02 Februari 2014

HANGPA NAMPAK TAK IDEA TS KHALID.....BOLA PUN BOLEH BUAT DUIT...INI HANGPA BALUN IKUT DAN JE.....


MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea


SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.



“Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.

“Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Dalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.

“Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...