13 Mac 2014

PANAS! BENCANA MH370 BUKTIKAN PEMIMPIN M'SIA HANYA PAK TURUT !!!


Kaedah autoritarian impak cara Malaysia urus kehilangan MH370, kata wartawan NYT




Datuk Ambiga Sreenevasan mempersetujui kritikan wartawan Amerika Syarikat dengan mengatakan pemimpin Malaysia apabila tidak pernah dicabar dengan cara yang bermakna tentunya selama ini selesa. .

Wartawan Amerika Syarikat yang mempunyai pengkhususan hubungan Asia Tenggara memberi kritikan "pedas" tentang cara Malaysia menguruskan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dengan berkata ia mendedahkan sikap pak turut kepimpinan negara.

Thomas Fuller, dalam akhbar New York Times hari ini berkata, kurangnya koordinasi antara agensi Malaysia dan konflik perkembangan misi mencari pesawat menunjukkan kepimpinan negara menerima kritikan yang lebih besar berhubung kaedah situasi berkenaan ditangani.

"Namun kekeliruan dunia atas kehilangan pesawat MH370 mencabar budaya politik dan mendedahkan pemimpin yang dimanjakan menerima kritikan dari seluruh dunia," katanya.
Fuller turut mengingatkan dua kes mahkamah melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh di mana kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara dan denda yang dilihat banyak pihak sebagai tekanan terhadap pembangkang.

Warisan autoritarian itu, menurut pengkritik kini memberikan gambaran terhadap pengurusan misteri kehilangan MH370, apabila pesawat itu gagal dikesan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 penumpang dan 12 kru.

Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sebelum ini mengetuai gerakan Bersih berkata pemimpin Malaysia gentar apabila seluruh dunia fokus terhadap misi mencari dan menyelamat.

"Rakyat Malaysia mula menerima bahawa pemimpin mereka yang tidak menjawab persoalan," katanya.

"Apabila kita tidak pernah dicabar secara serius melalui cara yang lebih bermakna, sudah tentu akan lebih selesa," katanya kepada akhbar berkenaan.



Merdeka Center berkata respons rakyat Malaysia menunjukkan kelemahan dilahirkan melalui sistem yang menunggu arahan daripada peringkat atasan, malah termasuk budaya tidak menyoal pihak berkuasa.

"Wujudnya toleransi untuk tidak bertanya dengan lebih lanjut. Perlu ada keinginan untuk tidak bertanya berlebih-lebihan dan tidak menjangkakan lebih banyak perkara.

"Selalu terdapat budaya menunggu arahan," kata pengarahnya, Ibrahim Suffian berkata kepada the New York Times.

Pihak lain bagaimanapun mengakui jarang ditimpa bencana besar seperti kehilangan pesawat untuk ditangani pihak berkuasa Malaysia.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Apa yang nak dikatakan, maruah Negara tercalar oleh KETIDAK CERDIKAN pak menteri menjawab, Executive yang sering menggunakan ungkapan " .... we're looking into ever angles.... " Anle Apa yang mana satu please sepcify beb. dam ungkapan " .... we study all posiblities "

Kemudian Agama dihina dengan kemunculan BARUA BARUA yang menggelar diri mereka BOMOH DUNIA.

Mana puak-puak ISMA, PERKARA, IKRAM, PERKIDA yang konon marah sangat dengan orang menghina IUslam????

Kita sering gamatkan kehidupan dengan raja lawak.... Kini RAJA SEGALA RAJA LAWAK IALAH MLAYSIA ITU SENDIRI.....

INILAH BALASAN ALLAH BAGI MENGAIBKAN MERAKA YANG MEMEPERSENDAKAN AGAMA DAN HUKUM ALLAH....


Awanama berkata...

Setuju 1001%. Padan muka pemimpin BN dan pak menteri yg bangang. Jika ini pun rakyat tak nampak dan masih berbangga kononnya hanya BN saja yg mampu memerintah...memang sah lah bodoh piak.

Awanama berkata...

Memang senang nak kritik. Artikel ini juga mendedahkan betapa budaya kebanyakan orang Malaysia yg terlalu sangat sanjung orang kulit puteh seolah-olah macam atitud orang Melayu zaman penjajah.

Kenyataan Fuller di NYT adalah memetik kenyataan Sdr Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center. Persoalannya, adakah Ibrahim Suffian begitu arif tentang operasi mencari dan menyelamat sehingga beliau beritu lantang mengeluarkab kenyataan petugas-petugas Malaysia hanya tahu menunggu arahan sahaja untuk melaksanakan tugas mereka. Tiada inisiatif.

Siapakah beliau yang begitu lancang berkata-kata? Dah berapa kali beliau khatam Annex 12 Chicago Convention untuk beliau membuat kesimpulan begitu?? Jangan pula nanti dikatakan bahawa beliau sendiri tak cerdik sama seperti wartawan yang gila glamer dari Nes York tu.

Admin, tolong jaga perasaan orang lain. Sekurang-kurangnya tolong jangan jadi tukang sebar fitnah...

Awanama berkata...

Ada yg dah bagi kredit A++ pula tu kpd pemimpin yg tangani kes MH370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...