05 Mei 2014

POLITIK BANGANG PUNCA KEKURANGAN AIR BERSIH

1. Malaysia negara hujan khatulistiwa bukan gurun, maknanya sumber hujan amat tinggi

2.Ketamakan ahli politik yang mengswastakan bekalan air punca utama bagaimana bermulanya kegagalan menguruskan air dengan kos yang tinggi tetapi tiada mengikut amalan pengurusan air yang sebenar.

3. Bekalan air dijadikan komoditi dan bahan ugutan kepada rakyat bagi menarik undi-undi tetapi kesan jangka panjang anda rasai dan lihat sendiri.

4. Apa peranan SPAN hanya pak angguk atau kuda tunggangan pada pak menteri-menteri yang mengambil kesempatan POLITIK SEMPIT.....AMAT PERLAHAN DALAM MEMPERBETULKAN KEPINCANGAN PENGAMBILALIHAN KONSENSI AIR......


ADA NGO PUN BANGANG......

Selangor kesal laporan tidak benar isu air, undang gelisah rakyat

SHAH ALAM, 5 MEI: Kenyataan Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bahawa Kerajaan Negeri memperjudikan nasib rakyat kerana menghentikan catuan air walaupun empangan tidak mencapai 55 peratus adalah tidak berasas.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata kenyataan yang dikeluarkan S Piarapakaran membuktikan beliau tidak mengemas kini maklumat daripada sumber sahih.

Katanya, kenyataan itu juga dilihat menjejaskan kredibiliti Piarapakaran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diwakilinya.




“Beliau sepatutnya membuat penyelidikan berkenaan usaha yang sedang dan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk menambah simpanan bekalan air mentah untuk masa kini dan kegunaan sehingga musim kering yang diramal berlaku sehingga September ini.

“Kita juga kesal laporan akhbar Sinar Harian itu yang tidak mendapatkan penjelasan sebenar daripada Kerajaan Negeri. Laporan tidak benar itu boleh menimbulkan kegelisahan pengguna Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri juga sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari (JLH) sahaja.

Selain itu, Yunus turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air disebabkan dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air.

Katanya, kekurangan air adalah disebabkan fenomena musim kering yang luar biasa.

“Pemberian air percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri itu sebenarnya dapat menjimatkan air.

“Jika proses itu tidak bermanfaat, negeri Johor tidak perlu mengikut Selangor untuk memberikan air percuma tidak lama lagi,” katanya


Persekutuan pekilang gesa pelan jangka panjang bagi bekalan air berterusan



Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendesak kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air supaya melaksanakan penyelesaian jangka panjang bagi memastikan bekalan air berterusan kepada pihak industri dan awam walaupun krisis air di Selangor sudah berakhir.

"Pihak industri perlu diberi maklumat terkini tentang situasi bekalan dan diberi notis yang mencukupi jika berlaku catuan air pada masa hadapan," kata FMM cawangan Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam kalangan pekilang FMM di Selangor, lebih separuh daripada responden berkata mereka mengalami kerugian dari segi pengeluaran dan tempahan pelanggan akibat catuan air.


"Beberapa syarikat memberi respons bahawa jika catuan air berpanjangan sehingga enam bulan lagi, ia akan mengakibatkan penutupan atau pemindahan kilang ke luar negara, manakala yang lain akan menangguhkan pelaburan untuk pembesaran perniagaan mereka," katanya.

Memandangkan ada kemungkinan catuan air akan dibuat semasa musim kemarau yang dijangka bermula dari Jun hingga Oktober, FMM mahu pengeluar melaksanakan pelan kontingensi seperti penyimpanan air hujan, memasang tangki air yang lebih besar dan menggunakan air bawah tanah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...