

"Kita tak mahu adanya pilih kasih. Dia (Azmin) pun wakil rakyat untuk kawasan Taman Keramat. Saya tak faham kenapa bila penduduk panggil untuk turun, dia tak turun juga. Banyak persoalan disitu.


"Sedegil-degil (Tan Sri) Khalid dulu dan sombongnya Othman (bekas pengurus besar PKNS), dengan kuasa tuhan dia tumbang. Dia sendiri jatuh disebabkan kawan dia. Sekarang kawan (Azmin) naik, kita tak mahu projek ini diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiee di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah, Shah Alam.

Sebelum itu, Salleh bersama kira-kira 10 orang penduduk membawa kain rentang bertulis "Kami mahu pembangunan mampu milik" sambil melaungkan "kami tak mahu projek Datuk Jelatek".

Projek Datum Jelatek menjadi kontroversi susulan dakwaan Badan Bertindak Datum Jelatek Januari tahun lalu bahawa projek itu disokong kerajaan Selangor pimpinan Khalid ketika itu.

Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu kini menumpukan kepada projek pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang merasakan pembinaan di kawasan itu tidak bersesuaian. ~MK


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...