06 Mei 2014

TERKINI! TUDUHAN SEMULA NIK NAZMI ATAS AKTA PERHIMPUNAN AMAN DI TOLAK HAKIM


Pautan kekal imej terbenam

Mahkamah lepaskan Nik Nazmi tuduhan anjur perhimpunan tanpa kebenaran

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, melepaskan bekas pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam N Surendran untuk menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan semula.



Dakwa semula guna PAA, Peguam Negara hina mahkamah



PETALING JAYA 6 MEI: Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail telah menghina mahkamah kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan 25 April lalu yang membatalkan dakwaan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dibawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Justeru, peguam N Surendran berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan pejabat AG yang berterusan tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti terkandung dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.

“Saya terkejut apabila kerajaan dan Gani Patail membuat perkara sebegini, dan tindakan ini menyebabkan mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.


“Kita akan ambil tindakan undang-undang untuk menentang perkara ini,” kata Surendran (gambar) ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, tindakan Gani Patail itu disifatkan sebagai terdesak dalam mencari jalan untuk menyekat rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan.

“Hakim sendiri terkejut dengan dakwaan ini, kita boleh lihat betapa terdesaknya kerajaan selepas 1 Mei, rakyat sudah mula ramai berhimpun secara aman.

“Mereka cuba cari jalan untuk menyekat apa yang diputuskan oleh mahkamah rayuan tempoh hari,

“Tapi pada saya ini kemenangan untuk kita tapi kita akan tetap lawan tindakan yang tidak masuk akal seperti ini.” ujar Nik.

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Yasmin Abdul Razak hari ini membebaskan Nik Nazmi daripada satu pertuduhan baru ke atasnya berhubung perhimpunan ‘Black 505′, Mei tahun lalu.

Dalam penghakimannya Yasmin memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu.

Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61321

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...