10 Mac 2014

GAMBAR-GAMBAR USAHA MENCARI PESAWAT #MH370 DI LAUT CINA SELATAN -UPDATED

11HB.MAC

MH370: Harapan tipis untuk dapat berita baik
PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.

Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.

Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air.


Chinese navy vessel, helicopter search for missing Flight MH370, nothing found yet (Photo by Bai Ruixue)

Vietnam will not give up until the missing #MH370 is located: official    http://xhne.ws/H2L8c pic.twitter.com/erqJHR4ZX0



10HB.MAC
Pautan kekal imej terbenam




Pautan kekal imej terbenam
Search teams comb South China Sea for missing Malaysian Airlines
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Aerial view of oil slick at sea on March 9 from Vietnamese military helicopter in search of missing Flight MH370 pic.twitter.com/hxVQZYz8jB



A Chinese marine police vessel expands coverage of searching missing , no target found



Pautan kekal imej terbenam


517 #Malaysia Fire Dept on standby for #MH370 SAR ops in north peninsula for zone B Straits pic.twitter.com/mqsVYtxQcI"


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
HARI KETIGA OPERASI MENCARI MH370

Putrajaya, 10 Mac - Jabatan Kimia memaklumkan ujian ke atas sampel minyak yang dihantar oleh APMM pagi tadi mengesahkan minyak itu dikategorikan sebagai bunker fuel oil dan minyak tersebut tidak digunakan oleh pesawat. Semalam sampel minyak tersebut telah diambil oleh KM Amanah selepas pemantauan udara oleh pesawat Bombardier CL415 menjumpai tompokan minyak sepanjang kira-kira 100 meter di dalam kawasan mencari pesawat MH370 iaitu kira-kira 100 batu nautika dari pantai Tok Bali.

Pada hari ketiga operasi mencari pesawat MH370, APMM menumpukan usaha pencariannya di lingkungan 120 batu nautika kawasan operasi yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 45,224 batu nautika persegi. Sebanyak 4 buah kapal, dan sebuah bot Penggalang telah berada di perairan Kota Bahru sejak Sabtu lalu bersama sebuah pesawat yang melakukan pemantauan udara dari awal pagi hingga lewat petang setiap hari. Namun sehingga kini pasukan terbabit masih belum menjumpai sebarang petunjuk positif.

Pautan kekal imej terbenam
Keadaan sanak saudara mangsa di China



TERKINI …. China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH307


Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka.

Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn).

Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin).

Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370.


Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.

Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...