15 Mac 2014

TERKINI! SIDANG MEDIA TERGEMPAR #MH370 OLEH PM..PESAWAT TELAH DIRAMPAS.... ?!

Pautan kekal imej terbenam



PM tidak sahkan MH370 dirampas, misi diteruskan ke dua koridor baru

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak laporan media pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang dijalankan memasuki fasa terbaru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor...
Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas - PM Najib Razak



Chinese Ambassador to #Malaysia arrived & seated at press conf where Msia PM is due to give updates on missing #MH370 pic.twitter.com/7mnrdHamFr

Difahamkan, Perdana Menteri hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan dari pihak media.

LIVE ASTRO AWANI

Media seluruh negara tunggu pengumuman PM

Sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama, Sepang turut disertai oleh Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.


SEPANG 15 Mac - Lebih 300 petugas media daripada lebih 100 media agensi seluruh negara terpaksa beratur panjang untuk mendaftar hari ini selepas dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar tergempar pada pukul 1.30 petang ini.

Sidang akhbar tersebut yang masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu dijangka memberikan maklumat baharu berhubung kehilangan pesawat itu.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan sidang akhbar itu berhubung kait dengan satu laporan media oleh AP yang memetik dakwaan seorang pegawai kerajaan Malaysia bahawa pesawat itu dirampas dan dakwaan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'. ~UM



I asked the Malaysia Prime Minister if they are searching the homes of the pilots. He wouldn't respond.
": Wartawan ditangkap semata mahu soal Najib..!!! malu...1 dunia..!! "



BREAKING 1235 hrs: SAH! Pesawat MAS MH370 kini dalam tawanan perampas.

Agensi berita China, Xinhua yang memetik seorang pegawai siasatan (dipercayai pegawai MAS sendiri) yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa penyiasat hampir pasti memuktamadkan bahawa punca kehilangan pesawat Boeing B777-200ER Sabtu lalu adalah angkara perampas.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butir-butir siasatan kerana tidak mahu dia menjadi siasatan pihak berkuasa pula kerana membocorkan maklumat sulit yang masih dalam siasatan.


Walaupun laporan itu belum disahkan mana-mana agensi penyiasat termasuk FBI dan CIA, sumber dalaman penyiasat memberitahu bahawa rundingan sedang diadakan antara perampas pesawat dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Bagaimana, di mana dan apa tuntutan perampas dan pihak berkuasa mana yang berunding dengan mereka masih belum dimuktamadkan.

Tetapi dipercayai ejen CIA telah berada di satu lokasi rahsia di mana pesawat itu kini berada beberapa hari lalu tetapi hanya didedahkan hari ini kata jurucakap bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Pentagon ketika mengesahkan perkembangan berkenaan.

Sidang media tergempar akan diadakan jam 1300 hrs.

Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Suka · · Kongsi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...