07 Mei 2014

TENDER TERBUKA JAMBATAN KLANG JIMAT RM70 JUTA ...KALAU ZAMAN BN, RUNDING TERUS KOS PASTI LEBIH SETENGAH RM BILION !!!


pemenang rekabentuk jambatan klang 01


Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor memaklumkan pelantikan kontraktor bagi pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang akan diumumkan selepas Lembaga Tender peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermesyuarat pada 21 Mei 2014.

Pengarah JKR Negeri Selangor, Datuk Ir. Hamizan Mohd Inzan berkata, kontraktor yang telah dipilih telah berjaya melepasi penilaian teknikal dengan tawaran kos terendah.


JKR Selangor: Kontraktor Pembinaan Jambatan Ketiga Klang Akan Diumum Selepas 21 Mei 2014

Pelantikan kontraktor bagi pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang akan diumumkan selepas Lembaga Tender peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermesyuarat pada 21 Mei 2014.

Kontraktor yang akan dipilih oleh lembaga berkenaan merupakan kontraktor yang telah berjaya melepasi penilaian teknikal dengan tawaran kos terendah.


Proses tender terbuka untuk projek Jambatan Ketiga Klang telah dibuka pada 24 Mac 2014 dan ditutup pada 22 April 2014. Sebanyak 23 kontraktor telah mengambil bahagian dalam proses tender ini dan proses pembukaan tender di hadapan umum telah diadakan pada sebelah petang hari penutupan tender.

Proses pembinaan jambatan ini dijangka bermula 4 Jun 2014 dan tempoh pembinaan dianggarkan selama 108 minggu atau dua tahun tiga bulan. Kos pembinaan jambatan ini dianggarkan sebanyak RM 230 juta.

Kerja pengambilan data di tapak dan proses rekabentuk telah dimulakan pada Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada Februari 2014.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM300 juta dari rezab negeri untuk pembinaan jambatan ini dan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini telah pun meluluskan peruntukan awal sebanyak RM 48 juta.

Pembinaan Jambatan Ketiga Klang ini bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan menyuraikan trafik di sekitar bandar Klang sekali gus menambah baik sistem aliran trafik sedia ada.

Laluan yang terlibat dalam pembinaan jambatan sepanjang 2.5 km ini ialah Jalan Sungai Bertih, Jalan Tanjung Shawal dan Jalan Goh Hock Huat.

Dikeluarkan Oleh:
Dato’ Ir. Hj. Hamizan Bin Mohd Inzan
Pengarah JKR Negeri Selangor
6 Mei 2014

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum....tumpang promote ye.... Tak perlu lagi cari tender dan sebutharga. Kami akan beritahu anda jika ada yang sesuai dengan anda. https://www.facebook.com/tendersebutharga

http://www.tendersebutharga.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...