07 Mei 2014

GEMPAR! MAHKAMAH ARAH PM LETAK JAWATAN KERANA SALAH GUNA KUASA




DUA PM NAJIB DAN YINGLUCK


Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini mengarahkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa.

Yingluck didakwa kerana menyalahguna kuasa dengan memindahkan seorang pegawai kanan kerajaan pada 2011 kepada jawatan lain.

Mahkamah memutuskan bahawa perpindahan itu dijalankan dengan niat tersembunyi yang melanggar perlembagaan. 



Pautan kekal imej terbenam

Bagaimanapun, penyokong Yingluck mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman menerusi sistem kehakiman yang tidak adil selepas enam bulan penunjuk perasaan anti kerajaan gagal menggulingkan beliau.

Penyokong Yingluck berikrar akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu ini, sekali gus mencetuskan keganasan terbaru dalam krisis politik Thailand yang berlarutan sejak sekian lama. - AP



Pautan kekal imej terbenam

Kini Thailand dalam krisis - yingluck digantung 5 tahun dari aktif dalam politik

Kalau di Malaysia kes macam ini akan disapu kebawah karpet.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...