03 Februari 2014

HOT ! PBSNT TUDUH JOHOR DT TEAM KAMPUNG....


‘Aksi kampung’: PBSNT

Kuala Terengganu: “Seperti bola sepak kampung,” itu luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kesal dan tidak berpuas hati berhubung insiden yang menimpa penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues yang didakwa ditumbuk pengurusan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) manakala jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau meminta siasatan terperinci dijalankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui siapa yang bersalah dalam insiden itu selain menjaga maruah bola sepak tanah air.

“Saya akui insiden menimpa pemain T-Team yang ditumbuk hingga hidung berdarah dan dikasari amat mendukacitakan serta memalukan kerana sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dalam era bola sepak profesional, tapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Saya akan minta Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh membuat laporan polis supaya insiden itu tidak akan berulang sambil menyerahkan kebijaksanaan badan induk bola sepak negara membuat keputusan berhubung isu itu,” katanya.



PEMAIN Johor DT terpaksa menunggu di tepi padang apabila pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan, kelmarin.

Sementara itu, pengurusan T-Team sudah menghantar laporan penuh kepada FAM berhubung insiden perlawanan itu yang membabitkan pemainnya dengan Johor DT. ~ Mymetro

Sementara itu dipihak PBNJ tidak puas hati

SUSULAN daripada insiden T-Team mengambil keputusan menarik diri daripada meneruskan aksi babak kedua Piala FA ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), kelmarin, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tampil dengan fakta sebenar insiden yang berlaku.

Dipetik menerusi akaun laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers, pihak persatuan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil menangguhkan perlawanan dengan tiada keputusan saksama selain menggariskan fakta berhubung insiden berkenaan.

Menurut PBNJ, sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo didakwa membuat provokasi ke atas Ketua Jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiménez.

“Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues memakai jersi nombor 16 telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez dengan memarahi Jiminez dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PBNJ turut memberitahu tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan malah, menegaskan segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Bagaimanapun, pihak persatuan mengesahkan bahawa perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

“PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini (kelmarin) kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung,” katanya.

kelmarin, Kommissioner Perlawanan, Zainal Mukri berkata akan menghantar laporan perlawanan kepada FAM, dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan akan membuat keputusan berhubung status perlawanan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga belum mendapat surat rasmi daripada T-Team mengenai alasan tidak mahu meneruskan perlawanan yang masih berbaki 45 minit separuh masa kedua.

“Saya belum dapat surat rasmi daripada T-Team mengapa mereka tidak mahu meneruskan perlawanan malam ini.

"Keputusan malam ini belum diketahui terpulang kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan untuk membuat keputusan,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai T-Team, bagi saja walk away kat JDT tu. Mereka nak menang sangat, bagi saja apa nak disusahkan. Semangat kesukanan ala JDT memang begitu sifatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...