15 Mac 2014

GEMPAR ! KILANG PROSES GAS MELETUP..GAMBAR KEJADIAN TERSEBAR

Kilang acetylene meletup di Serian, 2 kritikal, 6 cedera



SERIAN:Sebuah kilang memproses gas acetylene, Buma Auto Part Enterprise meletup dan runtuh kira-kira jam 3 petang tadi.

Petugas Balai Bomba dan Penyelamat Serian berkata setakat 9 malam ini, lapan pekerja terbabit telah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan.

"Dua daripadanya kritikal manakala enam orang hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata kebakaran sudah dipadamkan sepenuhnya tetapi usaha sedang dilakukan untuk mencari pekerja yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Katanya kejadian itu turut menyebabkan cermin beberapa bangunan berhampiran termasuk stesen minyak Petronas mengalami kerosakan, selain kerosakan beberapa buah kereta.

Akibat dari letupan tersebut,beberapa premis perniagaan yang berdekatan turut terjejas.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...